Friday, September 30, 2011

Resah gelisah....

Adehhh...
memang betul...
resah gelisah bila tengok katalog terbaru Tupperware untuk bulan october nie.
si kawan opis iaitu si 'suplier' lah yang baru amek semalam.
sampai je opis, terus je pass katalog nie pada regular customer termasuk lah puan zai nie.
seriusss emang cantik-cantik tupperware yang di offer bulan untuk bulan october nie.
sah ada yang 'terminat' nak beli tapi tunggu dulu...
biar cuci mata...
asal ada masa terluang, dok belek-belek tengok tupperware... aduhhh hancussss...
susah lah kalau dah giler Tupperware nie.
tido malam mimpi tupperware hehehe...
ye kerrrr????


 

Thursday, September 29, 2011

Gejala angin...

Antara gejala angin ialah:

Kerap buang angin
Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih, daripada itu ia di kira keterlaluan.
[Ishhh kalau lebih sangat, gas itu menyesakkan nafas hehe]

Kerap sendawa
Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.
[ini lah gejala dinamakan makan angin lah nie ek]


Kembung
Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.
[mau tersekat nafas kalau perut kembung nie]


Sakit perut atau rasa tidak selesa
Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin di tafsirkan sebagai penyakit jantung dan jika di sebelah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.
[ye jugak, satu keje pun tak boleh buat jika perut tak selesa]



[Makan, makan, makan]











Info sumber dari MW.

Wednesday, September 28, 2011

Limited-edition Mary Kay Weekender Lip Pencil

Limited-edition Mary Kay Weekender Lip Pencil - Soft Lips ini puan zai beli dengan harga RM50.

Bila nak guna rasa licin dan mudah untuk di pakai.
Selain itu ianya tipis dan lembut bila tersentuh bibir.
Kalau beli satu lip pencil nie dapat satu sharpener ikut size lip pencil ini.
Hmmm awal-awal dah bagitau si anak dara kat rumah tu, yang ini bukan colour crayon untuk buku sekolah ye.


Untuk bibir sendiri puan zai pilih kaler coral stone.




Puan Zai...

Tuesday, September 27, 2011

Elegancia Bowl Tupperware

Set Elegancia Bowl nie puan zai beli untuk hari raya aritu.
Puan zai beli satu set.
Letak atas meja pergh tersenyum lebar tengok.
Harga Elegancia Bowl Set untuk dua 4.6L dan 3.2L ialah RM221.00. Tambah Elegancia Server (yang jenis leper sikit tu) sepatutnya harga RM64.60 tapi dapat 20% diskaun dengan harga RM49.90 aje.



Senang tau. Letak semua hidangan dalam satu bekas besar camnie.
Kalau buat open house pun mudah je.
Tak perlu tambah banyak kali.
 

Monday, September 26, 2011

Peminat dari jauh...

 Assalamualaikum... rasanya minggu nie last la orang datang beraya. Lagipun ini minggu last orang gi open house sampai jem sana sini kl nie kan. Ada gak kawan-kawan yang bertanya atau mesej, kalau bukan bulan raya boleh datang tak? Datang aje puan zai sentiasa rumah terbuka untuk tetamu.

Ini gambar yang di ambil pada sabtu lepas. Seorang sahabat dari Seremban datang beraya. Antara BFF puan zai yang mak belum bersemuka lagi. Selalu mak nampak nama dan picture profile sahabat ini dalam hp puan zai aje. Kawan-kawan lain semua mak dah penah jumpa dan dah kenal pun.

Hari-hari sebelum sampai rumah, selalu kami berseloroh yang Cik Emma nie nak datang rumah nak jumpa peminatnya yang jauh hehehe.... So, cik Emma... dah jumpa la peminat jauh nie?


 Cik Emma dan puan zai. Sibuk nak bergambar time orang nak menjamu selera hehehe.

 Cik Emma bersama dua permata hati puan zai.

 Kakak dan cik Emma.

 Adik pun tak ketinggalan nak bergambar dengan cik Emma.

 Posing lagi.

Seisi borak-borak. Adik sibuk nak air sirap laici.

 Menu: Puan zai masak soto untuk tetamu. Mak pula masak rendang ayam kampung yang abah minta masakkan. Buat nasi impit bole makan dengan soto dan rendang. Nasi puteh pun masak. Soto ada mihun yang dicelur sekejap dan juga ari sirap laici. Lain-lain tu biasa lah cili kicap, suun goreng, bawang goreng, daun sup dan kacang goreng. Makan berulang-ulang menu nie satu hari kat rumah.

 Nie le rendang ayam kampung masakan mak.

Pejam celik pejam celik dah nak berakhir bulan beraya nie kan. Seronok dapat jalan dengan famili, saudara dan teman-teman.

Tapi kan sebenarnya puan zai ada satu lagi jemputan makan raya mungkin selepas waktu kerja minggu depan. Kalau jadi, satu 'geng beraya' akan beraya lah ke sana. Wokeh lah sampai kita jumpa lagi. Tata.

Wassalam.

Puan Zai...


 

Sunday, September 25, 2011

Rindu nasi ayam...

Assalamualaikum...

Petang kelmarin, hari jumaat tu lepas balik dari kerja, terus gerak ke Sg Wang. Nak amek seluar yang di anta untuk di oter sambil gi makan.

Dah lama tak pekena nasi ayam bukit bintang. Gi bertiga makan-makan dan gelak-gelak.

[ada makan ada gelak...]


 Posing dulu. Senyum walau tak sabar tunggu order.

 Macam iklan ubat gigi ker? hehe
[Fiza and me]

 Smile...
[Emma and me]
 Anak dara cun dua orang nie BFF puan zai...

 Standby...

 Oh, dah ready nie untuk santapan... paling rindu sup kacang tanah.

Untuk sejukkan tekak, haus dok berjalan-jalan...
Tadaaa... jemput makan...

Peberet kami kalau nak makan nasi ayam mesti datang ke sini. Nasi ayam tambah kerabu mangga dan kailan goreng. Selain tu paling yang di rindui ialah sup dia. Ada kacang dalam sup. Pas makan jalan-jalan kejap dan terus balik.

p.s-minggu nie last orang buat open house. Rata-rata jalan jem sana sini. Semua ada jemputan open house. Kat rumah puan zai sendiri pun ada 2-3 open house. Puan zai emang tak buat la open house. Kalau ada kawan-kawan yang nak datang sepanjang raya nie, puan zai just masak apa yang ada... penat wooo nak buat open house nie... lagipun cam tak terlayan tetamu bila tetamu di depan kita dok kat dapur.... ye tak? Lain lah kalau tak buat open house pun dok kat dapur gak sebab malu hehehe....
Puan Zai...

 

Saturday, September 24, 2011

Raya bersama rakan-rakan satu company...


[macam ratu tudung jer]

Pada 20hb September lepas, persatuan Islam kat company puan zai iaitu Bakim telah mengadakan jamuan hari raya untuk staff di sini. Majlis bermula dari jam 4.30pm - 6.00pm.

 Biasalah, mesti bergambar dulu walau dok penuh tangan pegang makanan.

 Sengih dapat makan satay ek.

 Antara staff yang hadir.

Nie gambar bonus, saja dok tengah makan dok amek gambar kasut...huhu...
[tayang kasut lepas raya...]

Friday, September 23, 2011

Raya bersama rakan-rakan... lagi...

 Walau dah terlampau kenyang makan di JAMUAN tengahari bersama-sama rakan pejabat, digagahi jua mambawa perut yang kenyang ke open house rumah bekas rakan sekeje.

Hai sedap pulak makan sambil bersila makan reramai. Tuan rumah orang bujang. Pula masa kami sampai, tiada tetamu lain kecuali kami yang dah diistiharkan sebagai geng beraya hehe.
 Sedap tengok pulut tu kalau di cicah dengan sambal ikan bilis. Tapi maklumlah tak bole amek pulut sangat, puan zai sekadar merasa dengan setengah sudu sahaja. Sambal ikan bilis dia buat emang best lah tak di nafikan lah. Pastu dia buat spageti bolognese dan cabonara (2 in 1) nie.

Makan dan makan. Bila ngam-ngam perut kenyang tu, terus minta diri untuk balik. Dok beraya tak lama mana pun. Settle semua, terus balik sebabnya anak-anak masing-masing dah nunggu kat rumah. huhu...

Thursday, September 22, 2011

Raya bersama rakan-rakan sepejabat

Sambutan sempena raya bersama rakan-rakan sekerja di pejabat ini telah di adakan pada hari isnin yang lepas.
Buat semasa waktu makan tengahari.
Semua yang di jemput adalah semua perkerja aje.
Boss-boss yang dalam bilik tak dijemput.
Boleh gitu? haha.
Yelah patut boss belanja staff. Ini nak abes raya senyap je takde jamuan.
Masa nie boss-boss sibuk ber-meeting di berlainan floor.
Oleh itu Bigboss (boss puan zai) dan 4 org boss-boss kecik under bigboss nie serta 4 boss-boss kecik under division lain emang tak di jemput. (Ehhh berapa banyak boss daaa....)

Alkisahnya masa sedang seronok bersantapan dan bergelak ketawa, tiba-tiba ada dua boss datang masuk dan makan.
Punya lah gelak masa tu tapi tak pa la dah raya, makan aje lah...


 Makan dan bergambar.

 Sedang sibuk memilih.

 Pilih jangan tak pilih.

 Menu: Ada yang order dan ada yang bawa dari rumah. Ada nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, roti jala dan kari ayam, mehoon goreng, nasi tomato, puding buah, buah-buahan serta kueh raya.

 Ini meeting room division kami, kena lah alas dengan surat khabar lama takut kotor.

 Sambil borak sambil amek juadah.

 Makan time.

 Antara boss yang masuk. Masa nie boss dua dari kiri tu sedang beri komen dia tentang filem Nasi Lemak yang sedang hot di pawagan tu...

 Gelak dan makan.

 Masa buat jamuan nie di sebelah tengahari, petang kami ada jemputan ke openhouse di rumah bekas rakan sekerja. Penat tu emang penat tapi atas undangan tu tak sanggup lak kalu tak datang. Akhirnya kami datang tapi sekejap ajelah. Gerak dalam 5.15pm. Selepas satu jam berikutnya, terus balik untuk ngadap anak masing-masing pula. Maklum lah semua yang gi rata-rata kaum ibu.

Sekian.

p.s-esok aje lah puan zai muatkan pic tu dalam nie.

Wednesday, September 21, 2011

Renungan bersama

Ada mata, baca.
Ada otak, piker.
Ada mulut diam, usah bebel-bebel...

Tuesday, September 20, 2011

Rendang ayam kampung...

Assalam...

Untuk menu makan malam arini, mak masak rendang ayam kampung. Semalam sembelih hari ini buat lauk makan besar.


 Ayam baru sembileh semalam [pic taken by kakak]

 Rendang ayam kampung.

 Wah kakak seleranya makan. Bertambah-tambah. Makan dengan nasi impit.

 Adik lak makan mangga.

 Abah puan zai pun lama ngadap rendang ayam kampung.

 Time makan buah.

Mangga dan betik buat lepas makan malam.