Tahniah kakak!
Semoga jadi anak yang solehah & berjaya.
Showing posts with label Cerita Si Kakak. Show all posts
Showing posts with label Cerita Si Kakak. Show all posts
Sunday, November 9, 2014
Hari Graduasi Tahun 6
Saturday, November 30, 2013
Kakak & Kenduri
As-salam...
Hari ini dan esok ada undangan kenduri kawen. Hari nie puan zai tak berkesempatan nak bersama-sama mak, abah dan adik serta isteri ke kenduri di Semenyih. Apak ada meeting pulak pagi tadi. Jadi puan zai dan adik je yang berkurung di rumah.
Puan zai dan adik sahaja? Maksudnya kakak aje yang ikut serta nenek dan atuk ke kenduri.
Balik dari kenduri kakak mula bercerita tentang pelbagai jenis makanan yang sedap dan mengenyangkan di sana terutamanya semua desert-desert.
Kita yang dok rumah nie dengar aje la walaupun tekak nie teringin sangat nak makan lauk kenduri pengantin haha.
Kakak bersama nenek dan atuk.
Pelamin yang indah.
Cendol.
Nie kakak amek berapa kali dah sebab sedap sangat katanya.
Tu belum lain-lain desert yang terhidang.
Si kakak yang ibu sayang.
Adik lelaki dan isteri.
Tunggu hari je nak bersalin nie.
Semoga semua dipermudahkanNya.
Amin.
Tak sabar nak timang anak buah baru...
Pasangan pengantin baru yang berarak masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin nan indah.
Ole-ole untuk di bawa balik ke rumah.
Esok pula ada undangan kenduri di Selayang. Anak lelaki kepada jiran lama bersanding. In shaa Allah kalau sempat kita pergi kalau lah meeting apak tamat awal esok pagi... kalau tak nenek dan atuk jugakkk la jadi wakil.
Puan Zai @ JH...
Labels:
Cerita Kenduri,
Cerita Si Kakak,
Terbaek dari Ladang
Sunday, October 13, 2013
Memorial Tunku Abdul Rahman
As-salam...
Nie gambar bulan lepas masa bawa kakak dan adik jalan-jalan.
Pagi ahad tu tak silap kami bersarapan di luar.
Seingatnya aktiviti pagi tu tak di rancang. Lepas masing-masing kenyang dengan sarapan masing-masing tu terus pakat nak ke sini. Dari rumah nak ke sini tak jauh dalam lebih kurang 10 minit.
Anak-anak seronok menjelajah dalam Memorial nie. Mereka kata nanti nak singgah lagi. Ini lah aktiviti sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Memorial Tunku Abdul Rahman nie telah di buka pada tahun 1994 bagi memperingati dan mengenang jasa Tunku sebagai "Bapa Kemerdekaan".
Ada pelbagai jenis warisan yang dapat kami lihat di sini termasuk barang milik peribadi Tunku. Pameran di sini mempunyai banyak tema terutamanya terutamanya tema Kemerdekaan.
Puan Zai @ JH
Labels:
Anak-anakku,
Cerita Si Adik,
Cerita Si Kakak,
Jenjalan
Saturday, July 28, 2012
Nestum dan Roti Bakar...
Si kakak bersahur nestum dan roti aje.
Nasi kakak tak moh.
Adik pula masih di ulit mimpi yang indah di bilik tidur.
Selamat bersahur buat semua rakan-rakan di alam maya.
Dan selamat mengerjakan ibadah puasa hari ini.
Puan Zai @ JH...
Sunday, April 22, 2012
Cita-cita...
Kalau di tanya cita-cita si kakak, cita-cita si kakak adalah seperti yang kakak tulis tu...
(baris ayat yg kedua tu)
(baris ayat yg kedua tu)
Saturday, April 7, 2012
Moh! gunting rambut!
As-salam...
Salam petang sabtu...
Sabtu yang indah...
Hujan di petang hari...
Apa agenda sabtu nie?
Moh! Gunting rambut!
Sebenarnya pagi nie dah meround kat Chow Kit Road. Petang pula seronok menghayati hujan. Dan selepas maghrib kang ada jemputan makan-makan di rumah makcik puan zai di sebelah rumah.
Jemputan makan untuk meraikan semua orang dapur yang telah bertungkus lumus memasak untuk tetamu sempena majlis nikah anak sulungnya tempohari.
Pagi tadi sibuk bawa si kakak ke kedai gunting rambut. Kata kakak dah lemas dengan rambut panjang. Kali ini banyak cerita si kakak aje lah... Adik puan zai tak bawa. Takut nanti puan zai tak larat nak bawa dia sebab adik nie rajin minta di dokong... tak larat woooo....
Salam petang sabtu...
Sabtu yang indah...
Hujan di petang hari...
Apa agenda sabtu nie?
Moh! Gunting rambut!
Sebenarnya pagi nie dah meround kat Chow Kit Road. Petang pula seronok menghayati hujan. Dan selepas maghrib kang ada jemputan makan-makan di rumah makcik puan zai di sebelah rumah.
Jemputan makan untuk meraikan semua orang dapur yang telah bertungkus lumus memasak untuk tetamu sempena majlis nikah anak sulungnya tempohari.
Pagi tadi sibuk bawa si kakak ke kedai gunting rambut. Kata kakak dah lemas dengan rambut panjang. Kali ini banyak cerita si kakak aje lah... Adik puan zai tak bawa. Takut nanti puan zai tak larat nak bawa dia sebab adik nie rajin minta di dokong... tak larat woooo....
Selalunya akan ke sini.
Kitaorang sampai tadi jam 9.
Tak pun ke Helena Salon tapi dah jam 10 pun Helena tak buka lagi.
Kedai Jenny dan Helena nie sebelah tangga je.
Jadi ke kedai auntie nie je lah hari ini.
Termenung apa tu?
Penat tunggu kedai bukak ek.
Start gunting.
Auntie tanya nak fesyen apa?
Kakak tunjuk yang ini.
Tapi jadi yang ini.
Seperti biasa kalau lepas gunting, mesti kakak ada komplen.
Hari ini tengok muka macam tak puas hati je.
Ibu tanya ok ke? Cantek lah nie... cuba memujuk walau kakak tak bersuara lagi.
Lama-lama kakak kata ok dan tersenyum.
Hmmm... lega kalau tak, ada je yang tak kena.
Selesai je gunting rambut dengan harga RM12, terus kitaorang ke UO cari apa yang nak di cari.
Intai-intai juga kasut tapi kakak tak bersuara sebab kakak dah dapat sehelai baju dah.
Pastu beli makanan yang kakak nak.
Apa yang kakak nak ialah bahan-bahan buat chifferi rigati (yang macam macaroni), roti, tuna, planta dan salad. Sambil tu kakak amek jua pau instant.
Uiii banyaknya kakak nak makan.
Ingat pas gi UO nak gi Jalan TAR pulak.
Tapi cam tak larat pun ada.
Kakak pun dah komplen lapar.
Memang lapar pun sebab kitaorang tak amek sarapan pagi tadi.
Tengok jam pun dah ke angka 11.30.
Apa lagi terus gi ke Pusat Penjaja cari mee kari dan mee goreng.
Kakak order ABC.
Sedap tapi tak abes pun sebab kenyang mee goreng.
So kakak suruh bungkus.
Wah! Licin anak beranak makan...
Pinggan dah licin apa lagi? Moh le balik...
Esok dah hari ahad ek? Tak pasti lagi apa agenda untuk esok. Ingat nak masak aje di rumah. Selain si kakak nak makan chifferi rigati bolosgnese tu, puan zai teringin nak makan ayam toast lah. Dah terliur tengok blog kengkawan yang buat ayam toast hehe... insyaAllah kalau ada rezeki dan ada bahan, moh buat moh...
Wassalam...
Puan Zai @ JH...
Monday, February 13, 2012
Kakak dan Persatuan Bulan Sabit Merah...
Tepat habis waktu pejabat jam 5.15 petang tadi, terus puan zai gerak ke Pertama Complex untuk ke kedai uniform.
Si kakak dah masuk tahap 2. Semua tahap 2 iaitu tahun 4 hingga tahun 6 kena menyertai ko-kurikulum yang di adakan selepas waktu sekolah setiap hari rabu jam 2 - 4 petang.
Puan zai ke Pertama untuk beli baju Bulan Sabit Merah pun puan zai main agak-agak saiz dia. Untuk baju saiz 38 ikut baju sukan kakak. Manakala seluar pun nak ambil 34 ikut seluar tracksuit tapi sebab kan seluar tak sama dengan tracksuit puan zai main agak-agak jugak saiz kakak. Last-last puan zai ambil seluar saiz 26....
Sampai aje rumah si kakak dah terlampau teruja nak try baju dan seluar... tak menyempat-nyempat. Tapi kena try juga kalu tak muat boleh tukar saiz. Nampak macam besar tapi kakak kata ok...
Puan zai gelak tengok muka kakak.
Dia kata kenapa gelak pastu nak ambil gambar pulak...
Dia kata lagi tunggu la hari rabu kita pakai cantek sikit...hehehe...
Total semua dalam RM73.
Dapat beli baju dan seluar, belt dan cap sekali....
Kadang tu kan tak caya pula dah ada anak dara umur 10 tahun nie... kejap je rasanya... si kakak pulak dah perasan yang dia dah besar. Bila ada yang puan zai tak benar kan dia lakukan mesti dia bertanya kenapa tak boleh sebab dia dah tahap 2 (darjah 4)... ish ish ish...
Satu hari tu kakak pernah bertanya bila dia boleh buat Mykad...
"Bila kita dapat Mykad?" Tanya kakak.
"Bila dah besar" Ibu jawap.
"Nanti kita boleh pegang tak tingkatan 1?"
"Tak boleh ibu kena pegang"
"Kita kan dah besar..." Jawap kakak selamba...
Huhuhu... dah besar dah anak ibu sampai nak pegang ic sendiri....
Puan Zai @ JH....
Wednesday, January 11, 2012
Semak mata
Bila tamat bulan disember nampaknya makin susut la jemputan kawin.
Walau pun ada juga undangan bulan ini tapi tak lah semeriah undangannya pada bulan lepas yakni bulan cuti sekolah.
Asal ada orang kat umah je, ada je orang hantar kad kawin, asal ada je kad kawin, ada lah orang je kat rumah hehehe...
Ala kengkawan tak benda nak citer pun... saja nak post gambar kakak yang sedang imbas kembali kad-kad yang di terima...
Kakak kata banyak sangat kad kawin nie.
Dah banyak-banyak tu, masuk dalam paper bag jadi satu tapi tetap kakak kata 'semak mata' tengok...
Nasib la ko wahai kad kawin, kalau ko tak kena buang dek kakak mesti ko masih dok dalam paper bag tu...
Tapi kan kalau puan zai, kad-kad lama ni bole recycle... contoh kalau nak beri hadiah kat orang terlupa pulak nak beli kad ucapan kecil, amek je kad kawin yang lama nie gunting bagi elok dan jadikan ia kad ucapan kecil... kan dah jimat hehehe
Tapiiii kalau kad kawin sendiri mau simpan buat kenangan ek?
Puan zai @ JH
Walau pun ada juga undangan bulan ini tapi tak lah semeriah undangannya pada bulan lepas yakni bulan cuti sekolah.
Asal ada orang kat umah je, ada je orang hantar kad kawin, asal ada je kad kawin, ada lah orang je kat rumah hehehe...
Ala kengkawan tak benda nak citer pun... saja nak post gambar kakak yang sedang imbas kembali kad-kad yang di terima...
Kakak kata banyak sangat kad kawin nie.
Dah banyak-banyak tu, masuk dalam paper bag jadi satu tapi tetap kakak kata 'semak mata' tengok...
Nasib la ko wahai kad kawin, kalau ko tak kena buang dek kakak mesti ko masih dok dalam paper bag tu...
Tapi kan kalau puan zai, kad-kad lama ni bole recycle... contoh kalau nak beri hadiah kat orang terlupa pulak nak beli kad ucapan kecil, amek je kad kawin yang lama nie gunting bagi elok dan jadikan ia kad ucapan kecil... kan dah jimat hehehe
Tapiiii kalau kad kawin sendiri mau simpan buat kenangan ek?
Puan zai @ JH
Monday, December 12, 2011
Saiful Masterchef Malaysia tersingkir
Sekian berita sedih dari si kakak.
Kakak si 'Penyokong Saiful'
p.s- Juri, Chef Riz pun kakak sokong....
p.s- Juri, Chef Riz pun kakak sokong....
Sunday, October 30, 2011
Opsss...
"Ibu nie, suka lah amek gambar kita"
Rungut si kakak... opsss soriii...
p.s - Emang ibu suka pun... :)
Tuesday, October 25, 2011
Gotong-royong Day...
Anak dara sedang berkemas.
Sambil mengemas, si adik tak bole kacau, tak boleh masuk bilik, tak boleh pijak lantai, tak boleh segalanya sehingga siap berkemas...
Nama je gotong royong dengan ibu tapi yang lebih bebelnya si kakak...
Itu lah kakak...
Friday, October 14, 2011
Bila nak buat agar-agar oreo?
[Agar-agar oreo - versi beli kat foodcourt]
Alkisahnya si kakak tu suka sangat makan agar-agar. Bukan tiap hari kedai kat foodcourt tempat puan zai keje nie ada.
Dorang buat kadang-kadang sebab berselang seli jenis agar-agar yang akan mereka buat.
Sebelum dapat beli kali kedau agar-agar nie, hari-hari bawa balik agar-agar buah-buahan yang lain dulu.
Jadi baru petang semalam dapat beli.
Suka lah sesangat si kakak nie.
Bila dah suka, hmm berkali-kali lah tanya kat ibu bila nak buat???
Hmm ibu tak reti nanti ibu cari resepi dulu lah.
Nak juga buat hari sabtu nie.
OK lah Ok lah InsyaAllah...
p.s sebenarnya selama nie puan zai ingat ini agar-agar cincau. Ntah tekak nie rasa cincau, tapi baru kelmarin dapat tau ini bukan cincau dan ini ialah agar-agar oreo. heheh tekak dah tua la tak dapat rasa..kekeke apa-apa pun agar-agar ini tetap sedapppp...
Wednesday, July 27, 2011
Buku silap mata...
Anak perempuan puan zai yang sorang nie ada minat untuk membaca buku. Kadang-kadang tidak perlu di suruh elok je membaca. Sungguh tekun bila tiada sesiapa yang 'mengacau' dia.
Sejak dua menjak nie puan zai perasan yang bila wang saku lebih di pinta untuk beli buku bacaan di sekolah, mesti buku ini adalah salah satu buku yang beli.
Malahan jika ke kedai buku atau pesta buku pun, pasti salah satunya adalah buku ini. Dalam banyak buku-buku cerita kanak-kanak pasti buku yang 'seangkatan' ini dibelinya.
Minatnya pada buku-buku seperti amat ketara. Bila di tanya kenapa? Dia hanya jawap 'suka'.
Tak pasti sama ada ini harus di galakkan atau di larang. Bila piker-piker biarlah dengan apa yang dia minat. Biarlah apa yang dia suka baca.
Yang pasti apabila sudah di baca, pasti 'acara silap mata' akan dipertontonkan pada umum iaitu pada ibu. Nak gelak jugak bila ibu sendiri terkejut dan tak sangka ada juga silap mata macamtu walaupun kakak belajar cuma dari dalam buku.
Sejak dua menjak nie puan zai perasan yang bila wang saku lebih di pinta untuk beli buku bacaan di sekolah, mesti buku ini adalah salah satu buku yang beli.
Malahan jika ke kedai buku atau pesta buku pun, pasti salah satunya adalah buku ini. Dalam banyak buku-buku cerita kanak-kanak pasti buku yang 'seangkatan' ini dibelinya.
Minatnya pada buku-buku seperti amat ketara. Bila di tanya kenapa? Dia hanya jawap 'suka'.
Tak pasti sama ada ini harus di galakkan atau di larang. Bila piker-piker biarlah dengan apa yang dia minat. Biarlah apa yang dia suka baca.
Yang pasti apabila sudah di baca, pasti 'acara silap mata' akan dipertontonkan pada umum iaitu pada ibu. Nak gelak jugak bila ibu sendiri terkejut dan tak sangka ada juga silap mata macamtu walaupun kakak belajar cuma dari dalam buku.
Monday, June 13, 2011
Ada serupa kah?
Ada serupa kah?
Itu gambar dengan itu budak?
Dah tiba untuk si kakak gunting rambut.
Berbeza dengan si adik. Adik kalu gi gunting rambut hmmm airmata meleleh jer. Tapi kakak cerewet sedikit. Banyak komplen kalu rambut tak ikut gerak ati dia. Selalunya lepas gunting rambut, dia akan kata muka dan rambut mcm 'chinese look'. Dia tak moh. Hmmm sabo je le. (arwah omak mentuo den cino). Setelah di tanya oleh aunty kedai tu ulang kali nak rambut camner, nak ini ke, nak itu ke... Last-last potong gaya seperti di atas itu ler.
Sebelum...
Selepas...
Rambut depan dah panjang. Lemas pulak ibu tengok. Apa lagi esok pagi nak gi sekolah dah.
RM10 untuk gunting rambut. Sampai umah tak abes-abes dok belek rambut baru. Nampaknya kakak berpuas hati kali ini.
Sekian.
Wednesday, May 11, 2011
Turn kakak pulak...
Tadi sampai je di rumah dari tempat kerja, kakak dah cakap awal-awal nak pakai laptop.
"Nak buat apa?" Serius je puan zai tengok muka kakak tu.
"Kita nak bukak google translate.." Jawap kakak asyik matanya tertumpu pada buku latihan teacher bagi.
"English, english, english..." Kakak cakap perlahan.
Seriusnya kakak nak buat homework english tu. Bagus lah kakak, buat betul-betul.
OK lah kakak. Laptop nie kakak punya sekarang, kakak pakai lah. Hmmm nampaknya tak bole la lelama berblog ye. Nie pun mintak stop kejap, ibu nak post entry pendek, hehehe. Ishhh teruknya berebut dengan anak. Itu lah blog punya pasal. Ok lah, jumpa lagi esok.
Kakak sedang kusyuk.
Psssttt... pic nie takde kena mengena dengan kakak. Nie teh o ais kat opis. Rata-rata semua pekena ais. Panas. Bahang. Haus. Weiii ini baru panas dunia tauuu...
Sekian...
Wednesday, April 27, 2011
Teman kakak membaca
Assalamualaikum. Tengok di luar tingkap opis tadi, renyai mulai turun. 5.15pm sharp puan zai dan lain-lain berpusu keluar dari opis untuk pulang ke rumah masing-masing.
Jejak je kaki di lantai beranda, hujan turun dengan lebatnya. Nasib le sempat sampai rumah. Hujan dan petir. Kaki terus jejak ke dalam bilik mencari adik dan kakak. Rupanya adik sedang tidur. Kakak pulak sedang membuat latihan bahasa english buku yang kakak beli (tapi ibu yang bayar) masa kat Pesta Buku PWTC pada hari ahad lepas.
Dah siap puan zai tanda markah kakak, kakak terus ambil buku cerita Siri Hadi. Nampaknya kakak sedang kusyuk membaca. Nanti selepas membaca setiap buku, kakak jangan lupa rekod dalam buku kecil yang ibu beli semalam tau, buat apa yang cikgu suruh iaitu catatkan dalam buku catatan buku apa yang telah kakak baca.
Ibu suka lihat kakak membaca dari tak buat apa-apa kat rumah. Ibu dah tengok kakak simpan elok-elok buku-buku yang kakak beli. Oklah macam tu buku-buku tersimpan dengan baik dan terjaga.
Nampaknya ada harapan nie ibu nak baca novel kalau anak-anak ibu dah dekatkan diri pada buku cerita. Maklumlah ibu ini susah nak layan novel kat rumah sebab anak-anak jeles tak bagi membaca novel. Kalau selain dari novel boleh pulak ye... huhu... Kisahnya ibu ini kena mengadap anak-anak ulangkaji pelajaran, kena ngadap anak-anak bermain, kena ngadap anak-anak tengok tv, kena ngadap anak-anak bermain. No novel no novel. Semua kena ngadap dorang je.
Tak tau apa pasal anak-anak dengki dengan novel-novel tu huhu.Sebab tu puan zai kena layan novel dalam kereta atau kat opis time break. Fuhhhh... sabo je laaaaa.... apa nak buat ek? Ikut je ler...
Nampaknya ada harapan nie ibu nak baca novel kalau anak-anak ibu dah dekatkan diri pada buku cerita. Maklumlah ibu ini susah nak layan novel kat rumah sebab anak-anak jeles tak bagi membaca novel. Kalau selain dari novel boleh pulak ye... huhu... Kisahnya ibu ini kena mengadap anak-anak ulangkaji pelajaran, kena ngadap anak-anak bermain, kena ngadap anak-anak tengok tv, kena ngadap anak-anak bermain. No novel no novel. Semua kena ngadap dorang je.
Tak tau apa pasal anak-anak dengki dengan novel-novel tu huhu.Sebab tu puan zai kena layan novel dalam kereta atau kat opis time break. Fuhhhh... sabo je laaaaa.... apa nak buat ek? Ikut je ler...
Kakak sedang membaca kat sebelah ibu. Volumn suara kakak tinggi. Tak bole ke baca pelan-pelan? (sebijik membaca macam makngah kakak tu)...
Kakak membaca sambil ibu mem-blog. Sebelum tu kakak buat latihan math dan english. Pastu ibu right kan mana yang betul dan tak betul. Takat nie kakak bole buat.
Hujan turun dengan lebat dan adik tidur dengan lena. Tak sedar langsung ibu dah balik keje.
Sekian catatan buat hari ini di hari rabu. Tadi dah baca blog kengkawan pastu terus post entry ini. Masa untuk beredar dulu. Jumpa esok ya!
Wassalam...
Puan zAi...
Wednesday, March 23, 2011
Takut si kakak...
Salam hari rabu...
Pagi tadi masa nak kejut kan si kakak, bukan main liatnya nak bangun. Siap tutup-tutup muka dengan bantal. Jam dah menunjukan ke angka 6.
Kakak cuma ada masa 30 minit untuk bersiap ke sekolah sebelum bergerak berjalan kaki ke jalan besar untuk menunggu bas sekolah tiba.
"Ai kakak pesal tak moh bangun nie, sekolah lah" Kata ibu (dah menyirap nie kalau time kejut je si anak moody, ibu memang tak suka).
"Kita tak nak sekolah!" Jawap kakak separa jerit.
"Laa apa pasal pulak???" Soal ibu (aiii nie nak jerit jugak nie tapi sabarrrrr).
"Nanti kita kena denda sebab kita tak ada buku peraturan sekolah..." Jawap kakak sambil mata pejam tak moh buka.
"Mana ada buku peraturan sekolah kakak, yang ada pun kertas biasa dua keping tu" Jelas ibu.
Rupanya mak puan zai baru bagi tahu bahawasanya anak perempuan ku itu pada belah petang semalam, siang-siang si kakak dah informed nenek yang kakak tak moh sekolah hari ini sebab kakak tiada buku peraturan sekolah.
Sesiapa yang hadir pagi ini datang tanpa buku tersebut akan di denda.
Sesiapa yang hadir pagi ini datang tanpa buku tersebut akan di denda.
Hmmm patut lahhhh kakak takut nak gi sekolah. Tahun ini kakak darjah 3. Setahu ibu mana ada buku peraturan kecuali kertas yang di beri sekolah semasa hari pertama masuk darjah satu dulu. Nak ikut kan itu bukan buku. Dah tiga tahun beb sekolah kat sini alahaiiii... biar betul cikgu nak buku pula... mana nak carikkk weiii... walaweiii bikin anak puan zai tak moh ke sekolah lah... Nak-nak kakak kata cikgu garang dan akan denda.
Nak tak nak kena lah pujuk kakak gi sekolah. Dah la baru dapat baju sukan semalam, hari ini 1st time pakai baju sukan yang baru. Ini aje lah yang bole puan zai bagi semangat untuk dia ke sekolah dengan cara memujuk yang kakak akan memakai baju sukan.
Jika ada pendidikan seni pada hari rabu, sepanjang hari akan pakai baju sukan tanpa bawa baju sekolah.
Jika ada pendidikan seni pada hari rabu, sepanjang hari akan pakai baju sukan tanpa bawa baju sekolah.
Masa nak anta kakak ke bas sekolah, ada juga anak jiran sebelah yang tak sekolah.
"Kenapa anak tak sekolah?" Datang satu soalan untuk mak kepada budak yang tak sekolah tu.
"Aiii tak nak sekolah takut kena denda sebab buku peraturan sekolah takdeeeee......." Alahai kesiannya budak-budak kena phyco macam sampai takut nak ke sekolah.
Satu ciuman ibu diberi pada kakak sebab kakak masih nak ke sekolah pagi ini walaupun terang-terangan yang nampaknya kakak juga takut-takut. Tak apa kakak bawa je kertas tu tunjuk kat sekolah. Kalau ada lah dijual beli je ibu kasi duit.
Macam-macam hal pasal denda dah tak moh sekolah, kakak oh kakak...
OK le nie je untuk malam nie, nak tido dah sebab letih dengan keje-keje kat opis dan biol kapla sebab asyik dok bergayut call orang sana call orang sini. Lagi rasa biol bila kita kena call HP no lagi lahhh...
| Beli saguhati utk anak yg suka satay. |
| Pekena ABC special sblm balik umah. |
Wassalam dan selamat berehat.
Puan Zai...
Wednesday, January 26, 2011
Banyak homework lah ibu
Hari ini lewat setengah jam keluar dari office.
Mulanya ingat nak balik sharp2 5.15pm bila kakak call mengadu yang kakak banyak homework nak buat.
Puan zai ada kerja yang perlu di settle, kalau tak settle selagi tu takkan tenang hati untuk pulang.
Kerja yang tak siap di office tak lah di rumah asyik nak piker banyak pasal kerja.
Last2 dalam 6.30pm baru sampai rumah.
Sampai-sampai je tengok kakak, Sutera dan Qimie sedang buat homeworks bawah pokok rambutan sambil di pantau oleh makngah, paklang dan mama Sutera, Cik Jana.
Sekian catitan ringkas dari puan zai untuk hari ini.
Berjumpa lagi esok ye!
Puan zai...
Tuesday, January 18, 2011
"Kita kan orang Islam..."
Kakak ke sekolah kebangsaan tidak memakai tudung.
Suatu ketika dulu masa kakak darjah satu, puan zai masih ingat masa itu hari pertama bulan Ramadhan.
Kakak beriya-iya benar hendak memakai tudung. Malam tu puas kakak menyuruh puan zai membuka lencana dan tag nama yang di jahit di kiri baju kurung sekolah dan dengan desakan dari kakak itu juga lah puan zai jahit semula lencana dan tag nama di tudung sekolah kakak.
Masuk hari kedua kakak bagitahu puan zai:
"Nanti lah kita pakai tudung"
"Laa sehari je ke pakai tudung kakak?" Geleng ibu ini bila terkenang kelam kelibutnya ibu menjahit semula lencana tu.
Sehinggalah tiba minggu lepas kakak dengan bersungguh-sungguh menyarungkan tudung di kepala. Puan zai sengaja tanya lagi pada minggu kedua ni betul ke kakak nak pakai tudung terus?
Kakak kata "Kita kan orang islam..."
| Kakak sebelum pi ngaji petang tadi... |
Subscribe to:
Posts (Atom)





