Tuesday, January 31, 2012

Ketupat dan King Mangsa Pertama RL6



Tengok Rajalawak 6 kat channel Warna 132 tak? Puan zi jalan-jalan dan baca cerita tentang pernyingkiran pertama di Murai.com. Dua kumpulan telah tersingkir iaitu kumpulan Ketupat dan King.


Bak kata juri minggu depan tak nak persembahan 'busuk' lagi... takat ni puan zai suka tengok persembahan 2yol, Shiro, Selak dan Skema.


Apa-apa Jozan memang buat orang ketawa aje dengan telatah mereka...





KUALA LUMPUR, 28 JAN 2012: Selepas dua minggu terawal menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan terhadap para peserta Raja Lawak 6 (RL6), Gelanggang RL6 sebentar tadi menyaksikan dua peserta disingkirkan sekali gus iaitu kumpulan King dan Ketupat.


Pengumuman penyingkiran dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 6, penerbit popular David Teo, di minggu ketiga program RL6 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil.


Gelanggang Raja Lawak 6 minggu ketiga turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).


Tiga peserta yang menduduki tangga terbawah ialah kumpulan Ketupat, kumpulan Albob dan kumpulan King. Bagaimanapun Albob terselamat dari penyingkiran minggu ini.


Tugasan untuk minggu ketiga ini bertemakan persekolahan dan rata-rata peserta telah menunjukkan peningkatan sehingga majoriti komen yang diberikan pihak juri pada minggu ini bernada positif.


Kumpulan King yang tersingkir dianggotai oleh Raje, Farid dan Kopi manakala Ketupat dianggotai Wak, Acai dan Aboy. Kedua-dua kumpulan yang tersingkir ini adalah dibawah CIf Kecil Angah.


Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, Sathiya dan David Teo sendiri.


Dengan penyingkiran King dan Ketupat, maka tinggal 10 lagi peserta bakal meneruskan lagi cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.


Bio Ketupat~~~



Profil Wak

Nama Samaran :Wak
Nama Sebenar : Mohd Khairi Bin Kamarudin
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
Kerjaya :Despatch
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.



Profil Acai
Nama Samaran :Acai
Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Hussin
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
Kerjaya :Store Assistant
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan.



Profil Aboy

Nama Samaran :Aboy
Nama Sebenar : Jusri Bin Johan
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Bakat selain melawak : DJ, Belakon, Menyanyi, Main Gitar
Kerjaya :Pengedar Kereta
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadikan raja lawak 6 sebagai platform untuk kami berjaya dalam kehidupan dan bidang seni hiburan



Bio King~~~



Profil Pelawak

Nama Samaran :Raje
Nama Sebenar : Raja Petera Bin Raja Abdullah
Asal :Johor Bahru
Umur :46 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
Kerjaya :DJ
Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.



Profil Pelawak

Nama Samaran :Farid
Nama Sebenar : Mohd Faridi Bin Bardaidi
Asal :Kedah
Umur :29 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
Kerjaya :Emcee
Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.
Profil Pelawak

Nama Samaran :Kopi
Nama Sebenar : Kedang Anak Blok
Asal :Sarawak
Umur :29 tahun
Bakat selain melawak : Menyanyi, emcee dan DJ, main futsal.
Kerjaya :Promoter
Harapan untuk Raja Lawak 6: Ingin menjadi juara untuk mengembangkan lagi karier.


Puan Zai @ JH....

Monday, January 30, 2012

TENTANG Dia, Saya Dan Mereka...~ Deru Ombak

As-salam...

Nak gelak pun ada... jarang puan zai dapat peluang tag-tag nie. Lagipun puan zai tak berapa reti sangat bab-bab nie...hehe...

Pada 27 Januari yang lepas puan zai dapat tag dari Deru Ombak sahabat baru di alam maya... Kalau nak tengok pada tajuk di atas yang mana puan zai copy paste aje nampak cuma tentang 'saya'. 'Saya' tu merujuk ke puan zai aje lah... nak tag kat orang tak kot... tak reti... tak sporting kan...huhuk...

OK lah... saja nak suka-suka kan, jadi puan zai copy and paste soklan daripada Deru Ombak untuk puan zai... harap memuaskan hati Deru Ombak ye...

Tag dari Deru Ombak...
Sahabat baru di alam maya...
Moga berkekalan persahabatan ini...


Dimana awk dilahirkan?
Kat KL... (betul tak tipu punya)

 Ujud lagi atau tidak tempat itu?
ishhh... Masih wujud lagi... takkan hilang KL di Malaysia... ( hehe ;-) )

Awak keturunan yang keberapa dalam sahsiah keluarga awak?
4 (ye kot)

Taraf Perkahwinan? 
Berkahwin (betul, dua orang anak dah)

Nyatakan 1 hobi awak?
Membaca (baca dan baca)

Kenapa awak boleh terjebak dalam hobi tersebut?
Sebab suka... ( B-) )

 Nyatakan Motto, Visi dan Misi dalam hidup awak.
Nak Kaya, nak senang dan nak bahagia... (wow)

Sudah kah cita-cita awak tercapai?
Betul-betul kaya tu blom lagi... (nak jumpa AC Mizal nak masuk money drop lah)

Apakah perkara yang ingin sekali awak lakukan dalam hidup ini?
Membesarkan anak-anak hingga berjaya... (Serius)

 Musibah yang pernah menimpa, nikmat yang pernah dikecapi
Musibah - susah hati (boleh terima tak?)
Nikmat - hati senang (boleh terima tak?)

 Indah tak kehidupan?
Sungguh-sungguh indah... (hehehe wink-wink...)

Puan Zai @ JH....


Hafiz Menang AJL26, Gondol RM45,000

Ikutkan hati semalam memang tak ada hati nak tengok AJL26. Maklum lah Artis kesukaan si Hazama tu tak masuk final huhu... Mata pulak asyik nak tido awal aje. Nasib ada Hafiz dan Aizat tengok jugak lah... Dengar ada suara Jamal dan Awie di pembukaan AJL26 terus mata melekat sampai ke akhir.

Rata-rata artis pilihan yang bertanding semuanya best-best belaka lebih-lebih lagi Hafiz. Pergh dia memang ada umphhh pasang TV kuat memang jelas dengar suara nyanyi lirik-lirik yang puitis. Nanges tau bila Hafiz gi peluk Herman Tino di akhir persembahan dia.

Aizat pun puan zai suka cuma music arrangement dia tak berapa dengar mungkin lagu tak sesuai dengan okestra... mungkin lah bukan reti pun bab-bab nie.

Dan tabik jugak pada Alya yang bawa lagu dia penuh penghayatan dan persembahan dia yang bagus dan buat penonton terkejut dengan kehadiran Remy Ishak.

Projek Pistol pun OK, best semua penyanyi dia memang best terang segala sebutan.

Berbanding Yuna, puan zai suka kat Najwa Latif cuma persembahan dia dah biasa tengok, tabik juga kat dia sehingga layak masuk AJL tahun ini.

Jac? Perghhh suara Jac memang power. Pendapat peribadi puan zai, puan zai lebih suka Jac menyanyikan lagu Sedetik Lebih ini daripada penyanyi asal. Tapi tak palah walau lagu ini tak menang, Edry dah pun mengondol anugerah Nada dering Mobile terbanyak.

Lagi satu kan suka tengok gandingan pengacara Faizal Ismail dan Cheryl memang dorang berdua nie kelakar. Di harap akan terus kekal menjadi pengacara AJL untuk tahun-tahun yang akan datang.

OK lah ini lah komen puan zai buat artis pilihan hati puan zai... huhu yang tak di sebut tak berapa sangat nak jadi pilihan hati huhu...

Tahniah buat sifu M Nasir dan Budi Hekayat serta penyanyi vokal terbaik di AJL26 iaitu Hafiz.

Jom baca berita kemenangan Hafiz di MStar...


Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM45,000. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir),Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).
Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara),Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.
Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Sementara itu, bagi kategori yang baru diperkenalkan, Anugerah 'Juara Mobile'bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.
Pertandingan bertemakan air yang menterjemahkan simbolik aliran dan prestasi industri muzik tempatan itu dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Awie, Datuk Shiela majid dan Jamal Abdillah untuk persembahan pembukaan, manakala nyanyian Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama pula pada segmen interlud dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.

Ehem-ehem...

Pisang 40 Hari...

Pisang yang baru di turunkan pokoknya dari 'Terbaek dari ladang' abah puan zai... ada juga yang panggil pisang 40 hari ini pisang lemak manis...

Isinya yang sedap, lemak dan manis walaupun saiznya kecil dan comel aje... pokok pisang 40 hari ini rendah aje... boleh di capai dengan tangan...



Pisang nie selalu menjadi rebutan si adik.
Senyap-senyap aje makan dan makan.
Selalu abah puan zai kata "Adik makan banyak kang semput"
Selain beri pada rumah sebelah menyebelah, puan zai selalu bawa ke opis untuk beri kengkawan rasa.

Puan Zai @ JH...

Sunday, January 29, 2012

Minum petang...

Minum petang? Lebih ke makan petang nie...

Petang nie ada macam-macam kuih-muih. Pilih aje mana yang nak...

 Ada kueh karipap kentang, kueh badak, kueh kacang ijau dan kueh habuk-habuk.

 Ini pula karipap pusing. Isi kentang dan daging.

 Donut coklat.

 Comotnya makan donut coklat.

Erkkk... kenyang kueh...

Puan Zai @ JH


Nasi bungkus lor...

As-salam... semua dah makan tengahari?

Puan zai and the famili baru aje sudah. Hari ini dapur gas JH tak berasap. Beli nasi bungkus aje. Cuma yang berasap periuk nasi elektrik. Masak 1 pot nasi aje untuk ayam-ayam abah puan zai yang kat reban tu.

Beli nasi bungkus amek pegedil. Pegedil dia besau dan sedap. Pastu amek kerabu pucuk ubi dan tauge, letak sambal sikit. Ini aje yang di beli. Ayam dan ikan bakar dapat dari jiran sebelah. Rezeki orang sebelah bagi setelah berasap-asap satu kampung mereka membakar ayam dan ikan.

 Nasi bungkus di hari minggu.

 Nak snap jugak...

 Yang ini dapat dari rumah sebelah... dua ekor ikan dan dua ketul ayam bakar...

Air asam nie pulak buat sendiri... makan sampai licin.

Sekian, selamat berhari minggu... dari Puan Zai @ JH....


Novel: Penjara Rindu ~ Nia Arissa

NKB: Novel Ku Baca...


Penjara Rindu...
[Karya: Nia Arissa]


Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu.

Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan.

Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Masih adakah peluang kedua untuk mereka?

Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

Komen JH:
OK begitulah ringkasan cerita novel Penjara Rindu ini di cover belakang novel ini. Berat juga apa yang di tanggung oleh watak yang bernama Farisya ini.

Walaupun segala dugaan berat yang tanggung sudahnya kebahagiaan yang di cari menjelma jua.

Antara yang terpaksa di tanggung oleh sekeping hati ini ialah relakan perkahwinan yang di aturkan oleh ibu dan bapa tiri di mana suaminya telah di tinggalkan kekasih, terpaksa melepas kekasih hati si gadis bernama Farisya ini iaitu Aswad, dituduh curang, melihat suami berasmara bersama wanita lain di bilik tidur sendiri (aduhh), di ceraikan talak tiga, keguguran, menjadi mental, di hantar ke pusat pakar jiwa dannnn dah tentunya sentiasa di penjara kerinduan di hati...

Inilah yang di maksudkan dugaan berat watak utama oleh pembaca.

Novel yang pembaca baca ini adalah cetakan kedua pada tahun 2010 dan merupakan novel pertama sentuhan Nia Arissa atau nama sebenarnya Umi Sara...

Semoga Nia Arissa akan terus maju jaya dalam setiap penulisannya akan datang... sekian komen dari pembaca... terima kasih...

Next Novel: Setelah Kau Pergi... karya Rozita Abd Wahab

Puan Zai @ JH



Jalan-jalan ke Istana Negara Baru...



Salam Ahad.
Dah lama nak post gambar nie tapi baru tadi tranfer dari kamera ke laptop.
Lama dah... bulan lepas punya gambar.

 Yang jalan-jalan ke Istana Negara Baru nie bukan puan zai tapi mak dan abah puan zai...

 Yang tukang bawa mak dan abah si dia nie lah, adik lelaki no 3.

Besar dan luas.

Best amek gambar pokok-pokok bunga yang cantek
Rugi tak ikuttt...

Puan Zai @ JH...




Saturday, January 28, 2012

Fazura Jadi Pelaris ‘Bujang Telajak Belum Terlanjur’


Aktres Nur Fazura dilihat sebagai pelaris yang mampu menarik penonton ke pawagam.
PETALING JAYA: Penerbit Eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur A. Latiff Mohaideen mengakui pesona dan populariti aktres Nur Fazura Sharifuddin menjadi pelaris filem itu sehingga mencatatkan kutipan lebih RM2 juta sejak ditayangkan pada 19 Januari lalu.
A. Latiff berkata, selain daripada kekuatan Fazura yang berjaya menarik minat penonton ke pawagam, jumlah kutipan itu juga dipengaruhi oleh gabungan trio pelawak Saiful Apek, Nabil dan Johan, selain genre komedi yang dekat dengan peminat filem Melayu.
“Kutipan yang baik diterima oleh filem ini dipengaruhi oleh aura Fazura yang sememangnya diminati ramai. Kemunculannya di layar perak amat dinantikan oleh penonton.
“Fazura juga jarang muncul dengan filem komedi dan gabungannya bersama Apek, Nabil dan Johan ternyata menghasilkan sajian komedi yang bersahaja dan dekat dengan penonton kita,” katanya.
Ketika ditanya mengenai sasaran kutipan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu, A. Latiff berkata sambutan yang baik daripada penonton selepas seminggu ia ditayangkan memberi petanda filem itu mampu untuk mengutip sehingga RM5 juta jika terus ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu lagi.
“Berdasarkan pengamatan kami, pola tontonan filem ini meningkat di antara 20 hingga 30 peratus setiap hari. Insya-Allah jika keadaan ini berterusan, saya yakin Bujang Telajak Belum Terlanjur mampu meraih sehingga RM5 juta.
“Lagi pun, pada waktu ini tiada filem komedi Melayu yang ditayangkan, sekaligus memberikan kelebihan buat filem kami,” katanya.
Penerbit eksekutif filem Bujang Telajak Belum Terlanjur, A. Latiff Mohaideen.
A. Latiff yang juga adik kepada pengarah filem itu menambah, kejayaan Bujang Telajak Belum Terlanjur juga menyuntik keyakinan kepada syarikat produksi mereka, Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd untuk mengekalkan formula gandingan trio pelawak dan aktres jelita itu dalam filem akan datang.
“Kami sentiasa mencuba formula dan konsep baru dalam penerbitan filem dan nampaknya formula yang menggandingkan trio pelawak ala Three Stooges dan aktres jelita sebagai teraju utama diterima baik oleh penonton.
“Berkemungkinan kami akan mengekalkan formula ini dalam filem komedi yang akan datang. Cuma plot dan konsepnya yang berbeza.
"Yang pasti, kami akan hasilkan sebuah lagi filem komedi yang menggabungkan Fazura dan tiga pelawak itu,” katanya-Mstar
p.s anak-anak dah ngajak ke wayang... bila nak pegi tak tau lah... suka dengan Fazura nie cantek dan lebih-lebih lagi la suka kalu bang bil tu berlakon sama dalam filem nie...hehe ~ Puan zai @ JH

Friday, January 27, 2012

Yeayeah... kita enjoy!

Tengah boring kat opis semua pakat posing hehe...

 Amboiii...
Mentang-mentang boss masing-masing tak dak...

 Hari jumaat, kami dibenarkan pakai casual atau pakai tshirt company yang kaler biru nie.
Maklumlah company corporate colour sekarang biru.
Sebelum nie company corporate kaler ialah kaler kuning di raja maklum lah pemilik company dulu dari kerabat NS.
Pakai apa-apa plain tshirt pun ok asalkan tiada lambang atau logo company lain.

Puan erin dan puan zai berposing...

Puan zai @ JH...


Restoran Tupai-Tupai...

Yeayeah... kita enjoy!...

Seronok lah minggu nie boss-boss kan masih bercuti. Lunch time pun 2 jam. Nak makan kat foodcourt tak tau nak makan apa dah.

Semua pakat nak makan kat Restoran Tupai-Tupai. Alahai seberang jalan aje dari bangunan opis. Malas nak berjalan punya pasal, pakat naik kereta walaupun kena pusing satu round nak sampai sini.

Bukan selalu makan sini pun, sekali sekala aje. Kali ini dapat makan ramai-ramai. Meriah sikit. Yeayeahhh...

Selalu puan zai amek nasi campur dan pelbagai jenis sayuran. Memang peberet pun sayur... penggemar tegar sayur dan dah tentu satu pinggan penuh dengan sayur.

Tapi kali ini puan zai nak order ala-carte aje... sebab... sebabnya bila dah dok tempat yang bersila malas pula nak pakai kasut balik dan beratur amek nasi campur...huhuhu teruknyyaaa... order pleaseeeeee....


 Ada sapa-sapa pernah sampai sini?

 Geng 'raya' lunch together2...
Nie pun tak cukup korum...
2-3 orang tak masuk list arini...

 Puan atun dan puan zai yang ceria lepas mengorder.
Kami amek tempat makan yang duduk bersila.

 Puan zai dan cik nurul.

 Puan uya dan puan zai...

 Puan bet, puan atun dan puan ira.

 Puan uya dan geng satu department. 

 Terik wooo panas terasa...
Kat Restoran Tupai-Tupai makan macam berada kat kampung...
Rsetoran dalam hutan...
Hutan dalam KL...
Camtu la...
Jom kita tengok menu apa yang kami order untuk seorang satu...


 Ini puan zai order.
Cantonese yee mee.

 Pelbagai jenis sayur-sayuran tanpa nasi.

 Yang ini pula pedas sedikit.
Nasi campur dan pelbagai sayur.
Ada kerabu mangga, mushroom tiram dan daging bakar.

 Ini addtional lauk, ada daging blackpepper, kacang botol goreng dan sambal ikan bilis dan petai.

 Sizzling yee mee...
Nyum-nyummm...

 Penuh satu pinggan tau menu nie... menu ini ialah nasi goreng balckpepper.

 Yang ini pula cantonese kuew tiaw.

 Makan time...

 Smile...

Udah kenyang lor...
Siap luruskan kaki lagi... dan siap bersandar...

 Borak-borak sambil bergambar.

 Senyum sampai ke telinga sebab kenyang.

 Iklan gigi lagi...

 Nie lah staff yang dok kira menu kami.
Saja nak gelemer kan dia dalam blog puan zai nie hehehe...

 Uiiii pinggan sapa nie?
Heheeh sendiri mau ingat lah...

Dah siap makan... baliking time...
Anggaran seorang makan dalam sekitar harga ini aje.
OK lah ni kot... anda rasa camner?

Puan zai @ JH...