Saturday, July 23, 2011

Penanggah

Hari ini sibuk berkenduri di rumah sebelah. Acara nikah di jalankan sebelah petang iaitu selepas waktu asar. Kenduri besar selepas maghrib.

Puan zai tengok si kakak nie amat suka jadi penanggah. Bukan main sibuknye dia kutip-kutip pinggan dan gelas kotor. Si ibu ini tukang jaga air. Amat sesuai lah tugasan yang diberikan hehe air siraplah katakan...
Adik masa nie jadi teman setia ibu yang dok jaga air. Tak lama je pastu hilang dok main dengan kawan. Kat tangan sedang pegang dadih.
 Tetamu dah mulai ramai walau petang tadi hujan lebat ya amat.

 Makanan dah standby selain tetamu biasa, kedatangan orang masjid di tunggu untuk sama-sama meraikan pengantin.

 Tu si kakak sibuk masa nie, sempat sengih-sengih dengan ibu dari jauh.

 Pencuci mulut... pencuci mulut ker? Laksa untuk tetamu selain nasi.

 Ada ulam-ulaman, tembikai dan bubur kacang hijau.

 Lauk pauk-Nasi minyak dan nasi puteh, ayam merah, dalca, daging kicap, pajeri nanas dan masak lemak udang dan kacang panjang.

 Nie pembuka selera dulu... bagi kenyang sebelum buat koje.

Yang ini penghujung selera, haha. Kira supper ler... laksa dan dadih... perut kenyang jam 11pm balik rumah pas semua kemas meja dan bersihkan kawasan kenduri. Masa puan zai balik dengan adik, kakak dan nenek belom balik dok sibuk tolong membungkus lauk. Dalam jam 12 baru balik dan zzzzz...

No comments: