Sunday, July 31, 2011

Kenduri Tahlil

Assalamualaikum buat semua sahabat.

Malam sabtu semalam, semua ahli keluarga beramai-ramai hadir di rumah atuk puan zai di Kampung Datuk Keramat (ayah kepada mak) untuk bersama-sama menghadiri kenduri Tahlil buat arwah nenek.


 Ini dua orang budak sebelum bermula kenduri sudah mengadu lapar. Jadi, untuk anak-anak ini ibu ini telah mengambil sepinggan nasi untuk mereka (nota: ini ayat si kakak - dok sebelah ibu masa ibu sedang menaip).

 Hidangan khas buat tetamu wanita di dalam rumah. Hidangan untuk tetamu lelaki di luar.

 Pergh... yang ini paling anak-anak suka. Udang. Besar-besar pulak tu.

 Ayam masak kicap.

 Sayur campur dan paling special menu malam tadi ialah kari daging dan kentang. Keempat-empat hidangan utama di atas adalah di masak oleh famili makngah kat AU Keramat.

 Pencuci mulut oleh maklang  -  rojak buah.

 Kueh pelita sedekah dari jiran sebelah. Sedap sangat. Lembut. Teringat masa puasa. Jika berbuka mesti beli kueh pelita ini antara hidangan di atas meja.

 Tembikai juga untuk pencuci mulut. Mesti tayang pic nie sebab puan zai yang potong-potong hehe.

 Dadih coklat dan jagung ini adik perempuan puan zai yang buat dalam 100 dadih ada dalam bekas ini.

 Hidangan cukup-cukup lah untuk tetamu dan ahli keluarga. Siap tapau untuk di agih-agihkan.

 Tetamu wanita menjamu selera selepas tahlil. Tak sempat nak snap yang tetamu bahagian luar rumah ler sebab puan zai sibuk jaga air hehehe (tak habis-habis jaga air sirap ek?).

Ini mak puan zai dan atuk kesayangan. Atuk sekarang tak berapa kuat. Atuk ada gout. Atuk dok aje sambut tetamu.

Esok kita akan menyambut bulan Ramadhan yang amat ditunggu-tunggu.
Selamat berpuasa buat semua...

Saturday, July 30, 2011

Budimas Pre-raya Sales Bazaar

Sebut pasal raya, seronok aje kan. Nak-nak bila kita akan menyambut puasa pada hari isnin nie.

Kat opis puan zai, selama dua ari iaitu kamis dan jumaat 28-29 July 2011 berlangsungnya Budimas Pre-raya sales Bazaar.

Puan zai dan kawan-kawan dapat lah cuci mata. Bazaar ini bukan sahaja kita membeli malahan menyumbang ke arah charity yang mana untuk anak-anak yatim yang di sokong oleh Budimas.

Ada pelbagai jenis barang yang di jual antaranya baju, handbag, pelbagai perhiasan wanita, baju kanak-kanak, buku, towel (puan zai beli satu-rm10), tupperware (paling best gerai ini tp puan zai buat keras ati tak beli hehehe), chicken pai (puan zai beli RM10 - 4 pcs), spek mato dan lain-lain.

Jom layan pic pulak ye...

 Pic dengan BFF kesayangan.

Teman si teman dia beli baju baby kat Budimas. Seronok dia dok nak pilih baju baby. 'Undecided eye' haha rambang mata lah tu.

 Colleagues dok sibuk pilih-pilih barang.

 Ini gerai baju-baju baby dan kanak-kanak. Semua 50% untuk semua brand terutama brand Hamster.

Hahah ini yang mampu di beli oleh puan zai ini towel untuk kakak yang kaler ijo tu Rm10 satu.
Pergh nak pose ek? Sebelum tu isi perut kat Ikan bakar Jalan Bellamy. Gi berempat. Puan zai pekena ikan pari, nasi, sayur dan jus tembikai. Ingat nak amek ikan terubuk bakar tapi bila tanya harga seekor RM13-RM15. So, mulut terus cepat je order ikan pari aje lah... huahua...
 
Dah bayar makan untuk harga RM11, terus tapau 5 bungkus pisang goreng dan cekodok buat makan sendiri dan kawan-kawan kat opis. Makan reramai.
 Makan cekodok panas-panas di cuaca terik panas.

Pisang goreng.

Sekian coretan hari ini. Jumpa lagi ya!

Friday, July 29, 2011

Kapit peanut butter

Ala tak apa pun.
Saja nak tayang kueh kapit nie.
Yang ini special sikit.
Puan zai amek kat supplier di Kota Damansara.
KAPIT PEANUT BUTTER.
Emang best sebab selalunya kapit hanya kosong aje.
Tapi yang ni pula dalam dia ada peanut butter.
Sambutan setakat ini amat menggalakkan.
Kawan-kawan kat opis ramai yang order.
Ramai yang sukakannya.
Order puan zai amek untuk raya.
80 pcs dengan harga istimewa RM27 sahaja.
Ok lah, nak cerita ini je.
Saja nak kongsi cerita gembira nie.
Gembira keh? Hehehe...

p.s-susah tau nak bisnes kat area opis nie. kadang banyak saingan. kadang banyak mulut. kadang banyak komplen. kadang tak serupa bikin. tapi tu semua lumrah. harus hadapi juga. nama pun bisnes. huahuaaa...

Thursday, July 28, 2011

Tak nampak hantu pun...?

Adik iaitu anak lelaki puan zai yang amat manja nie kalau pergi atau balik ngaji suka kena pimpin tangan dengan kakak.

Tapi kalau adik tak pimpin pun nenek akan suruh kakak pimpin adik. Alasannya adik takut. Kalau bukan takut pun adik nie suka sangat berlari. Sampai atuk sound yang adik nie tak reti ke nak berjalan. Asyik nak berlari aje 24 jam.

Nak kata ada keturunan lumba lari pun emang tak de, apak cuma terer main bola sepak aje. Alahai nak gi ngaji bukan jauh rumah ustaz sebelah rumah aje. Bukan jauh mana pun.

Balik ngaji tadi nenek sahaja tanya kat adik:
"Adik kenapa suka lari balik ngaji? Adik nampak hantu ke?"

"Adik tak nampak hantu pun sebab adik tak pakai spek macam ibu..." Aikkk nama ibu lak keluar... adik adik...

Alahai adik. Ibu kalau pakai spek mata pun tak nak de ibu nampak hantu gak... huahuaaaaaaaaaa....

 

Wednesday, July 27, 2011

Buku silap mata...

Anak perempuan puan zai yang sorang nie ada minat untuk membaca buku. Kadang-kadang tidak perlu di suruh elok je membaca. Sungguh tekun bila tiada sesiapa yang 'mengacau' dia.

Sejak dua menjak nie puan zai perasan yang bila wang saku lebih di pinta untuk beli buku bacaan di sekolah, mesti buku ini adalah salah satu buku yang beli.

Malahan jika ke kedai buku atau pesta buku pun, pasti salah satunya adalah buku ini. Dalam banyak buku-buku cerita kanak-kanak pasti buku yang 'seangkatan' ini dibelinya.

Minatnya pada buku-buku seperti amat ketara. Bila di tanya kenapa? Dia hanya jawap 'suka'.



Tak pasti sama ada ini harus di galakkan atau di larang. Bila piker-piker biarlah dengan apa yang dia minat. Biarlah apa yang dia suka baca.


Yang pasti apabila sudah di baca, pasti 'acara silap mata' akan dipertontonkan pada umum iaitu pada ibu. Nak gelak jugak bila ibu sendiri terkejut dan tak sangka ada juga silap mata macamtu walaupun kakak belajar cuma dari dalam buku.


Tuesday, July 26, 2011

Jalan-jalan cari makan...

'jalan-jalan cari makan... bukan jalan-jalan cari gadoh...'

Rata-rata geng kat opis hari nie boring jer. Semua jadi ngantuk dan lembik. Otak jadi lembab. Boring dah dok opis nie. Asyik-asyik mengadap PC. Kadang-kadang PC mengadap kita. Bila salah sorang bagi cadangan ke MidValley tu, semua pakat-pakat call taxi untuk ke sana.

Nak ikut kan nak makan kat food court opis pun boring. Serba serbi boring lah. Menu yang sama je hari-hari. Macam ada tak kena. Kena cuci otak keluar dari bangunan tu. Dengan senang hati gi jalan-jalan cari makan. Jeng jeng jeng....

 Turun je taxi kaki melangkah ke main entrance terus je kaki jejak ke sini. Dari entrance dah nampak ini kedai.

 Time untuk basah tekak. Air bandung cincau, barley dan soya.

 Untuk puan zai ialah char kuew tiaw. Sorang lagi kawan pun amek menu yang sama. Pekena dengan cili padi potong. Perghh...

 Kawan yang sorang lagi lak pekena mee jawa.

Bila dah kenyang, gi merayap kejap dekat-dekat situ. Takde beli apa pun. Hanya cuci mata dan kerling-kerling aje. Penat jalan terus gi tahan taxi nak balik opis. Jam pun dah 1.15pm. Moh balik moh. Jangan lupa diri ek. Jadi, sekian catatan pekerja boring yang telah jalan-jalan cari makan. Sekian. harap maklum.


 

Monday, July 25, 2011

Suka buah-buahan...

Seisi rumah memang gemar akan buah-buahan. Jika ada kesempatan mesti cari buah-buahan. Tidak kira buah apa. Jika nampak gerai buah mesti singgah. Jenguk-jenguk. Jika nak beli timbang aje. Buah pisang antara yang paling mashur untuk di beli. Sama ada kenduri kendara, hari raya mahu pun hari-hari biasa pasti pisang di jumpai dalam rumah.

 Tembikai dan mangga. Mangga nie RM9 sebiji tau.

 Buah mata kucing.

 Epal. Epal harus ada untuk si puan blog.

 Suka buah-buahan. Semua orang suka. So, pilih lah yang mana satu?

Sunday, July 24, 2011

Biskut Butang

 Ingat tak dengan biskut butang nie? Lama tak makan biskut nie. Dulu kecik-kecik ini antara biskut yang ada masa zaman kanak-kanak puan zai.
Hari tu lepas kakak sukan singgah ke kedai. Tiba-tiba adik tunjuk biskut yang tergantung di kedai tu. Sepaket dengan harga RM3.50.

 Sampai je rumah, adik dah ngadap biskut nie... rupanya hanya tinggal biskut, gula di atas tu je yang adik makan. Patut lah consentrate sangat rupanya tengah asing-asing dan susun elok-elok biskut butang nie.

 Habis siapa yang nak makan biskut tu? Tanya ibu pada adik.
"Ibu lah..." Jawap adik...

"Heh..." Adik sengih.
"Adik nak gula aje" hm hmm adik adik....

Saturday, July 23, 2011

Penanggah

Hari ini sibuk berkenduri di rumah sebelah. Acara nikah di jalankan sebelah petang iaitu selepas waktu asar. Kenduri besar selepas maghrib.

Puan zai tengok si kakak nie amat suka jadi penanggah. Bukan main sibuknye dia kutip-kutip pinggan dan gelas kotor. Si ibu ini tukang jaga air. Amat sesuai lah tugasan yang diberikan hehe air siraplah katakan...
Adik masa nie jadi teman setia ibu yang dok jaga air. Tak lama je pastu hilang dok main dengan kawan. Kat tangan sedang pegang dadih.
 Tetamu dah mulai ramai walau petang tadi hujan lebat ya amat.

 Makanan dah standby selain tetamu biasa, kedatangan orang masjid di tunggu untuk sama-sama meraikan pengantin.

 Tu si kakak sibuk masa nie, sempat sengih-sengih dengan ibu dari jauh.

 Pencuci mulut... pencuci mulut ker? Laksa untuk tetamu selain nasi.

 Ada ulam-ulaman, tembikai dan bubur kacang hijau.

 Lauk pauk-Nasi minyak dan nasi puteh, ayam merah, dalca, daging kicap, pajeri nanas dan masak lemak udang dan kacang panjang.

 Nie pembuka selera dulu... bagi kenyang sebelum buat koje.

Yang ini penghujung selera, haha. Kira supper ler... laksa dan dadih... perut kenyang jam 11pm balik rumah pas semua kemas meja dan bersihkan kawasan kenduri. Masa puan zai balik dengan adik, kakak dan nenek belom balik dok sibuk tolong membungkus lauk. Dalam jam 12 baru balik dan zzzzz...

Friday, July 22, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-8 Sekolah Tahap 1

Sempena Hari Sukan Sekolah untuk kali ke-8 pada tahun 2011 ini, puan zai amat berbesar hati nak kongsi pic-pic anak pada post kali ini. Cewahhh...

Hari ini untuk semua tahap 1 (dari tahun 1 hingga tahun 3 sahaja) bersukaneka. Jom tengok... 
















Tahniah buat anak ibu untuk sukan kali ini...