Thursday, July 28, 2011

Tak nampak hantu pun...?

Adik iaitu anak lelaki puan zai yang amat manja nie kalau pergi atau balik ngaji suka kena pimpin tangan dengan kakak.

Tapi kalau adik tak pimpin pun nenek akan suruh kakak pimpin adik. Alasannya adik takut. Kalau bukan takut pun adik nie suka sangat berlari. Sampai atuk sound yang adik nie tak reti ke nak berjalan. Asyik nak berlari aje 24 jam.

Nak kata ada keturunan lumba lari pun emang tak de, apak cuma terer main bola sepak aje. Alahai nak gi ngaji bukan jauh rumah ustaz sebelah rumah aje. Bukan jauh mana pun.

Balik ngaji tadi nenek sahaja tanya kat adik:
"Adik kenapa suka lari balik ngaji? Adik nampak hantu ke?"

"Adik tak nampak hantu pun sebab adik tak pakai spek macam ibu..." Aikkk nama ibu lak keluar... adik adik...

Alahai adik. Ibu kalau pakai spek mata pun tak nak de ibu nampak hantu gak... huahuaaaaaaaaaa....

 

2 comments:

MulutPayau said...

Telatah anak2 mmng mnghiburkan....walaupun kadang2 kita yg terkena..heheheh

Jendela Hati said...

mulutPayau: itu la MP asik2 ibu yg kene hehe