Tuesday, July 31, 2012

Mimpi makan buah epal...


Ada orang mimpi makan buah epal.
Tafsiran yang diketahui ialah alamatnya akan menghadapi sukses.

Puan Zai @ JH...

Monday, July 30, 2012

Udang Sabah


As-salam...

Semalam adik lelaki puan zai baru pulang dari Sabah.
Ke sabah atas arahan boss dia ler, ada keje di sana.
Gi dalam 4 hari aje.

Balik dari Sabah bawa ole-ole untuk mak iaitu udang Sabah nie.
Sebelum di masak lebih kurang sebesar tapak tangan size ia mak kata.
 Harga dalam RM30 sekilo.
 
Masak lah seorang mak untuk anak lelaki bujangnya.
Jadi, cadangan menu apa yang sesuai untuk udang ini ialah....
 
Masak sambal udang.
Masak sambal udang untuk berbuka seisi keluarga nanti.

Sekian...

p.s - selamat berbuka buat semua sahabat!

Puan Zai @ JH...

 

Sunday, July 29, 2012

Menu apa Nabil suka berbuka?

Kalau dah minat tu camnie ler jadinya entry hari ini.
Hehe saja je nak tepek citer artis kesukaan di sini.

Ada sedikit persamaan, Nabil suka berbuka dengan makanan kegemaran iaitu martabak dan tepung pelita.
Begitu juga dengan Puan Zai @ JH ini.

 

Saturday, July 28, 2012

Shopping raya?



As-salam...

Puan zai dah bershopping raya petang tadi. Anda pula bagaimana?


 Lepas shopping, singgah ke KFC untuk berbuka puasa.

Baju-baju raya anak-anak semua siap di beli.
Kasut dan selipar satu famili pun dah siap di beli.
Cuma baju melayu sahaja yang kena cari.
Nak cari di Masjid India nanti.
Nampaknya nak ke sana kena bersendiri.
Maklumlah jem teruk kalu nak ke sini satu famili....


Puan Zai @ JH...



 

Nestum dan Roti Bakar...


Si kakak bersahur nestum dan roti aje.
Nasi kakak tak moh.
Adik pula masih di ulit mimpi yang indah di bilik tidur.

Selamat bersahur buat semua rakan-rakan di alam maya.
Dan selamat mengerjakan ibadah puasa hari ini.

Puan Zai @ JH...


Friday, July 27, 2012

Teringin...


 Martabak daging...
Singgah di bazar petang tadi mencari ini...

Puan Zai @ JH...



Pisang Tiga Nama


Abah puan zai kata pisang nie ada 3 nama.
Ada sesetengah orang panggil pisang nie pisang nipah.
Ada yang sebut pisang batu atau pun pisang kapas.
Pisang 'Terbaek dari ladang' abah puan zai.
Sudah dua hari di buat goreng dengan tepung adabi ataupun pengat untuk berbuka puasa.

Sekian.

Puan Zai @ JH...




Saturday, July 21, 2012

Selamat Berbuka!



 Selamat berbuka buat semua...

 Menu berbuka ialah nasi lemak dan ayam goreng berempah.

 Nampak je penuh satu meja... tapi sebenarnya semua pinggan berasaskan nasi lemak.

 Pinggan untuk si adik yang 'berpuasa'.

 Kakak makan sampai kenyang.

Agenda selepas berbuka... zZZzzzZZzzz... huhu...

Puan Zai @ JH...

Selamat Berpuasa!


Puan Zai @ JH...


Monday, July 16, 2012

Novel: Sesuci Kasih Seorang Isteri ~ Dzie Tyea


NKB: Novel Ku Baca

Sesuci Kasih Seorang Isteri
[Karya: Dzie Tyea]

"Kita cuma mampu merancang...
Dia jualah yang menentukan segala-galanya..."

Isha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.

Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? Siapa aku sebenarnya padamu?

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.

Komen JH:
Novel ini puan zai pinjam dari seorang kawan di opis. Asalnya puan zai tertanya padanya kenapa novel ini elok terletak di atas meja di tempat kerja. Seperti tidak terusik langsung olehnya.

Kawan ini memang 'kaki novel'. Takkan novel yang baru di beli dibiarkan sahaja di atas meja.

"Saya baru baca beberapa helai dan saya tak berapa suka dengan banyak adegan 'manja' suami isteri, jadi saya stop membaca" Katanya.

"Awak ambil lah baca dan bagitahu pendapat awak" Sambungnya lagi.

Apalagi pembaca pun ambil dan mula membaca beberapa helaian terawal novel ini dan terus memberi komen awal pada si kawan.

Pembaca mulanya bersependapat dengan kawan ni. Memang banyak adegan 'manja'. Terlalu asyik dan terlalu banyak di ulang tayang. Boleh buat terasa mual. huhu...

Pembacaan di teruskan juga sebab alang-alang dah baca tu biar habis dan biar dapat di komen di blog sendiri.

Pada pendapat peribadi pembaca, novel ini memang menarik dan bagus dari jalan cerita. Banyak pengajaran dan pedoman hidup yang tertulis di sini.

Cerita poligami seorang lelaki yang sudah mempunyai seorang isteri yang taat, beragama dan cantek ini telah dipaksa berkahwin dengan seorang wanita oleh along iaitu abang kandungnya sendiri atas sebab hutang dan perniagaan haram yang si abang jalankan.

Di sini lah bermula perjalanan kisah hidupnya dan segala luahan dan perasaan seorang manusia, seorang adik, seorang ayah dan seorang suami.

Pembaca cadangkan agar semua peminat novel medapatkan novel ini dengan harga RM19.00 sahaja.

Selamat menulis kepada Dzie Tyea atau nama sebenarnya Siti Rudziah Jukim. Tabik spring pada anda kerana berjaya menghasilkan novel ini.

Next Novel: Maafkan Abang... karya Eyla Hime...

Puan Zai @ JH...


 

Sunday, July 15, 2012

Majlis Tahlil


As-salam...

Sekejap aje cuti hujung minggu berakhir. Cuti dua hari ini di isi sepenuhnya bersama keluarga dan sanak saudara.

Hari ini udah masuk malam hari, baru dapat puan zai post entry. Hari ini juga sepanjang pagi bersama-sama cikgu dan kawan-kawan sekolah si adik di Karnival Kemas di Kg Sri batu.

Tetapi kali ini entry bukan gambar di hari karnival, Ini kisah semalam yang dijadikan entry ringkas untuk hari ini. Majlis tahlil yang di adakan di Kg Dato Keramat, KL.

 Kakak dan adik.

Menu majlis tahlil semalam ialah nasi puteh, ikan senangin sweet & sour, gulai daging (emang the best lah), ayam masak kicap, telor dadar dan ulam-ulaman serta sambal belacan.
Air pula sirap dan teh o panas.
Semua hidangan di masak oleh makngah puan zai.
 
 Ini ialah atuk puan zai.
Sedang layan atuk makan.
Selesai semua tetamu makan, baru atuk nak makan.

 Kakak dan adik sedang makan.

 Time macam ini lah dapat berkumpul dengan semua adik beradik mak puan zai.
Sambil makan sambil berborak sakan.

Selesa majlis, apa lagi ke dapur le mengemas hehehe...

Merindui pada arwah nenek yang telah pergi. Al-fatihah...

Puan Zai @ JH...

p.s-Minggu hadapan mula puasa. Tak sabar untuk menyambut bulan yang mulia ini.

 

Saturday, July 14, 2012

Anak ayam, Mantin


As-salam...

Sepertimana tajuk di atas, memang iye agenda kami pepagi tadi ialah anak ayam. Ini betul-betul anak ayam. Nak cari anak ayam untuk di bela.

Seawal jam 8 pagi dah gerak ke Mantin, menemani abah dan mak puan zai mencari anak ayam. Sambil tu round-round kat kampung abah.

 Ini antara agenda kami selain beli baja dan jagung untuk makanan ayam.

 Sebelum tu, sarapan tosai dahulu.

 Adik dok pot pet pot pet mulut dia.
Adik makan roti kosong tapi adik rasa semua orang punya sarapan.
Adik dapat rasa tosai kakak, mee goreng nenek dan magi goreng ibu.

Selepas sarapan tanpa berlengah terus gerak ke Mantin dan seterusnya ke Lenggeng. 
Ikut jalan Broga, cuci mata tengok hutan hijau.


 Sampai di pekan Lenggeng terus ke kedai baja.
Selesai beli baja terus usha-usha kedai mainan.

 Sama ada nak kereta control atau raket badminton, yang mana satu idaman hati?

 Bergambar dengan raket baru.
Raket jadi pilihan.
Ada 10 raket yang dah rosak at rumah tu sebenarnya.
Tak sabar nak main lah tu.

 Singgah pekan Mantin untuk makan tengahari.
Ada macam-macam lauk pauk.

 Lauk di pinggan ibu.

Kakak amek ayam goreng dan sayuran.

 Adik pula tak mahu makan.
Dok minum holicks aje.
Kata adik nak makan kat rumah.
Huhuhu mana ada masak nasi kat rumah adik oi.

Abah sibuk dengan anak ayam nak angkut masuk dalam kereta.

Kat pekan Lenggeng dapat beli buah nona nie.
Lebih kurang durian belanda rupa ia.
Cuma durian belanda masam manis sedikit.

Selesai agenda balik kampung pagi tadi, terus balik ke rumah.

Rehat sekejap sebelum gerak ke Keramat untuk majlis tahlil di rumah atuk puan zai bagi agenda malam nanti.

Berjumpa lagi selepas ini. Selamat berhari minggu!

Puan Zai @ JH...






Friday, July 13, 2012

Ayam Kampung, Cheras


As-salam...

Al-kisah semalam sahabat mengajak makan tengahari di luar bangunan opis. Katanya jom ke kedai makan ayam kampung.

Puan zai bersetuju aje. Boleh rasa makan tempat baru dan rasa ayam kampung versi di kedai pula.

Dengan itu, gerak lah kami berempat ke Downtown, Cheras. Boleh tahan tempat dia. Tidak panas dan tidak terlalu penuh sebabnya banyak meja makan yang telah di sediakan.

Sampai je di sana rupanya ramai 'sedara' yang makan di situ. Tergelak sesama sendiri bila jumpa kawan-kawan satu tempat kerja di situ hehe.
 

 Penuh satu meja walau amek lauk dalam size yang kecil.
Tengok-tengok aje lauk yang di pesan ini sungguh menyelerakan.

 Menu utama - ayam kampung.

 Perghhh bestnya gulai kawah nie.
Daging ia amat lah lembut.

 Sayur pula cuma amek pucuk paku.

Sebelum dan selepas makan, pekena buah-buahan.
Satu bekas RM2.

Sebelum start makan, mata kami asyik sangat melihat gelas besar berwarna puteh yang di tatang oleh pekerja kedai. Masing-masing tertanya air apakah itu? Rupanya air durian belanda yang di blend.

Fuhhh sedapnya. Lain kali ajelah order untuk kunjungan yang lain sebabnya kami dah order air lain pada awalnya.

OK lah kena stop di sini dahulu. Harga makan kami semalam untuk empat orang ialah RM39.00. Harga air juga untuk empat orang ialah RM5.40. Sungguh berbaloi.

Sekian. Tata....
 

Puan Zai @ JH...





Wednesday, July 11, 2012

Dinner Party ~ 05 July 2012


As-salam...

Ini kisah hari khamis yang lalu. Kisah makan-makan satu division. Sambil tu ada potong kek juga untuk staff yang menyambut birthday pada bulan july.

Mulanya plan nak makan di luar opis tetapi bila hujan sudah turun, nampaknya makan-makan dalam opis aje lah.














Puan Zai @ JH...