Thursday, May 31, 2012

Selamat pagi...


As-salam semua...

Pagi yang indah...

Nyaman dan sejuk...

Semoga dipermudahkan olehNya rutin harian kita hari ini... amin...

Pagi yang renyai ini, JH pekena roti telor...


Puan Zai @ JH...




Wednesday, May 30, 2012

Souvenier dari Bandung...


 Terima kasih kak Zalipah...
Luv uuu...

Puan Zai @ JH...


Events & Promotion...


As-salam...

Salam petang rabu untuk semua...

Events & Promotion? OK... ini nama department puan zai. Ini department baru di tubuhkan sejak management baru ambil alih.

Department puan zai kebanyakkannya telah dan akan organise pelbagai event besar atau kecil untuk management. Ada beberapa events dan meeting ataupun conference akan di adakan sepanjang tahun ini.

Pada 17hb yang lalu seorang CEO Global Life datang ke Malaysia untuk lawatan rasmi. Acara makan tengahari bersama 30 orang Group Agency Manager, Agency Manager dan Sales Advisor di Conservatory Room, di tingkat paling atas bangunan pejabat kami.

Beberapa hari sebelum tu memang kami sedikit bz untuk siapkan semua yang berkaitan.

Ini pertama kali puan zai kena turut sama turun padang. Selalunya di belakang tabir je... buat apa yang patut hanya di dalam pejabat... OK juga lah salah satu pengalaman.

 Simple aje rostrumnya...

 Dua jam sebelum, kami dah siap-siap test apa yang patut seperti laptop, lcd projector, lcd screen, cd, muzik dan lain-lain.
Ada beberapa department yang turun padang membantu menjayakan event ini.
Sebelah kiri tu meja untuk letak special gift... blom siap lagi..
Letak alas meja kaler biru dan puteh.

 Tepat jam 11 pagi puan zai dah standby kat registration table untuk sambut tetamu.
Semua advisor kena tanda kedatangan dan terima name tag memasing sebelum masuk ke conservatory room.
Selepas semua dapat name tag masing-masing dan semua jemputan sampai, baru puan zai masuk untuk turut serta dengan rakan kerja yang lain.

 Sementara tunggu tetamu, pekena fruit punch cocktail dulu...
Sedap segar rasanya...

 Sebelum start lunch, pekena cocktail dulu sebelum event bermula.
Sedap cheese tart tu, amek sampai dua.

 Dua yang berdiri ialah dua orang CEO Malaysia dan CEO Global Life yang sedang menyampaikan ucapan dan special gift kepada semua GAM, AM dan AS.

 Lunch time!

 Perghhh.. yang tukang buat kerja bukan main pinggan penuh...
Semua menu sedap.
Caterer yang best.. sampai department lain nak organise meeting pun minta caterer yang sama.

Bila nak menjamu 'orang luar' semestinya kita nak tonjolkan semua makanan Malaysia kan...
Dah tentu menu utama ada satay ayam, nasi lemak, sambal sotong, rendang ayam, salad, ketam, udang, char kuew tiaw, roasted lamb, rojak, buah-buahan tempatan dan kueh mueh nyonya.
Bangga dapat tengok 'mat saleh' pekena makanan pedas hehe...


Kami arrange 5 round table.
Setiap satu ada satu pot bunga.
Bila abes event takkan nak buang kot.
Apa lagi boss kata bawak balik rumah pastu pass kat kengkawan opis yang nak...
Cantekkan... kami order bunga nie satu RM25.


Bulan July depan, department puan zai ada organise camp dan conference di Awana, Genting selama 3 hari. Dengarnya puan zai kena gi jika tak cukup manpower. Yelah department baru banyak pula kekosongan jawatan.

OK lah geng, stop sembang di sini dulu. Nanti sembang lagi... tata...

p.s-hari-hari kena post lelaju dan BW lelaju kerana kesuntukan masa yang amat dengki...

Wassalam...

Puan zai @ Jendela Hati...




Tuesday, May 29, 2012

Bumbu Desa, Mid Valley


As-salam...

Dah tengah malam sebelum tidur nak update entry nie dulu. Sekarang nie kesuntukan masa aje. Type pun main type laju-laju. Nak BW pun, BW laju-laju. Ada je gangguan masa hehehe...

Gambar di bawah nie masa nie gi makan kat Bumbu Desa di Mid Valley. Tak pernah lagi masuk ke sini sebelum nie tetapi masa nie rezeki tengah murah sebab Exec Manager yang baru tranfer ke Department puan zai yang belanja. Kami gi bertiga aje puan zai dan AM puan zai dalam department nie.


OK jugak lah makan di sini.
Cuma segan nak bertambah nasi sebab depa tu bukan pengemar nasi.
Depa ratah lauk pauk je... alahai...hehehe...

Pelbagai jenis lauk juga kami pilih.
Tapi kebanyakkannya nama pelik-pelik.
Iye lah nasi padangkan... jadi nama makanan pun nama indonesia.
Kalau es tu ais lah, jeruk tu tak silap mangga kot...

Yang kami pilih ialah ikan talapia goreng..memang superb tau...lembut dan sedap... cicah dgn kicap manis...

Pehtu amek gulai sotong sumbat tauhu, ayam sweet and sour, babykailan goreng, cucur jagung.

 
Haus lah, cuaca pun terik.
Apa lagi pekena watermelon lah...srupppp...
Tapi EM dan AM puan zai tu mereka minum limau suam.
Haha mereka kata dah tua... mana ada tua, mereka muda lagi... alahai umur lebih kurang aje kami nie cuma puan zai aje ada anak dua dah...

Makaseh lah bawa puan zai pi makan lunch. Emang kenyang yelah sampai tiga senduk makan... hehehe tiga kali dalam erti kata tiga senduk lah sebab mereka tak makan nasi sangat mereka makan sesenduk je... dalam malu-malu puan zai makan abes lah jugak hehe...

Cuma tak sempat nak snap tang desert... sedap jugak macam pengat keledek... ada 18 ketul dalam mangkuk tu... puan zai makan 6 ketul huahauhua yang lelain mereka yang abeskan... erkkkk alhamdulillahhh... rezeki jangan di tolak donggg...

Puan Zai @ JH...



 


Scooter...

As-salam...

Semalam puan zai cuti sehari je sempena cuti sekolah nie. Lagipun ada hal pagi semalam ada urusan hal insurance di UniAsia.

Isnin depan pun amek cuti sehari gak. Malas nak dengar si kakak komplen ibu tak penah amek cuti sempena cuti sekolah. Iyalah bukan nak gi ke mana pun dok umah aje. Atas permintaan si anak dara, si ibu pun bercuti lah.

Keluar berdua dengan si kakak aje semalam tu. Pas selesai hal insurance terus gerak ke Sogo sebelum balik ke rumah.

Tak larat rasanya nak bawa adik. Bukan apa adik tu kadang kala kalau berjalan asyik nak berdukung aje.

Sebabkan nak cepat maka adik di tinggal di rumah dengan nenek. Tapi sebelum puan zai keluar rumah, berkali-kali adik pesan belikan scooter (dah banyak kali mintak, dah berzaman pun). Puan zai selalunya hanya mengiyakan aje sebab memang tak nak belikan adik apa mainan.

Adik pula asik kata ibu dah janji nak beli dan ibu selalu kena tinggal adik kat rumah huhu...

 Kat Sogo semalam dok jenjalan nampak scooter nie... teringat kat adik.
Puan zai jarang belikan mainan untuk anak-anak.
Jika mereka 'memberontak' nak sangat mainan, puan zai akan bagi katadua... nak mainan ke nak alat tulis????
Lagipun adik jarang dapat mainan, jadi si kakak pilih kaler ini untuk adik.

 Sebelum pulang ke rumah, kakak nak makan MCchicken.
Ini emang perebet kakak sebab kakak kata kakak suka yang banyak salad.
Untuk adik kakak kata beli happy meal.

Sesampai sahaja di kawasan rumah dah nampak kereta adik perempuan puan zai and the geng. Datang sekeluarga menjenguk mak dan abah.

Cuti sekolah mereka 'balik kampung' di KL... hehehe adik dok Rinching, Selangor, kami pula dok KL... terbalikkan... mak dan abah dok di 'kampung KL'...

Punya lah mereka berempat cucu-cucu mak dan abah tu tak jumpa, dok ralit bermain sama sampai ke malam... huhu nasib la minggu cuti sekolah ek..


Sekian celoteh arini dalam label 'Cerita Si Adik'... jumpa lagi tata...


Puan Zai @ JH...




Sunday, May 27, 2012

Teppanyaki Sg Wang...


As-salam...

Ini cerita dua minggu lepas. Baru hari ini nak post entry nie. Masa nie keluar dating dan lunch dengan best friend. Masing-masing pakat nak ke SgWang nak pekena teppanyaki yang dah lama kami tak pekena.

Imbas kenangan lalu masa kami keje di MAA Sg wang sebagai frontliner, Teppanyaki lah antara tempat makan yang paling best yang kami singgah. Lebih-lebih lagi Teppanyaki ini sebelah office lot kami aje.

Puan zai amek chicken.
Kami emang peberet tauge, jadi banyak mana tauge di pinggan kami bedal aje.

 
Tengok chef masak secara live.
Puan zai dan cik fiza.
Puan zai dan kak rose.
Standby nak makan sambil ber-pic.
Kalau datang sini mesti nak pekena Fuji Snow nie.
Memang syok.
Kalau tak caya tengok lah, licinnn...


Ada cadangan dengan kengkawan lain supaya buat gathering untuk semua ex-staff servicing centre.

OK juga tu hang out reramai. Sebelum ini company ada beberapa servicing centre seperti di Sg Wang, Central Market, KL Elite, Sunway, Subang Parade, Midvalley dan lain-lain lagi. Bila semua servicing centre tutup, semua staff tranfer semula ke HQ.

OK lah stop sini dulu, dah nak mula ke dapur pula. Jumpa lagi. Tata...

Puan Zai @ JH...





Hadiah untuk Ibu...

As-salam semua...

Selamat berhari minggu... Hari ini dok lepak kat rumah aje rasanya... kalau rajin petang kang plan nak gi Tesco Menjalara Kepong Village, nak cari barang dapur...

Dua kali senin bermula esok puan zai cuti... saja amek cuti sempena cuti sekolah. 1st time amek time cuti sekolah ini pun lepas si kakak komplen yang ibu tak penah amek cuti time cuti sekolah huhu

Masa mother's day yang lalu, ibu ini dapat surprise dari anak-anak... ibu tau mereka berusaha menyediakan dan membalut hadiah dalam keadaan sorok-sorok... hehehe seronok tengok walau pun tengok dalam senyap...

Terima kasih kakak dan adik... ibu sayang kamuuu...

 Dua hadiah untuk ibu.
Satu lagi hadiah, kakak dan adik beri pada nenek.

Yang ini adik masuk pertandingan dalam kelas sempena Hari Ibu yang lalu.
Adik dapat hadiah nombor 3.

Seronok bila tengok keletah anak-anak setiap tahun bila datangnya Hari Ibu ini... ada macam-macam ragam yang boleh kita lihat.

Puan Zai @ JH...


Saturday, May 26, 2012

Novel: Cinta Datang Lagi... Bikash Nur Idiris

NKB: Novel Ku Baca…

Cinta Datang Lagi
[Karya: Bikash Nur Idris]


Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain.
Yang Anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan dating sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya pada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki iu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula.
Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya pengorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah di menyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?
Komen JH:
Novel yang pembaca telah baca ini ialah keluaran tahun 2009. Lama juga tu. Bila baca nama-nama watak dalam novel, teringat nama-nama watak dalam citer dalm filem Hindustan.

Mesti gempak kan… suspen juga masa mula-mula baca helaian terawal dalm novel nie. Boleh nampaknya dua hati dua watak berbeza yang hadir ke majlis perkahwinan kekasih masing-masing.

Dari situ terjadi  la pelbagai jenis ‘kebetulan’ pertemuan watak yang bernama Fariz dan Raisya nie.
Harga novel ini ialah RM17.
Next Novel: Akhir Sebuah Cinta... Siti Nur Dhuha...
Puan Zai @ JH...



Bertukar wajah...

As-salam...

Semoga semua sahabat di alam maya sihat dan bergembira di samping keluarga tercinta.

hari ini bermula cuti persekolahan selama dua minggu. Tentu anda punyai pelbagai agenda dan kebanyakkan kita akan pulang ke kampung bersama anak-anak.

Lama eh puan zai tak update blog... huhu nak buat camner kalau lappy buat hal...

Rindu sesangat nak singgah blog anda... kalau lappy buat hal, nak BW kat hp pun tak best tau. Screen terlalu kecil tak puas tengok blog anda.

Malam nie perlahan-lahan puan zai berBW ye...

OKlah ni nak citer perihal kat opis. Seumpama seperti lappy bertukar 'wajah' nie samalah seperti kat opis puan zai nie. Semua bertukar 'wajah'.

Puan zai dah berkhidmat di sini selama 15 tahun. Suka duka gembira semua ada sejak berkhimat di sini. Setia? huhu mungkin iye jugak.

Banyak benda baru kami sebagai pekerja lihat bila management baru ambil alih nie.

Semoga lebih banyak pembaharuan yang baik untuk semua perkerja..

 Access card puan zai tahun 1996 - 1999.

 Tahun 2000 - 2011.

 2012.

Yang ini ialah surprise dari management...
Dapat belon dan cekelat untuk semua staff seluruh Malaysia.

Sekian dulu nak stop kat sini kejap... jumpa lagi eh... tata...


Puan Zai @ JH...






Sunday, May 6, 2012

Majlis Aqiqah Aisy...


As-salam...

Sambung lagi cerita kenduri yang kedua hari ini. Hari ini dok tayang gambar makanan je lah ye... i like hehe...

Selepas menghadiri majlis tunang di Kesuma Lake(boleh klik sini), kami bergerak pula ke Kampung Datuk Keramat untuk majlis Aqiqah cucu pertama paklang dan maklang puan zai iaitu Aisy yang baru berusia dua tahun.

Aisy bergambar dalam FB makcik dia... (puan zai pinjam kejap gambar nie).

 Kakak dan adik.

 Menu utama: Gulai kambing.
Dua ekor kambing di tumbangkan pagi semalam dan di lapah oleh paklang and the geng sebelum di masak sendiri oleh paklang.

 Hidangan lain-lain untuk majlis aqiqah ialah ialah nasi beriani dan nasi puteh, ayam goreng berempah, sambal goreng dan ulam-ulaman serta sambal belacan.

 Paling suka ialah sambal goreng.
Sedappp...

 Kueh pula ada kueh kaswi.
Sedap dan lembut.

 Nasi beriani.

Bab air puan zai buat... 
Air oren sunquick.
Biar kurang manis asal sejuk...

 Bubur kacang ijau.

 Kek span pandan.
Adik suka sangat, makan nasi pun letak kek span dalam pinggan dia.


 Haaa yang ini emang peberet.
Tepung pelita.
Kalau kenduri kat keramat nie, kueh kaswi dan tepung pelita mesti ada.

 Pehtu mengunyah anggur lagi.

 Ini pinggan puan zai, penuh dengan ulam.
Kalau boleh nak penuh satu pinggan ulam-ulaman.

 Masa kakak makan nasi, adik makan kek.

 Tetamu lelaki di luar rumah.
Maklum lah jam 5 petang, cuaca panas mereka dok di luar manakala tetamu perempuan makan di dalam rumah.

 Buat apa tu?
Kakak rajin menolong ibu kutip pinggan kotor untuk ibu basuh.

Nama pun kenduri kan...
Dah selesai kenduri, kena kemas balik.
Adik menolong menyusun perabot seperti kerusi masuk ke dalam rumah semula.

Aisy ialah anak tunggal adik sepupu puan zai nie.
Sepupu puan zai ini telah kembali ke rahmahtullah pada bulan februari yang lalu.
Telah 3 bulan arwah pergi.
Puan zai rasa sayu pula.
Semoga rohnya di cucuri rahmat.
Al-fatihah.

Sekian.

Puan Zai @ JH... sob sob sob...





Majlis Tunang


As-salam...

Salam hari ahad yang indah ini. Hari ini dok lepak kat rumah aje sambil marathon movie kat HBO dan yang sewaktu dengannya.

Maklum lah ini hari terakhir untuk semua pelanggan Astro menikmati sebanyak 130 channel percuma.

Puas la minggu nie mak dan si kakak asyik tengok channel Bintang aje, hari terakhir nie puan zai layan movie yang best-best.

Al-kisah semalam kami sekeluarga menghadiri dua kenduri sebab itu la hari ini hari lepak sedunia di rumah.

Pagi semalam gerak ke Kesuma Lake. Lepas selesai majlis tunang tu kami gerak ke Kg Datuk Keramat pula untuk majlis Aqiqah.

Tak moh ar type pepanjang ye kita layan gambar aje... jom... jom...

 Selamat bertunang buat bakal pengantin.

 Sementara majlis berlangsung di dalam rumah, kami reramai tunggu di luar sebab kat dalam fullhouse.

 Hantaran dari rombongan pihak lelaki.

 Di balas dengan hantaran dari pihak perempuan.

 Bakal pengantin nak bergambar.

 Kakak dan adik pun nak bergambar juga.

 Menu cater untuk majlis ini ialah:
Nasi puteh, gulai daging salai, ayam goreng, sayur campur, udang goreng bercili serta ulaman.
Ada kueh muih, buah oren serta anggur dan air si-ren (sirap oren).

 Perghhh... panas-panas begini kami layan 'cendol santan sawit' namanya.
Femes jugak kat Kesuma Lake dan seluruh Rinching.
Ada cendol biasa atau cendol pulut.

 Tapai!
Teringin gak nak rasa.
Dapat rasa sikit.
Kueh koci pun sedappp.

 Ada jeli kelapa dan dadih pelbagai flavour.

 Tetamu sedang menjamu selera termasuk lah puan zai se-famili.
Dengarnya rombongan lelaki datang seramai 50+++ orang.







  




Seperti yang di rancang selepas majlis tunang malam semalam ada birthday party untuk tiga nie, Aleeya dan Qimie serta Aliff (tengah).
Aleeya dan Qimie anak adik perempuan puan zai.
Ada BBQ dengarnya.
Kami tak boleh lelama di sini sebab perlu ke Keramat pula.
Untuk mereka puan zai dah beli kan hadiah.
Happy birthday ye!
Sorry Ibulong tak leh hadir... huhu...

Lewat jam 3 petang baru kami gerak ke KL semula.

Paklang dan maklang puan zai buat majlis Aqiqah buat cucu pertama mereka iaitu Aisy yang berusia dua tahun.

Nanti kita sambung cerita kenduri lagi ya. To be continue... tata...

Sekian... terima kasih untuk masa anda membaca entry ini...


Puan Zai @ JH...

p.s-sempat tengok majlis nikah Awal & Scha... suka tengok mereka... syahdu je... semoga mereka bahagia selamanya...