Wednesday, August 29, 2012

Funfair


As-salam...

Hari ni nak post gambar anak-anak yang seronok gi funfair kat kampung aritu... perabih dalam RM15 punya token seorang...huhu...

Funfair nie dibuka pada malam raya aritu, memang nak perabihkan duit raya bebudak lah tu kan...











Sekian...

Puan Zai @ JH...


 

Sunday, August 26, 2012

Mentakab Star Mall



As-salam...

Salam pagi minggu... apa agenda kengkawan hari ini?

Puan zai masih ngemas dalam bilik kain baju dok memanggil sejak semalam soh kita 'ngerjakannya'... huhu... biasa lah esok dah mula bertugas, anak-anak pun mula masuk sekolah, jap lagi 'bersauna'lah puan zai dengan baju-baju kerja dan baju-baju sekolah.

Hari ini satu hari nie ada tetamu nak datang, ada lah nak masak sesikit. Plan nak masak nasi dan kari ayam aje. Ada daging dalam freezer boleh buat daging dendeng.

Sedang puan zai bersiaran pagi nie, ada makcik dan anak menantu dari kampung datang beraya. Nasi tak masak lagi, jadi kami hidang roti canai aje lah.

Takde citer apa lah nak post di sini, cuma nak post gambar anak-anak yang seronok di bawa jenjalan ke Mentakab Star Mall pada 23hb aritu. Takde beli apa pun just jenjalan cuci mata, lagipun Star Mall nie baru siap tak banyak kedai yang dibuka masih dalam renovation dua tiga kedai tu.

 Kakak, adik dan Azrin.
Depa bertiga nie masing-masing umur beza dua tahun.
10, 8 dan 6...

 Bawa depa gi cuci mata kat Mall.
Tapi idok ler cuci mata semata, ada jugak yang di mintanya depa nie.

 Kakak...

 Adik manja...

 Anak buah puan zai, Azrin...

 Tempat no 1 yang kena serbu.
Kalau dah nampak kedai mainan nie emang kat sini depa dok.

 Ada benda yang kakak nak... tu tengah berunding dengan ibu...
Tu yang muka berkerut je...
Agak-agak dapat tak apa yang kakak minta tu?

 Adik pun sibuk meminta...huhu...

 Belek-belek jam tangan.
Sorang nak beli jam tangan, semua pun ikut nak beli jam tangan.
Dapat sorang satu jam tangan bebudak tu, satu jam RM15.
(Memasing guna duit raya haha)

 Dah penat jenjalan, bebudak ajak makan.
Makan KFC le jawapnya.

Adik pinjam Azrin punya Patrick Star kejap untuk posing.
Tau tak bape hergenya?
RM60 uolsss.... huhu...

Hari sebelum tu kami ke funfair kat area umah di kampung tu. Dengarnya funfair buka sejak malam raya... huhu pandai kan depa buat bisnes kan... nak perabihkan duit raya bebudak kat kampung... hehe

OK lah stop sini dulu... to be continue... tata...

Puan Zai @ JH...


 

Saturday, August 25, 2012

Resepi Muruku Mak Iti


As-salam...

Semalam pagi buat muruku untuk di bawa pulang ke KL. Si adik dah bedal se-tin muruku mak ngah dia sampai licin huhu. Suka benar adik makan muruku.

Muruku resepi arwah mak mentua puan zai yang jiran tetangga di Karak memanggilnya dengan pangilan Mak Iti (Siti).

Ramai yang dah simpan resepi nie (termasuk puan zai sendiri hehe). Kalau gi beraya rumah jiran lama pun emang mereka kata buat muruku Mak Iti.

 Buat semalam dapat 2 tin.
Satu simpan dan satu lagi tin bawa balik KL.
Nak cuba tak?
Boleh... bahan-bahan ialah:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung muruku
3 cawan tepung pulut
1 atau 2 sudu garam
1 biji telur
Lemuju, jintan puteh, bijan di goreng kering
2 cawan santan yang di masak terlebih dahulu sebelum di campur semua sebelum di adun.
Masuk dalam acuan muruku dan goreng.

 Kakak menolong.

 Kakak pun suka makan muruku sebab tu rajin nak menolong.

 Guna acuan kayu.
Tapi jenuh le nak menekan sebab pemegang dia pendek.
Sampai mengigil nak memicit tepung ke dalam minyak hehe.

Ini dia tukang perabihkan.

Selamat mencuba!

Puan Zai @ JH...

Raya Lagi...


As-salam...

Pejam celik pejam celik, raya sana raya sini, esok ialah hari terakhir bercuti raya. Hari isnin semua orang akan mula naik kerja dan anak-anak bersekolah.

Puan zai dan famili baru aje sampai KL dari Karak, Pahang. Alhamdulillah, perjalanan selamat walaupun banyak kenderaan menghala ke KL.

Sebenarnye, raya kedua kami sampai je di sini kami dah raya sakan pi umah jiran baru dan lama.

Malam tadi lepas ke rumah Ucu (makcik suami) di Bentong, singgah ke Dataran Niaga Karak @ Medan Selera Karak untuk makan malam.


 Memasing pekena nasi lemak.
Sambil makan sambil imbau kenangan muda-muda di tempat nie.

 Cuma adik sahaja yang pekena roti canai.
Adik makan sampai licin.

 Dan ini gambar kami pi raya...
Yang sebelah kiri ialah Ucu yang dok di Bentong, Pahang.
Sebelah kanan adik no 2 suami, Ida.

 Anak beranak ralit tengok tv.

 Kembar tak serupa.
Rupa adik nak serupa dengan sepupunya, Azrin.

 Makan laksa bila beraya di rumah jiran sebelah.

 Dan rumah seterusnya...

 Dan lagi...

 Lagi...

 Lagiii...

Sampai je rumah, banyak benda nak buat. Nak cuci baju nak ngemas lagi huhu... Banyak rumah saudara mara di KL nie belum di kunjungi.

Lepak-lepak kejap, nanti baru serbu la kot. Tapi tak pa raya kan sebulan...

OK lah stop di sini... to be continue...

Puan Zai @ JH...




 

Wednesday, August 22, 2012

Hujan Raya...


As-salam...

Salam Hari Raya... Yelah, masih dalam minggu berhari raya... Raya pertama puan zai di KL menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan saudara mara sebelah keluarga puan zai.

Selepas sembahyang raya, kami bergerak ke rumah atok di Kg Datuk Keramat, KL. Atok ialah ayah kepada mak puan zai. Nenek dah tiada, meninggal dunia pada October 2010... Isk Isk Iskkk. Awal petang pula terus bergerak ke Kg Rawa, Lenggeng, Negeri Sembilan ziarah nenek iaitu mak kepada abah puan zai.

Tak banyak gambar yang di ambil, maklum lah sibuk nak makan dari nak ambil gambar hehe. Apa-apa pun seronok jumpa atok, gembira dapat salam di pagi raya dan dapat peluk atok. Dengar macam atok dok jauh, walhal dok dalam area KL jugak hehe.

Balik sahaja dari kampung, ramai tetamu yang datang. Tetamu memang ramai bertandang di raya kedua juga. Kalau ikutkan selalunya seminggu raya nie emang ramai yang akan beraya. Dan sebulan syawal nie akan bersilih tetamu yang datang, seronok kan?

Sebelah petang raya kedua kami anak beranak bergerak ke Karak, Pahang untuk beraya bersama keluarga sebelah suami. Kedua-dua mertua telah kembali ke rahmahtullah, jadi bersama ipar duai aje lah bertemu dan beraya.

Kat sini masuk je petang, hujan aje... jadi anak-anak pun ambil kesempatan main hujan... hmm maklum ler kat KL tak pernah dapat main hujan...

 Kenangan bersama arwah mak dan apak di hari pernikahan adik ipar pada 28 Dec 2003.
Apak 'pergi' pada 30 Dec 2003, dua hari selepas adik ipar selamat bernikah.
Arwah mak pula mengadap Illahi pada bulan march 2010.
Masa nie Zahirah baru je berumur setahun lebih. Alah-alah comey pipi sama londeh macam ibu.

 Isk isk isk... wokeh stop citer sedih, kita citer pasal hujan pula.

 Ini budak seronok nak main hujan.

 Adik bersama sepupu Shamirul Azrin, 8 tahun.
Rambut sama fesyen.
Muka ada serupa tak?




 Tukang siram sebelum masuk ke rumah.
Yelah sampai berkubang atas jalan tadi.


 Seronok-seronok main hujan sampai tak nak masuk rumah dah depa tu.
Bagi mandi pastu buatkan milo panas segelas sorang... huhu...

Wokeh lah stop di sini dulu, boleh sambung lagi di next entry. Tata...

Selamat Hari Raya...

Puan Zai @ JH...


 

Monday, August 20, 2012

Pagi Raya...


As-salam...

Salam Aidilfitri buat semua...













Puan Zai @ JH...