Monday, January 31, 2011

Ragam si kakak

Assalamualaikum...

Pagi dan petang tadi masa nak ke tempat kerja, jalan clear sungguh.
Keluar dari simpang rumah, tiada satu kereta pun yang kelihatan.

Selalunya kereta akan beratur panjang nak keluar simpang. Itu dalam jam 6.45am.
Pagi tadi dalam jam hampir 7.15am wahhh gelap je, yang terang hanya lampu jalan dan lampu kereta puan zai je yang menyala hehe.

Sesampai je di highway baru lah nampak kereta2 orang yang masih tak bercuti berpusu2 nak ke tempat kerja masing2.
Kalau lah KL hari2 camnie kan bagus heheheee.... tapi jangan harap lah ye.

Sampai je rumah dari tempat kerja petang tadi ni, kakak dok nangis2. Agaknya apa menda lah tu.
Kalau tak gaduh dengan si adik tak sah lah tu. Selalu si adik nie suka sangat nak sakat si kakak.

Hai rupanya si kakak menangis sebab adik minum Bliss yogurt sampai tinggal separuh. Semalam puan zai dah belikan sorang satu. Si kakak pilih air yogurt dan si adik pula dutch lady coklat. Tapi tu la, yang ini pun masih nak berebut walau dah beli sorang satu... adehhh...

Hari ini nak tidur awal lah. Weekend pun dah penat berjalan.
Asalnya plan puan zai sempena hari cuti iaitu Hari Wilayah 1hb Febuari 2011 esok, puan zai dan se-famili sahabat ingin berjalan beramai2 dan bawa anak2 masing2 pergi ke Pantai Morib.

Sebelah pagi berkelah dan sebelah malam boleh gi makan seafood.

Perghhh mesti best kan.

Tapi sebabkan asyik hujan jer dua tiga hari ini... Maka tak jadi lah, di batal. Ini lah kononnya lah asal plan untuk esok.

Tetapi... Kalau berkesempatan lah, esok pagi sempena cuti Hari Wlayah nie, plan beralih arah kepada nak bawanya anak2 ke tasik Titiwangsa. 

Ini semua terpulang pada apa kata "driver" dalam rumah nie...huhu

OK lah buat masa ini.  Catatan berhenti setakat ini.
Dah rasa macam dok kat negara yang Lady Lavender dok jer skrg nie... Sejuk semacam lepas hujan yang tak henti.

Tentu best kalau tidur awal dan berselimut. Nak2 esok tak kerja, lagi la rasa bestnya.
Tapi tu lah takat nak bangun awal bila dah berkahwin dan beranak pinak nie, idok la dapat bangun lewat selalu sebab si kecik nie subuh2 dah bangun dan mintak sarapan...

"Ibu nak milo, ibu nak biskut, ibu nak ini, ibu nak itu..." huhu

Sekian sahaja untuk malam ini...
Wassalammm.

Puan Zai...

Sunday, January 30, 2011

Hujan sepanjang hari...

Assalamualaikum kepada semua sahabat2...

Walaupun hujan sepanjang hari, start dari pagi hingga malam activity diluar rumah tetap jugak on.
Lepas kakak habis teakwando, kami terus bergerak ke Heong Kong, Sg Buloh.

Jom layan pic2 yang ntah apa2 ek...
Anak-anak suka melayan lion dance nie





Adik consentrate tgk lion dance... jgn kacau..

Perabih duit beli anak-anak kudapan...

Saturday, January 29, 2011

Subuh sabtu yang hujan...

Assalamualaikum...
Tersedar dari tidur, hujan membasahi bumi ini.
Jam baru pukul 6.00am.
Kain banyak sedang menanti.
Pagi-pagi sabtu begini selalunya hanya menumpukan sepenuhnya perhatian pada baju-baju kerja dan baju-baju sekolah malahan kasut-kasut sekolah.
Jadi berjumpa di lain masa.
Puan zai nak gerak ke dapur.

Adik sedang on TV, subuh-subuh dah bangun.


Sekian.
Wassalam.
Puan zai...

Friday, January 28, 2011

Banyaknya kereta...

Assalamualaikum...

Letih di petang jumaat. Kenapa ye?

Keluar sahaja dari office, fuhhh banyaknya kereta.

Jalan sangat-sangat jem, kereta-kereta yang beratur rapat-rapat dari lah Jalan Dewan Bahasa hingga lah ke jalan Segambut Dalam.


Jadi nak sakit kepala lah tengok kereta-kereta yang sedang berpesta lampu brake nie.


Maklumlah ada yang dah bergerak balik ke kampung masing-masing sempena cuti seminggu CNY next week.


Sesampai di area rumah puan zai, kami singgah sebentar di kedai photostate nak ambil gambar passport untuk kakak.





Sebenarnya kakak kena hantar form teakwando kakak dengan gambar passport tu last week, tapi puan zai tak sempat nak gi keluar ada je hal nak buat.



Sesampai je di rumah, adik perempuan, makcik dan nenek saudara ajak gi Tesco Manjalara Villange sebab nak gi kedai Hinope. Kedai nie menjual barang yang berharga RM5.

Makcik dan nenek saudara puan zai memang tak pernah lagi ke kedai ini. Excited nak pergi bila adik perempuan dok bercerita tentang barang yang ada di jual di situ. Beli RM10 dapat 1 point. Dapat 10 point dapat free 1 lagi barang.


Tapiiii masalahnya puan zai dah letih mengharungi jem yang "giler-giler jem" tadi tu. Bukan sahaja badan letih malahan otak pun turut letih tengok kereta yang begitu banyak petang nie. Lain kali je lah ye. 

Lagipun malam ini ada Raja Lawak weiii tak moh ketinggalan bab lawak dan komedi nie weiii...hehehe


Sekian lah untuk hari jumaat yang jem nie. 

Selamat berjumpa lagi esok...Wassalam...

Puan Zai...

Thursday, January 27, 2011

Murah Rezeki

Hari ini hari khamis.

Jam hampir pukul 7pm. Puan zai tika ini masih di office. Balik lewat sikit sebab ada benda nak settle kat office nie. Adalah dalam 5-6 orang yang stayback kat sini. Ada yang serius buat minute. Ada yang sibuk buat contest report dan macam2 lagi lah.

Perut pun lapo, kawan ajak order Mcd. Ikut je la order. Sekarang nie tengah musim prosperity burger. Setahun sekali dapat makan burger nie kan.

Tapi nak cerita yang kawan2 kat office hari ini murah rezeki sungguh sebab hari ini ada dua orang kawan sedekah kawan-kawan yang lain nasi lemak sebungkus seorang.

Puan zai mulanya dapat dua bungkus. Tiba-tiba pula ada sorang sahabat ini berdiet, so puan zai dapat lagi sebungkus.

Dengan meriahnya kawan sedekah nasi lemak nie, seperti sebelum ini puan zai makan sebungkus masa lunch time dan dua bungkus lagi untuk kakak dan adik yang ada kat rumah tu. Nasi lemak ini tak basi lagipun sambal ikan bilis asing2.

Fuhhh... kenyang sungguh lah hari ini. Selain kenyang nasi, staff2 kat sini semua kenyang limau mandarin. Office memang semerbak je bau-bauan limau-limauan.haha.

Puan zai memang suka limau mandarin. Hari2 makan pun suka, tadah je bila staff lain distribute buah limau tu. Tak pernah lagi menolak haha.

Adik pun suka tapi puan zai bawa yang tak masam dan bawa yang limau mandarin madu. Manis sikit. Takut jua nak bagi adik banyak2 nanti semput pula. Lagipun adik ambil tak banyak. Kesian pula tengok adik yang intai2 nak limau. Tak apa dalam hati puan zai kata "ini ubat" kuikui...

Teringat masa tahun 2009 masa kakak darjah 1. Kakak pun suka limau mandarin tapi dia masa tu ambil terlalu banyak sampai kena cirit birit yang melampau. Kakak gi klinik dan dapat mc hampir 4 hari.

Sehingga kini kakak pun ada makan bila ada limau di rumah, tapi kakak cuma ambil sikit sebab dia kata takut sakit perut lagi.

Sekian sahaja untuk hari ini. Ini pun curi2 menulis blog walhal tadi nak stayback untuk buat kerja.

Dah siap kerja ni terus balik. Dah rasa rindu pada adik dan kakak tu. Walaupun puan zai rasa bila sampai rumah, dengan automatiknya puan zai dah jadi tarzan. hehehe. Entah apa lah dorang buat. Rasanya kakak mesti sedang siap2 nak pergi ngaji di rumah Tok Imam. Adik mungkin seperti biasa ngadap Astro Ceria. Adik mengaji dengan nenek sebab nenek tak bagi "greenlight" untuk ikut kakak mengaji, Sutera,8tahun (pangkat makcik pada kakak, Qimie, 7tahun dan Aleeya,6tahun (yakni anak buah puan zai) sama2 mengaji ke rumah Tok Imam. Mak kata elok adik mengaji di rumah dengan nenek sahaja. Nanti dah besar sikit baru gi sama2 dengan kakak dan lelain tu.

p.s-Esok 2 kawan yang sama floor ajak gi Sogo makan satay kat depan Kedai Sogo uncle yang jual mee hailam tu. Tengok lah kalau dapat pergi sebab esok ingat nak kena bawa laptop nak search internet. Company puan zai nie boleh masuk internet cuma dari jam 6pm-8pm jer. Takut nanti berat bawa beg sambil nak jalan2 dan makan2. Tapi dalam pada tu teringat juga satay daging yang sedap.

Wednesday, January 26, 2011

Banyak homework lah ibu

Hari ini lewat setengah jam keluar dari office.

Mulanya ingat nak balik sharp2 5.15pm bila kakak call mengadu yang kakak banyak homework nak buat.

Puan zai ada kerja yang perlu di settle, kalau tak settle selagi tu takkan tenang hati untuk pulang.
Kerja yang tak siap di office tak lah di rumah asyik nak piker banyak pasal kerja.

Last2 dalam 6.30pm baru sampai rumah.

Sampai-sampai je tengok kakak, Sutera dan Qimie sedang buat homeworks bawah pokok rambutan sambil di pantau oleh makngah, paklang dan mama Sutera, Cik Jana.

Sekian catitan ringkas dari puan zai untuk hari ini.

Berjumpa lagi esok ye!

Puan zai...

Tuesday, January 25, 2011

Ex-boss

Salam malam rabu... salam hujan malam...


Puan zai tak pasti cerita malam nie boleh di post atau tidak. Blog "Jendela Hati" ini kan banyak post mengenai "My Bushuk Masham" je.

Tapi puan zai rasa ok kot walaupun nak cerita mengenai ex-boss tapi ada kena mengena dengan hidup puan zai. 

Jika dah kena mengena dengan hidup kita, so blog ini memang ada kena mengena dengan puan zai. 

Hai panjang pula mukadimahnya..


OK lah macamnie... Sejak dua hari lepas puan zai ingat dah birthday ex-boss nie.

Ikutkan selama 13 tahun, ini adalah department ke 3 puan zai selama berkerja di insurance company nie.

Pula tu bila puan zai tranfer ke department nie, puan zai kena (diulangi kena) assist dua orang boss yang mana salah seorangnya dah early retirement tahun lepas.



Sejak awal tahun dah set dalam kepala nak wish dia cuma puan zai lupa nak set dalam hp.

Buatnya tadi bila dok termenung tadi nie, tiba-tiba teringat dia. Lekas-lekas capai HP dan msg dia.



Walaupun sepanjang kerja dengan ex-boss nie, setakat kena dengar amarah dia pada orang lain atau staff bawahan dia memang puan zai akan jadi pendengar walau yang di marahnya adalah orang lain.

Tadah je la telinga nie dengar "kebisingan" dia bila time mood tak ok.


Paling tak boleh lupa sepanjang berkerja dengan ex-boss ini ialah sikap pelupa dia. Al-maklumlah dah masuk 55tahun hehe. Esok-esok agaknya puan zai macam tu ker? kuikui...

Memang gelaklah dalam hati je lah, bila tengok perangai macam nie mulalah teringat abah sendiri yang duduk rumah tu.

Antaranya memori yang puan zai ingat:
~Blackberry ex-boss tertinggal dalam kereta kat parking, berlari lah puan zai pergi ambil sebab dia nak masuk meeting masa tu.



~Pernah dia dah sampai rumah, dia call tanya puan zai ada tak dia tertinggal ubat atau kunci dalam drawer kat office.

~Laptop dia ada problem masa weekend, puan zai juga lah yang dia call walhal puan zai bukan pandai sangat bab-bab IT nie..huhu

Pernah dahulu seingat puan zai peristiwa puan zai hantar report pada hari jumaat pada dia. Weekend tu baru dia tengok report berkenaan.

Pagi-pagi hari isnin tu bila puan zai sampai saja di office, belum breakfast lagi puan zai dah baca email dari dia yang bising kata report puan zai buat tu salah. 

Meleleh juga lah airmata ibu nie bila baca kata-kata pedas dalam email tu... Wah panjang berjela... dan cc pada boss yang lagi sorang tu, lagi lah pedih hati ini.


Selalunya kalau jadi bab-bab nak ter"stress" ni puan zai akan cepat-cepat fikir yang positif dan me"motivate"kan diri sendiri.


Bila dok fikir-fikir nie... Ehhh tak boleh jadi ni, bila orang dah kata kita salah buat report, puan zai checklah balik. Aiii check punya check rupanya ex-boss tak baca betul-betul. Hai apa lagi tak sabar nak tunggu dia masuk office pagi tu.

Sesampai je dia kat office, puan zai terus masuk dan terangkan. Tapi dia cuma tunduk dan angguk-angguk kepala dan tak kata apa-apa pun.
 
Selang beberapa jam sebelum lunch tu, dia ada hantar e-mail suruh puan zai print document guna A3 size sebab printer dia tak boleh print guna paper besar. 

Tang hujung ayat dalam email dia dia kata sorry. Marah by email. 
Say sorry pun by email lah. 
Nama pun boss, ikut je lah.

Tengahari tu dia keluar ada lunch appointment. Masuk je dia terus hulur seekor ayam golek bangsar. huhuhu.

Haa ini pun style sebab kalau lepas marah mesti belikan puan zai ayam atau kek atau apa aje lah yang dia nak beli terutamanya bila dia singgah ke seremban branch dari rumah dia di JB tu mesti dia belikan tepung pelita dan kueh koci.

Paling puan zai tak lupa ialah bila dia hulurkan kad hari raya. Ayat mengalahkan pakcik-pakcik melayu. Punya panjang ucapan-ucapan raya walau dia bukan melayu. 

Kalau telek-telek kad tu memang kita akan sangka yang orang bukan melayu yang hantar. Bukan puan zai seorg sahaja, dengan staff dan orang lain pun serupa.

Itulah antara kenangan berkerja dengan ex-boss nie.

Masa kali terakhir puan zai jumpa dia, di mana hari dia pulangkan semua "harta-harta company", dia sempat kata kat puan zai yang puan zai masih terngiang-ngiang lagi dalam ingatan:


"Ko kerja je lah zai, tak payah risau tapi ko hati-hati je lah sebab kat sini banyak sangat "politik". Aku pun tak sangka aku retired awal sangat ni. Aku minta maaf kalau aku ada marah2 ko. Selamat maju jaya dan Selamat hari raya maaf zahir batin."


Dialog nie dia dengan puan zai memang guna "kau aku kau aku" lain lah dengan boss seorang lagi "i u i u"lah...


Puan zai rasa cukup sampai di sini saja coretan cerita dulu-dulu. Mata pun dah layu. Esok nak kerja.


Wassalam.


Puan zai.................

Monday, January 24, 2011

Cuti kunyah sekejap cuma

Salam . . .

Hari ini puan zai cuti. 

Subuh-subuh lagi lepas hantar anak gi sekolah terus gerak ke klinik gigi.

Maklum lah usia pun dah tua.

Gigi pun sama lah tuanya.

Gi klinik soh doktor tampal yang berlubang akibat pecah kunyah makanan keras huhuhu.

Nie nasib lah cuma tampal je, cuti kunyah kejap je lah namanya. Hehehe.

Kalau cabut gigi nie mau kena puasa nasi dan telan bubur nasi je.

Pic nie takde kena mengena dgn entry 'cuti kunyah sekejap cuma'. Ini ada kene mengena dgn 'bdk yg tak reti-reti nak tidur jam dah 10pm'.

Sekian update puan zai untuk blog hari isnin nie. 

Kalau umur panjang esok kita jumpa lagi. 

Wassalam. 

Selamat beristirehat.
P.u.a.n.  z.a.i...

P.s- Petang tadi hujan lebat ya amat. 
Rasa sejuk sampai ke tulang dah nie. 
Adik dah puan zai sapu vicks pada hidung yang selesema serta dada. 
Pakai kan adik baju lengan panjang. 
Dah pakai kan stokin tp adik buka stokin dalam tidur.
Tak selesa lah tu.
Sayang adik.
Dan kakak jua.


Sunday, January 23, 2011

Surprise untuk nenek

Salam...

Puan zai dan lain2 saja buat makan2 lagi.
Yelah tak habis2 dengan makan2 kan?

Pastu jangan bosan pic2 yang puan zai letak nie ye... Asyik pic makanan... Yelah emang suka makan pun kihkih...

Sejak bakar ikan hari tu, salah seorang makcik puan zai cadang makan ramai bawah pokok rambutan lagi.
Apa lagi setiap rumah bawa lah lauk masing2 dari rumah.
Sedang makan2 petang tu, tiba2 pakat ramai2 nak sambung hingga ke malam nak beli kek untuk nenek saudara puan zai (adik ipar atuk puan zai). Nenek dah 70 tahun.

 
So, apa lagi kitaorang pun "larilah" ke kedai kek dan cari hadiah untuk nenek masa nenek ke kenduri kawannya sekejap.

Ini permintaan ramai, puan zai buat spageti dgn sos letak mushroom dgn saderi. Ayam? puan zai lupa beli...kuikui...

Acara potong kek, nenek ber-pic dengan cucu dan cicit.

Nenek ber-pic dalam lambakan hadiah2 dan kek.

Zahirah ngadap kek, Ibu pun tumpang sekaki.

Ini pic adik baru bangun tido kul 8pm, so dia badmood sikit. Maklum la acara makan kan dari siang ke malam.

Acara conteng2, sementara orang dewasa sibuk sediakan makanan dan susun atur khemah bawah pokok rambutan.

Pak lang dan mak lang dari keramat singgah sekejap dari rumah pengantin kat sini.

Acara fesbek lak. Yang laptop depan tu dok usha keta.

Waduh2 ini acara karaoke. Selain orang dewasa, kanak2 juga turut serta. Lagu dan suara memang out tp gaya mau lebih arrrr...

Haaa jangan tak tahu. Ini acara tayang baju tekwando lak.hehe.

Acara buka hadiah.

Kakak menyampaikan hadiah (frame gambar)kepada Onyang. Adik bagi Sarung tissue. Mak dan abah puan zai bagi tabung (sebab nenek ada kata nak beli tabung nak simpan syiling). Pastu banyak lagi hadiah dari yang lain: jam, beg, mug, vase, bunga dll.
Yang ini acara makan. Puan zai sampai kena tegur dengan kakak sebab suka amek pic makanan. Memang puan zai suka pun. Ada nasi impit,kuah kacang,rojak buah,buah nangka,bubur pulut hitam (pemberitahuan:semua nie bileh buat perut angin hehehe)

Meehon goreng,masak lodeh,pulut dan sambal ikan bilis,spageti,bubur kacang hijau dan air sarsi,teh tarik, kopi dan roselle.

Jadi sekian buat kali ini.

Berjumpa pula esok.
Puan zai...

Saturday, January 22, 2011

Subuh yang indah

Salam buat semua di pagi sabtu yang indah.

Indah? Memang indah buat wargakerja company tempat kami berkerja. Kalau tak indah pun indahkan juga.

Pagi-pagi jam 6am dah bangun untuk kejutkan Kakak ke sekolah. Hari ini hari sekolah ganti untuk cuti CNY minggu depan.

Pagi ini agak liat juga kakak nak bangun. Katanya kalau hari sabtu sekolah selalunya tak ramai yang datang. 

Eh... mana boleh macam tu kakak nanti kakak akan banyak ketinggalan...

Masa nak temankan kakak ke bilik mandi, adik pun celik mata sambil tanya "adik sekolah juga ke?"

"Tak lah adik, kakak seorang je yang sekolah. Adik dan ibu cuti" Adik terus bangun menurut kakak ke bilik mandi juga. Saja tercegat di situ sambil tunggu kakak siap mandi.

Pagi ini puan zai dah settle kan dua bakul kain yang siap di basuh. Subuh-subuh gini sejuk terasa sejuknya. Berkabus di luar rumah dah macam berada di Genting.

Adik nie pepagi ibu jemur kain dia dok lari2..

Subuh2 adik dah minta biskut cicah milo...

Kan elok kalau pagi2 senyum, ceria aje macam ni~kakak sedang buat teh o suam untuk di bawa ke sekolah...

Sambil ampai kain kepala dok mendongak ke langit. Wah cantiknya ciptaan tuhan. Tak kelip-kelip mata puan zai dan adik memandang.

Sedang elok pandang langit, pandangan juga terhalang dengan tumbuhnya banyak kondominium di sekitar kawasan rumah puan zai.

Ye lah kami ini nama je dok KL tapi kawasan rumah kami kawasan kampung. Rumah kampung sebiji-sebiji. Maklum lah rumah jenis lot. 

Banyak juga lot-lot bersebelahan di jual penduduk, walaupun begitu kampung tetap kampung, cuma kiri dan kanan je naik banyak kondo dah mcm cendawan tumbuh selepas hujan.



Jika ada yang sudi menghantar ke Tesco lepas kakak balik sekolah nanti, boleh la puan zai beli keperluan dapur untuk stok sebulan seperti beras, minyak masak (ada ke jual minyak masak tu?), sabun basuh kain dan pinggan dan lain2 keperluan harian.

Bulan nie puan zai dapat voucher tunai Tesco. Jadilah dapat RM3.50.


Puan zai ingat nak beli meja study untuk kakak sempana birthday kakak 4hb feb nanti. Untuk adik pula puan zai nak cari meja kecil juga untuk birthday adik 28hb feb tapi birthday adik lambat lagi.


Sekian dahulu catatan untuk pagi sabtu. Kain yang untuk di lipat dah memanggil2 dah tu. Ada sebakul penuh kain semalam yang belum di settle.


Wasalam...
Puan zai...

p.s- Nanti puan zai nak tengok lagi ulangan Raja Lawak musim ke 5 di siarkan malam tadi. Sakit perut betul lah tengok telatah Johan dan Zizan tu, nak2 masa dorang tiru gaya artis Yusof Haslam dan Syamsul Yusof. Kelakar abes lah. Tapi tengok nasib jugak bila si adik nie dah konker remote tv tengok Astro Ceria.huhu.

Friday, January 21, 2011

Hari yang sibuk cari candidate

Hari ini hari kedua puan zai menjadi "HRD sementara".

Puan zai kena buat call seramai hampir 70 candidates untuk post yang di-offer oleh department ini. 

Mula2 bila aje second "boss" nie panggil masuk bilik dia untuk beri penerangan tentang projek ni, puan zai rasa stress sikit sbb kenapa lah asyik puan zai yang kena walhal dia tu ada dua orang staff under dia. (sebelum balik tadi pun salah sorang staff dia boleh datang dan bertanya apa yang puan zai sedang buat.

Yelah dia pun dok tengok2 yang puan zai dok keluar masuk office bos dia. Dia sendiri tak tahu amendenya projek nie walhal flyers yang puan zai tengok tu ada muka dia yang syok je jadi model dalam ramai2 muka dalam flyers tu).

Berbalik pada citer candidate ni, dept ini sendiri yang kena call terus ke candidate dan bukan melalui HRD kena menurut dia vacancy ini dari Dept, so takde mengena dengan HRD. So....

Tapi dalam sesaat itu juga, puan zai terus "me-motivate-kan" diri sendiri dan anggap ini sebagai challenge. Buat je lah kerja, buat apa nak merungut ek. Buat dengan senyuman (Pergh)
Takat dua hari, puan zai dah buat interview appoitment untuk hampir 25 orang candidates dan telah membuat sebanyak 50 panggilan yang mana termasuk yang tak angkat call atau masuk voice mail selain ada yang tak interested.

Jam masuk pukul 3 kepala puan zai dah rasa berat, sengal, bengang, bebal dan macam be-be lah. Agaknya mungkin terlalu lama di talian yang mana 100% panggilan dia buat ke no HP candidates.
Jari usah cakap lah, nasib lah kuku kontot2, kalau tidak kang patah2 kena lak gi salon kuku.hehe.

OK lah buat malam ini. Next week bersambung lagi baki nak call yang lain2 tu. Harap selasa akan settle kerja2 menalipon nie. Letih la telinga. Nampaknya fail je manatahu satu hari nanti kalau management tolak ke operator, mesti asyik nak MC je sebab sakit telinga kuikui.
Jika ada lah sahabat2 yang terbaca post ini, mesti tak paham apa yang puan zai katakan di sini. Xda apa, cuma luahan di malam sabtu je tiada apa yang dimarah atau diperkataan. Cuma kata2 kosong dari orang yang letih.huhu

Wasalam.

P.s-Saja nak menamatkan catatan dengan segera sebab Raja Lwak musim ke 5 dah start tu.

Thursday, January 20, 2011

Kad oh kad

Hari ini semua warga KL dan Selangor cuti Thaipusam.

Tapi puan zai kat rumah tak bercuti mana pun.
Dok mengadap benda alah nie.

Boss baru je sign kad-kad CNY. Banyak lak tu. Adalah dalam 100 kad.
Puan zai takut tak sempat nak tulis nama penerima dan memasukkan dalam envelope tu kat office, jadiii... terus puan zai tekad bawa balik rumah.

Lenguh juga nak tulis banyak2 pada setiap kad nie... Adehhhh...

Wednesday, January 19, 2011

TV biasa atau LCD?

Petang tu puan zai terima panggilan dari pihak Astro.

Ingatkan puan zai dorang nak call tentang bil Astro. Aiii nak hangin juga kalau kata bil tak bayar. Tetapi rupanya mereka offer puan zai dengan pakej Beyonce tu.

Soalan yang terang dan nyata dari mereka ialah:
"Puan pakai tv biasa atau LCD?"

Wah rupanya mereka offer je Beyonce nie pada puan zai dengan tiada caj pemasangan, cuma bil bulanan akan dicharge lebih RM20 sebulan maknanya kalu sekarang bil RM54.95 nanti next month akan jadi RM74.95.

Walaubagaimana pun, skrin tetap boleh di tonton cuma skrin biasa yelah sebab tv pun tv biasa kan.

Mereka kata "Kalau puan beli LCD,puan just cucuk je, pastu boleh tonton astro dengan skrin cantik...

Alahai takkan lah nak dapat kan Beyonce yang percuma pemasangannya kena beli LCD? Tolong lahhh...huhuhu memang terer marketing dorang nie. Tapi terima kasih lah puan zai belum ada niat nak tukar TV ye.

LCD oh LCD....

TV 29inci yang gedabak besarnya nie puan zai beli masa masih bujang lagi. Masih elok takkan nak beli LCD kot. Tunggu lah rosak dulu kihkihhh... Yang jadi model depan tu abah puan zai. Abah cuma akan menonton bila ada Gerak Khas setiap Jumaat tu. Selain tu dia tak minat hehe...

Tuesday, January 18, 2011

"Kita kan orang Islam..."

Kakak ke sekolah kebangsaan tidak memakai tudung.

Suatu ketika dulu masa kakak darjah satu, puan zai masih ingat masa itu hari pertama bulan Ramadhan. 

Kakak beriya-iya benar hendak memakai tudung. Malam tu puas kakak menyuruh puan zai membuka lencana dan tag nama yang di jahit di kiri baju kurung sekolah dan dengan desakan dari kakak itu juga lah puan zai jahit semula lencana dan tag nama di tudung sekolah kakak.

Masuk hari kedua kakak bagitahu puan zai:
"Nanti lah kita pakai tudung"
"Laa sehari je ke pakai tudung kakak?" Geleng ibu ini bila terkenang kelam kelibutnya ibu menjahit semula lencana tu.

Sehinggalah tiba minggu lepas kakak dengan bersungguh-sungguh menyarungkan tudung di kepala. Puan zai sengaja tanya lagi pada minggu kedua ni betul ke kakak nak pakai tudung terus?

Kakak kata "Kita kan orang islam..."


Kakak sebelum pi ngaji petang tadi...



Monday, January 17, 2011

Nasi lemak oh lemak

Salam hari isnin yang berlemak...


Bukan apa... hari ini hari bernasi lemak lah. 

Pagi tadi tepat je waktu kerja 8.30am puan zai ada merasa sesuap dua nasi lemak yang kawan puan zai ajak "merasa".


Nasi lemak yang di jual oleh kak Liza BASD department nie menjadi rebutan dengan harga RM1.50 sebungkus.


Puan zai sendiri yang dah order nasi lemak yang sama cuma simpan nasi lemak ni untuk di makan masa lunch td.


Boleh tahan juga. Sebungkus nasi lemak kukus, ada sambal ikan bilis, telur dadar, ikan bilis & kacang goreng, timun serta ikan masin.


Dah merasa sesudu dari bungkusan kawan, puan zai lunch sebungkus nasi lemak di sebelah tengahari. 

Hmm sedap lah patut orang dok memuji2 nasi lemak kakak ini.


Bila sampai je di rumah balik dari tempat kerja, mak kata:
"Gas baru habis, jom beli nasi lemak nak?" 
Adeh... nasi lemak??? Biar betul nie??? Nasi lemak lagi ker??? Puan zai pandang mak, mak pandang puan zai.


Tapi tak pa lah, kat rumah nie ramai penghuni kan. Puan zai hulurkan RM12. 

Belilah 7 bungkus nasi lemak. Sebungkus sambal sotong dengan harga RM3 dan seketul ayam goreng RM2.


Melenggang2 lah langkah dengan langkah yang kekenyang berlemak untuk hari ini. Errrkkkk... hodohnya perangai mak dara nie...




Pastu puan zai nak cerita pasal si adik nie. Setakat hari ini, adik dah balik pada rutin hariannya.

Pada pagi ni subuh2 adik dah bangun tanpa di kejut. Relax jer. Kebiasaannya bila celik je dari bangun adik akan minta di on kan tv tu.

Memang si adik nie sejak baby lagi dah biasa bangun subuh. Kat masjid dengan azan subuh adik mesti bangun. Puan zai bangun tgh bersiap, adik mesti bangun. Kat dapur dengar nenek buat kerja dapur, adik mesti bangun. Bangun si adik nie bukan dengan kejutan puan zai. Adik akan bangun sendiri tanpa paksaan.

Sebab itu, masa 7 hari adik mula ke sekolah, adik banyak buat ragam, menangis, tak bangun pagi, dan kena kejut pula walau jam dah pukul 7.30am. Itu agaknye puan zai kecewa sikit dengan adik. (Alah puan zai kan bdk2 tu...)

Kini, risau tiada lagi.

Adik elok jer pergi sekolah. Tiada tangisan dan tangisan.



OK lah dari cerita nasi lemak hari ini terus je cerita pasal adik. Nak cerita pasal adik nie memang tak habis. Hari ini adik letih sekolah agaknye hari ini hari isnin, puan zai tgk dia nyenyak je tidur.


Puan zai...


p.s esok nak diet lah..hahaha