Tuesday, January 3, 2012

Chicken rice Shop

Petang semalam lepas 'kerjakan' rambut adik kat kedai, terus gi Giant Batu Caves untuk cari barang. Selagi tak masuk sekolah ada je nak beli barang huhu...

Lama sungguh tak ke Giant nie. Berabad kurunnya. Maklum lah puan zai and famili suka ke Tesco. Tesco amat dekat dengan rumah berbanding Giant.

Semalam public holiday jadi orang dah macam semut puan zai tengok. Ramai sesangat. Penuh di merata tempat. Parking pun full.

Bila dah selesai membeli, kakak kata lapar dan nak pekena nasi ayam. Ibu cadangkan KFC tapi kakak menolak nak jugak makan nasi ayam. Hmmm ikut aje lah.. lagipun emang dah lama pun tak makan sini...

 Penuh satu meja...

 Kakak dan adik yang berambut baru... rambut sekolah...

 Makan kak jangan tak makan...

Adik lapar. Satu pinggan nasi abes.

Balik aje dari Giant, dok sibuk pulak tengok anak-anak kemas beg sekolah. Beg sekolah baru. Nak masuk sekolah nie semuanya baru. Dari atas kepala sampai ke bawah semuanya benda baru...huhu

Baru tu baru juga, semoga azam baru tahun ini buat kakak dan adik nak tekun belajar ye...

Sekian dulu, nak gi breakfast... ok tata...

Puan zai @ JH...


No comments: