Wednesday, January 25, 2012

Novel: Kerana Kau Lelakiku ~ Teja Aufi Nasrul



NKB: Novel Ku Baca...

Kerana Kau Lelakiku....
[Karya: Teja Aufi Nasrul]


Seorang Umairah terlalu mencintai Penciptanya. Amat takut akan Azabnya. Dialah hamba yang cuba menyempurnakan tugasnya sebagai hamba.

Dia cuba menyuluh kegelapan dan membuka segala ruang yang sempit. Cinta padaNya membuatkan dia takut berada jauh dariNya.

Sehingga sanggup membunuh rasa yang tumbuh di dalam dada pada Yassir yang mencintai dalam diam walaupun dia sedar lelaki itu telah diciptakan untuknya.

Walaupun masa berganti, musim berubah dan sedemikian waktu berputar... yang berpisah tetap bertemu di titik hujungnya... di bawah sinar Rabbul Izzati.

Komen JH:
Pertama kali membaca sebuah novel yang tiada persembahan cinta yang keterlaluan. Nak dapat baca aksi-aksi sepasang kekasih, aksi-aksi suami isteri dan lain-lain memang tak ada dalam novel Kerana Kau Lelakiku ini. Bagus juga, sebab selalunya novel banyak sogok kisah-kisah di ranjang atau kisah romantik keterlaluan atauuu yang sewaktu dengannya.

Watak Umairah yang muslimah yang baik serta mempunyai sikap yang matang dalam kehidupan. Pembaca cuma dan rasa pelik juga dengan sikap Umairah sebagaimana watak sahabat baeknya iaitu Ijan yang selalu mengatakan Umairah seorang yang pelik.

Dalam matang-matang Umairah pun fikiran dia sempit juga dalam pencarian jodoh dia yang ada di depan mata yang mana punca 'takut' itu yang sentiasa menjadi bayang hitam dalam hidupnya untuk mencari seorang yang bernama lelaki kerana.... 'Kerana Kau lelakiku...'

Wokeh lah komen pembaca... nak cari biodata penulis tak jumpa... semoga penulis akan lebih success lagi...

Next Novel: Penjara Rindu... karya Nia Arissa...

Puan Zai @ JH...

9 comments:

Aine Ainun said...

sejak da kawin ni, lama da sy x baca novel, ada jugak cuba nak "tekun" mcm dulu, tp, x jadi jugak...

myb lbih baik kot, sbb kalo da bc x igt org keliling lagi...heheee=)

Deru Ombak said...

sinopsis agak menarik.. nak cari novel ni bila kelapangan.
sekarang ni tengah menghabiskan Awang Murshid nove.. "Fiksyen 302"
thank you for your info ye

Bee said...

lama dah tinggal novel , tk sempat dah saya rasa , hari2 time rasa tk cukup je

Jendela Hati said...

aine ainun: ank kecik mmg tak sempat membaca, anak besar ok lg lah tu pun dok tak bg ibu membaca...

deru ombak: kdg sinopsis menarik, isi tidak... sinopsis biasa tp citer menarik

puanbee: bukan masa je jeles, anak2 pun jeles.. nak bc kena tgk timing..

AzwanRamli said...

menarik jalan cerita....

Hanis Azla said...

kdg2 cerita yg berlainan dari yg biasa mmg menarik minat kita utk membaca..

Jendela Hati said...

azwan ramli: thks singgah... sinopsis yg menarik

hanis azla: betul tu jd xsabar nak abeskan cpt kalu best

zul permatang badak said...

membaca menambah ilmu.....kena tekun....
belia kita sekarang kurang meminati dunia buku................

Jendela Hati said...

zul PB: belia kena diberi galakan.cuma yg xbelia je yg xpunyai masa ke buku kecuali ke anak2 huhu