Saturday, November 30, 2013

Kakak & Kenduri


As-salam...

Hari ini dan esok ada undangan kenduri kawen. Hari nie puan zai tak berkesempatan nak bersama-sama mak, abah dan adik serta isteri ke kenduri di Semenyih. Apak ada meeting pulak pagi tadi. Jadi puan zai dan adik je yang berkurung di rumah.

Puan zai dan adik sahaja? Maksudnya kakak aje yang ikut serta nenek dan atuk ke kenduri.

Balik dari kenduri kakak mula bercerita tentang pelbagai jenis makanan yang sedap dan mengenyangkan di sana terutamanya semua desert-desert.

Kita yang dok rumah nie dengar aje la walaupun tekak nie teringin sangat nak makan lauk kenduri pengantin haha.

 Kakak bersama nenek dan atuk.

 Pelamin yang indah.

 Cendol.
Nie kakak amek berapa kali dah sebab sedap sangat katanya.
Tu belum lain-lain desert yang terhidang.

 Si kakak yang ibu sayang.

 Adik lelaki dan isteri.
Tunggu hari je nak bersalin nie.
Semoga semua dipermudahkanNya.
Amin.
Tak sabar nak timang anak buah baru...

 Pasangan pengantin baru yang berarak masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin nan indah.

 Ole-ole untuk di bawa balik ke rumah.





Esok pula ada undangan kenduri di Selayang. Anak lelaki kepada jiran lama bersanding. In shaa Allah kalau sempat kita pergi kalau lah meeting apak tamat awal esok pagi... kalau tak nenek dan atuk jugakkk la jadi wakil.

Puan Zai @ JH...



Thursday, November 28, 2013

Happy Birthday Sofea & Adelia


As-salam...

Ini sebenarnya cerita minggu lepas... maklum lah baru hari nie nak upload pics kan. Lama dah terperap dalam simpanan hp nie.

Pada hari sabtu lepas puan zai hadiri dua kenduri untuk dua birthday girl nie. Seorang bernama Sofea dan seorang lagi bernama Adelia. Kedua-dua mereka yang cute nie menyambut hari kelahiran mereka yang pertama.

Majlis sambutan potong kek Sofea pada tengahari tu manakala untuk Adelia pada sebelah malam.

Jom tengok di sini...

 Happy birthday Zulaika Sofea!

Sempena birthday Sofea, majlis Aqiqah jua berlangsung untuk birthday girl nie.
Ada macam-macam jenis menu di sediakan termasuk la nasi beriani dan kari kambing.

Biasalah mesti ada muka anak-anak puan punya blog.

Happy birthday Adelia Maisyurah! 

Dah kenyang makan di majlis Sofea, makan lagi malam tu di majlis Adelia yang tak kurang meriahnya.
Di sini jua ada pelbagai jenis makanan.
Bila nampak aje spageti atas meja dah sah-sah la puan zai sambar yang ini dulu. Yang lain tu kendian baru rasa.
Masa makan-makan ada acara rebut kerusi.
Kakak dapat lagi kerusi yang pertama tu.
Hadiah tupperware... suka...

Musim cuti sekolah nie, ada banyak jemputan makan. Minggu nie in shaa Allah kami akan ke Semenyih bagi memenuhi undangan kenduri kahwin. Makan lagi la nampaknya. Camner diet puan zai ehhh???? huhuhu... Diet diet jangan tak diet...

Puan Zai @ JH...


Happy birthday Yana!


As-salam...

Happy birthday buat sahabat ku Yana Yusuf yang menyambut hari lahirnya pada 20 November yang lalu. Semoga panjang umur yang dirahmatiNya dan dimurahkan rezeki yang diberkatiNya. Amin...





Ikhlas drpd:
Puan Zai @ JH...

 

Saturday, November 23, 2013

Ke Pangkor bersama Puan Zai...


As-salam...

Lama tak singgah sini eh? Sekali sekala menyinggah baru boleh datang rasa rindu kan hihi...

OK lah sekarang dah mula cuti sekolah buat anak-anak kita. Cuti sekolah nie ada juga plan nak jenjalan bawa anak tapi masih dalam perancangan. Tengok lah camner. Yang paling penting salah satu destinasi mesti anak-anak akan ajak balik Ke Karak nak jumpa sepupu mereka.

Seminggu sebelum sekolah mula bercuti tu, puan zai bawa anak-anak ke Pangkor. Ke Pangkor dengan rombongan saudara mara dan jiran tetangga seramai 30 orang dewasa dan lebih kurang 7 orang kanak-kanak.

Puan zai pegi dengan anak-anak jer, maklumlah apak keje time nie. Puan zai ok je no hal lah... saudara mara ramai yang pegi jadi tak de lah kecut sangat kalau berjauhan dengan famili ataupun suami. Lagipun ramai yang tak bawa suami masing-masing haha...

Sebenarnya kan seronok berjalan reramai naiki bas nie. Ada macam-macam ragam boleh kita tengok. Sampai di Lumut, kami naiki feri untuk ke Teluk Nipah tempat penginapan kami di Pangkor Bay View Beach Resort.

Jom intai di sini bersama-sama percutian kami kali ini... moh moh...

 Masing-masing excited bila dah sampai.
Sampai sini jam 12.
Hampir jam 1 sampai di resort, terus makan tengahari.
Perut masing-masing berlagu.

 Makan malam pertama kami di sini.
Makan di resort nie kira tiptop la... kenyang...
 

 Breakfast hari kedua.

 Sampai je di resort, tak sempat-sempat nak kemana, anak-anak dah terjun dalam pool.
Terus berendam sampai kecut.

 Lunch time... kakak dan adik kulit dah berkilat jadi gelap sebab berpanas sambil berendam.

 Menu minum petang di tepi pantai.
Makan lempeng pisang + kelapa panas-panas nie sedap.
RM1.50 sekeping.

 Makan malam hari kedua.

 Malam tu ada BBQ, games dan seisi karok.
Seisi nie mesti ada kalau bergathering nie.
Tak sangka juga ada surprise kek untuk birthday girl... Adelia Maisyurah yang pertama.

 Games main rebut kerusi untuk 3 kategori.
Kategori kanak-kanak, remaja lelaki dan dewasa wanita.
Tang dewasa wanita tu kelakar sampai gelak terbahak-bahak tengok keletah masing-masing. 

 Kategori kanak-kanak, kakak dapat no 1 mana kala adik dapat no 5.
Kakak dapat hadiah cap dan adik dapat key chain.
Main suka-suka je hadiah tak penting harganya asalkan mereka seronok.

 Breakfast hari ketiga.
Lepas breakfast dan sebelum bersiap untuk balik KL, sempat lagi mereka berendam sampai puas.

 Jeng jeng jeng tang nie emang besttttt...






 Stat round tengok pulau.





 Jalan-jalan tengok barang.


 Masa nie time balik dah kat Jeti Lumut.
Sementara nak naik bas tu, kami makan tengahari dulu.
Lapo kan... yang best tu tang ABC...

Puan Zai @ JH...