Assalamualaikum...
Salam ahad buat semua...
Menu tengahari tadi ialah lontong dan kuah masak lodeh untuk famili...
Kuah masak lodeh masak di dapur sendiri dan lontong pula di masak di dapur kedai...
Dah macam suasana raya pulak...
Sepinggan lontong yang siap untuk di makan.
Lontong nie beli dua aje.
Satu dalam RM2.50.
Lontong siap di potong.
Kalau raya selalunya buat nasi impit.
Lontong emang selalu di order dan di beli sahaja.
Selera betul dapat makan lontong time cuti-cuti nie...
Nak resepi?
Simple je, masak main campak-campak dalam periuk sebab tak perlu menumis pun cuma masuk je semua bahan ke dalam periuk anda.
Bahan-bahan utama:
Santan yang di perah dari sebiji kelapa parut
1 Serai dan di titik.
2 tauhu yang di potong dadu dan di goreng sekejap kekuningan dan di ketepikan seketika.
2 keping tempe juga di potong dadu dan di goreng dan di ketepikan.
Suun.
2 labu bawang merah di hiris halus.
1 biji bawang puteh di hiris halus.
Garam secukup rasa.
Sayur-sayuran di potong kecil:
2 biji terung bulat yang sederhana besar.
10 batang kacang panjang.
1 batang lobak merah.
2 biji cili merah.
Cara-caranya:
Reneh dahulu sayur-sayur yang telah di potong kecil. Setelah empuk baru masukkan kesemua bahan-bahan utama. Kacau senantiasa hingga masak. Dan hidang... tadaaa...
Sekian...
Puan Zai @ Jendela Hati...
4 comments:
naaaakkkkk! Zai, kalau telur itu adalah sambal telur, lebih kick!
azrey rozie eiman: tak sempat nak buat sambal dah rozie terus ngap hehe
sedapnya lama betul tak makan lontong..last makan masa mengandung 6 bulan dulu...
totie@tomy: ti lepas pantang leh pekena sepinggan
Post a Comment