Friday, September 2, 2011

Salam Aidilfitri... Raya ketiga...

Assalam buat semua sahabat di alam maya.

Pejam celik pejam celik udah masuk hari ketiga berhari raya.

Jam udah kul 1am. Penat tu emang lah penat. Seharian dok di dapur, buat air, cuci gelas, buat air, cuci gelas. hehe

Ada yang dah mula berkerja hari ini. Puan zai mula keje ari selasa. Sengaja amek cuti isnin depan nak relax-relax abeskan cuti tahun. Hujung bulan nie ada appointment dengan doktor adik di pediatrik. Nak guna cuti jugak tapi tak apa lah cukup simpan cuti sampai ujung tahun.

Masuk hari ketiga nie, menu di hari raya pertama macam dah muak je. Pergi ke kedai nak cari ikan atau sayur. Hmmm hampeh tak de satu benda pun.

Selalunya kat umah puan zai hari raya ketiga menu special mestilah ikan keli goreng berlado. Nampaknya tak de rejeki. Untuk tetamu yang datang pagi dan tengahari, kami hidangkan nasi goreng cili kering dan telo sambal.

Untuk tambahan menu hari ini, semalam kat kampung abah kami ada singgah tepi jalan beli lemang. Pagi sebelum sampai rumah nenek, penjual tu baru je nak masak. So, bila nak balik ke KL lemang udah siap masak. Memang best lemang kat sini maklum ler peberet abah dan mak puan zai.

Raya ketiga nie dok rumah aje sebab saudara dan adik beradik sebelah abah datang beraya. Cuma ada 'lari' kejap ke rumah sebelah yang hidang nasi lemak. Makcik puan zai nie dulu-dulu ada jual nasi lemak RM1 depan rumah dia. Dah lama tak pekena nasi lemak masakan dia nie... nyum-nyum...

Menu: Sambal telo dan cekodok pisang [ada kanak-kanak ingat itu ayam goreng, mintak maap ye adik-adik, ini adalah cekodok]. Yang lain rendang daging raya dan lemang.

 Dalam banyak-banyak menu raya, kami kat rumah reramai serbu telo cicah kicap kipas udang dan cili padi. Ini jugak menu yang best makan dengan nasi panas baru masak huhu.

 Kakak lapar pekena nasi jugak kat rumah makcik sebelah.

 Adik tengok apa?

 Baru nak makan nasi. Adik kurang makan lah raya-raya nie. Ini pun makan kat rumah sendiri. Kalau kat rumah orang adik tak nak makan.

 Rupanya makcik pun menu telo mata kebau dan telo dadar. Yang lain ikan masin dan gulai pucuk ubi. Perghhhh tapi puan zai amek sikit jerrr... lagi satu rendang raya.

 Kueh raya, pilih je mana satu... takat nie tengok je lerrr.

 Gi pulak rumah makcik lagi satu, pekena nasi lemak nie... tangkap selera...

 Adik pinjam pinggan kakak je tu. Adik kalau makan nasi lemak takde sambal punya. Yang penting ada telo rebus dan nasi.


Akhirnya, kepenatan.
Kenyang, penat dan panas.
Tidur nyenyak.
Selalunya adik yang akan tido petang. Raya nie kakak pula tido petang, adik lak bz main games.

Esok plan nak beraya ke Nilai atau Senawang. Nak gi berkonvoi. Gi reramai. Jadi, stop disini dulu. Jumpa lagi esok.

Wassalam.

Puan Zai...

p.s- pedih dah mata nie, tarik bantal dan selimut best nie wooo...

No comments: