Sunday, May 6, 2012

Majlis Tunang


As-salam...

Salam hari ahad yang indah ini. Hari ini dok lepak kat rumah aje sambil marathon movie kat HBO dan yang sewaktu dengannya.

Maklum lah ini hari terakhir untuk semua pelanggan Astro menikmati sebanyak 130 channel percuma.

Puas la minggu nie mak dan si kakak asyik tengok channel Bintang aje, hari terakhir nie puan zai layan movie yang best-best.

Al-kisah semalam kami sekeluarga menghadiri dua kenduri sebab itu la hari ini hari lepak sedunia di rumah.

Pagi semalam gerak ke Kesuma Lake. Lepas selesai majlis tunang tu kami gerak ke Kg Datuk Keramat pula untuk majlis Aqiqah.

Tak moh ar type pepanjang ye kita layan gambar aje... jom... jom...

 Selamat bertunang buat bakal pengantin.

 Sementara majlis berlangsung di dalam rumah, kami reramai tunggu di luar sebab kat dalam fullhouse.

 Hantaran dari rombongan pihak lelaki.

 Di balas dengan hantaran dari pihak perempuan.

 Bakal pengantin nak bergambar.

 Kakak dan adik pun nak bergambar juga.

 Menu cater untuk majlis ini ialah:
Nasi puteh, gulai daging salai, ayam goreng, sayur campur, udang goreng bercili serta ulaman.
Ada kueh muih, buah oren serta anggur dan air si-ren (sirap oren).

 Perghhh... panas-panas begini kami layan 'cendol santan sawit' namanya.
Femes jugak kat Kesuma Lake dan seluruh Rinching.
Ada cendol biasa atau cendol pulut.

 Tapai!
Teringin gak nak rasa.
Dapat rasa sikit.
Kueh koci pun sedappp.

 Ada jeli kelapa dan dadih pelbagai flavour.

 Tetamu sedang menjamu selera termasuk lah puan zai se-famili.
Dengarnya rombongan lelaki datang seramai 50+++ orang.







  




Seperti yang di rancang selepas majlis tunang malam semalam ada birthday party untuk tiga nie, Aleeya dan Qimie serta Aliff (tengah).
Aleeya dan Qimie anak adik perempuan puan zai.
Ada BBQ dengarnya.
Kami tak boleh lelama di sini sebab perlu ke Keramat pula.
Untuk mereka puan zai dah beli kan hadiah.
Happy birthday ye!
Sorry Ibulong tak leh hadir... huhu...

Lewat jam 3 petang baru kami gerak ke KL semula.

Paklang dan maklang puan zai buat majlis Aqiqah buat cucu pertama mereka iaitu Aisy yang berusia dua tahun.

Nanti kita sambung cerita kenduri lagi ya. To be continue... tata...

Sekian... terima kasih untuk masa anda membaca entry ini...


Puan Zai @ JH...

p.s-sempat tengok majlis nikah Awal & Scha... suka tengok mereka... syahdu je... semoga mereka bahagia selamanya...




2 comments:

Ayu said...

warghh..majlis tunang nmpk grand...:)

Jendela Hati said...

yayansmum: grand bab mkn, asyik berulang mkn je kami nie hehe