NKB: Novel Ku Baca
Duri
[Karya Fauziah Ashari]
Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistic membantutkan cinta dan kecintaan.
DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam.
Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.
Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistik.
Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua begaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja.
Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendem yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya?
Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?
Puan Zai @ JH dah ikuti kisah Sufi yang cuba mencabut DURI di hatinya...
Komen JH:
Novel ini mengisahkan seorang gadis yang berkasih dengan seorang lelaki yang mana keluarga lelaki mementingkan darjat dan harta.
Di hari pertemuannya Sufi dan Hazim serta ibu-ibu mereka telah menyebabkan kematian ibu Sufi.
Adik Sufi iaitu Nuri pula telah melarikan diri ke luar Negara dan meninggalkan calit malu pada keluarganya dan keluarga tunang Nuri ini telah menyebabkan Sufi terpaksa menjadi penganti Nuri.
Bermula di sini segala dendam yang ada dalam diri dan hati Sufi bertambah durinya sehingga akhirnya dia mengakui yang perasaannya pada si suami telah membuang semua duri yang ada.
Pertama sekali puan zai suka pada cover novel dan saiz tulisan yang besar dan jelas. Pelik puan zai nie kalau orang lain akan tertarik dengan dengan jalan cerita dahulu, tidak pada puan zai.
Dengan tengok cover novel dan tulisan yang besar dan jelas itu yang puan zai pilih dahulu. Dah tua ke kena pilih tulisan yang besar tu? Hehehe
OK lah, pada pendapat puan zai novel DURI ini mempunyai banyak konflik dalam jalan cerita terutamanya.
Watak-watak yang di terap dalam novel ini kadang-kadang mengelirukan pembaca dari segi sifat dan tingkah watak itu sendiri.
Watak Sufi yang ’keras’ dan berani ini memang puan zai suka terutamanya watak yang teraniaya yang berani berhadapan dengan penghinaan hidup yang Sufi terima.
Semangat dendam yang ada dalam diri Sufi ini begitu menebal sehingga dia sanggup melakukan apa yang ingin dia balas pada setiap kesakitan dan pederitaan jiwanya.
Sekian sahaja komen dari pembaca. Sehingga berjumpa di novel Fauziah Ashari yang lain...
Next Novel: Hadirmu Takdirku... karya Alina Haizar...
Puan Zai @ JH
2 comments:
wak dah lama X baca novel jugakkk..., eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
wak gelas: sekali sekala bc wak
Post a Comment