Wednesday, April 16, 2014

Farewell ~ Erin



As-salam...

Seorang demi seorang sahabat meninggalkan puan zai. Isk isk isk sedih tau...

Tapi demi kerjaya yang baru puan zai doakan Erin berjaya dalam apa jua yang erin pilih. Kakzai doakan Erin akan sukses selalu in shaa Allah.

Sahabat puan zai nie telah berkhidmat selama 10 tahun di company kami. Puan zai memang tabik spring pada Erin kerana dalam department Erin, Erin memang cekap dan terer dalam apa jua kerja yang di berikan.

Banyak pengetahuan dia di opis yang dia boleh handle sorang-sorang. Walaupun kami berlainan department ada juga kadang tu puan zai sendiri pun ada bertanya lebih-lebih lagi jika ada masalah dalam powerpoint. Bab nie memang tabik lah.

 
 Gambar-gambar di bawah nie puan zai amek dari fb Erin.

Erin... Kakzai pinjam tau gambar nie hehe... sd card kakzai dah damaged wooooo huhu...


 Makan-makan sempena farewell Erin, kami bawa Erin makan di Berjaya Times Square pekena western di Tappers. Puan zai memilih untuk pekena sandwish di atas sebelah kiri tu. Manakala Erin pilih chicken chop. Kali terakhir puan zai dapat lihat Erin 'melicinkan' pinggannya. Sedap menu di sini tau... besar pulak tu memang mengenyangkan sampai ke malam hehehe...


Erin, kakzai takde hadiah istimewa untuk di beri. Harap Erin suka dengan buku ini. Jangan lupa kakzai ye lebih-lebih lagi bila time makan sushi tuuu tauuuuu... huahua....

Sayang selalu dari kakzai buat Erin. MInta maaf jika selama kita bersahabat nie ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan. Harap kita always keep in touch ye muahhhhh....

p.s kadang teringat time kita bergelak ketawa sampai tergolek-golek kat lantai kan.


Puan Zai @ JH...

Tuesday, April 15, 2014

Dinner @ One World Hotel


As-salam...

Malam 12 April yang lepas, company puan zai ada dinner di One World Hotel. 2013 Agency Award Dinner nie ada lah acara tahunan company untuk agency members. Malam tu sebenarnya sambil ber-kerja sambil ber-dinner. . Tahun-tahun sebelumnya di adakan di Genting Highland. Cuma kali ini kemeriahannya beralih ke One World Hotel.

Ini ialah kali pertama puan zai melibatkan diri dalam majlis besar sebegini. Sebelum nie membantu team cuma di opis. Tak penah lah lagi pergi. Seronok juga. Dapat rasa bagaimana perjalanan dinner macam nie. Berbaloi lah penat lelah selama beberapa minggu nie sibuk dengan keje yang melibatkan registration dan keje-keje berkaitan dinner nie hinggalah puan zai melihat sendiri kemeriahan majlis ini yang berjaya diadakan.


Gambar ini je yang ada dalam simpanan. Yang lain semua dah hilang dek kerana sd card puan zai damaged dan kena reformat balik. Habis la semua gambar-gambar kenangan yang lain dalam sd card tu huhu....

Gambar pun tak berapa nak best. Maklum lah hp cikai nie haa kan. Puan zai pakai simple je malam tu. Berjubah. Tak payah susah-susah nak pakai baju apa. Makeup pun biasa je cuma berbedak je.


 OK... yang ini team dalam section puan zai. Kami berempat dalam events & promotion. Cuma gambar head kami je takde dalam nie. Berkeje dengan mereka berdua seronok. Betul tak tipu tau. Thanks uolsss.



Yang ini separuh dari team besar kami yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan dinner nie sebelum dan semasa dinner. Well done uolllssss...

Jumpa lagi tahun depan uolsss....


Puan Zai @ JH...













Saba Restaurant, Dataran Jelatek


As-salam...

Fuh lamanya tidak bersiaran di sini.

Puan zai nie lama tak online. Bila on je pc adik akan start nak main games. Asal on je pc kakak pula nak guna untuk ulangkaji. Dan asal on pc je apak pulak nak guna buat saki-baki keje opis yang tak abes di opis tu.

Jadinya puan zai hanya boleh on di hp je mengintai blog kawan-kawan tanpa meng-update blog sendiri.

Hari ini tetiba berkesempatan membelek pc dalam jangka waku yang panjang bila semua orang sibuk dengan hal lain. Macam tak heran je dengan pc nie. 

Apa lagi cepat-cepat si ibu ini mengetuk-ngetuk key board nie. Semalam sebenarnya dah post satu entry. Sekarang sedang sedaya upaya buat satu lagi entry.

Citer nie citer minggu lepas. Dah lama pun dok dlm draft. Tapi tak post juga. Dok belek-belek hp kakak ternampak pic nie. Alahai puan zai kalau tengok kat dalam post page banyak entry yang masih dalam draft yang belum sempat di post tu.

Minggu lepas kami anak beranak keluar makan tengahari di luar di hari minggu. Memang puan zai tak masak pun. Hari sabtu je puan zai masak kari ayam dan sup meat ball untuk adik. Ahadnya kami keluar. Dok tanya anak-anak nak makan apa. Kakak dengan lajunya kata nak makan steamboat. Adik pulak nak kfc lah, piza lah, mcd lah. Banyak betul dalam list adik. Tapi kereta kami laju je di pandu apak menuju ke Duke. Eh nak ke mana ye...

 Rupanya kami di bawa apak anak beranak ke Dataran Jelatek pekena nasi arab di Saba Restaurant. Ini pertama kali puan zai makan nasi arab. Apak memang dah selalu makan nasi arab. Dia memang suka berlaukan kambing. Gambar di atas nie pilihan kakak Mandi Chicken.


 Yang ini dah tentu apak punya. Mandi Lamb. Kambing tu adik pun ada tumpang sekaki. Selain tu apak order Lamb Soup jugak. Meratah la anak beranak tu. Sedapppp adik komen...


 Yang ini puan zai punya ye. Tak ingat nama dia. Chicken dan roti. Sedap jugak. Sengaja nak elak nasi waktu nie.


 Chicken chop nie dah tentu-tentu la untuk adik. Adik nie bawaklah makan mana sekali pun, western yang ada frech fries nie memang kesukaan dia. Memang dia akan minta menu sebegini.


Semasa memilih menu sebelum tu kakak beriya-iya nak makan cream caramel nie. Nampak sedap dalam gambar menu. Bila makan sesuap je kakak komen manis. "Manis tapi sedap" katanya. Selebihnya share reramai sampai licin.

Habis je makan terus balik rumah dan lepak depan tv. Ini lah citer kami pada hari minggu yang lalu... Jumpa lagi...


Puan Zai @ JH...



Monday, April 14, 2014

Dating


As-salam...

Semalam anak-anak puan zai ikut nenek dan atuk balik kampung. Mereka beriya-iya nak ikut sebab terdengar atuk kata nak singgah di jeram.

Bukan nak mandi bagai cuma dok bersantai tepi sungai sambil makan nasi lemak atuk kata. Jadi... seharianlah kami di tinggal anak-anak.

Puan zai tanya betul ke nak ikut atuk ke jeram? Kakak dan adik jawap ye sambil berkata "ibu dan apak pergi la dating berdua".

Amboi pandainyaaa... tapi dalam hati ibu ini yelah lama jugak tak berjalan berdua. hehe apa lagi petang tu ibu dan apak berjalan berdua-duaan.

Ke Ikea la kami dating bila di tanya puan zai. Ikut je la. Duduk rumah pun boring, teman apak ke sana survey barang opis.



Penat-penat survey barang dan harga, perut dah berkeroncong. Lapar nasi. Teppanyaki menjadi pilihan. Lama jugak tak makan di sini. Sementara nasi sampai, kami pekena california roll dan wasabi dulu... nyum-nyum

 Apak pilih beef... manakala puan zai order...


Chicken... Sampai je order terus makan, tak pandang dah kiri dan kanan.

Selesai makan, berjalan kejap sebelum balik. Seronok kalau ke Ikea nie, seronok cuci mata. Walaupun poket nipis tapi kat sini boleh pasang angan-angan. Angan-angan je la pun. Kalau boleh nak ini la nak itu la. Hahah seronok kalau dapat semua yang cantek-cantek di sini. Semalam dapat jugak rembat barang dapur dua tiga jenis.

Sebelum balik kami singgah beli kudapan anak-anak. Masa tu mula merindui anak-anak bila seharian tak jumpa.

Akui tak seronok bila anak-anak tiada. Selalunya kalau berjalan mesti berempat... walaupun seronok dating berdua, dia hati tetap mahu dating dengan anak-anak jua. Hmmmm...



Puan Zai @ JH