Sunday, July 3, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 2011

Semalam pihak sekolah telah mengendalikan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 2001 sempena pelancaran aktiviti larian serentak seluruh negara.
Larian ini telah melibatkan seluruh lapisan masyarakat termasuk ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Selain itu juga, ari sabtu nie sebagai Hari Persekolahan Ganti untuk cuti tambahan sempena Hari Raya Aidil Adha pada 9 November 2011.
Bermula dari padang permainan yang berdekatan, murid berlari sejauh 1.5km sampai ke sekolah.
Sesampai di sekolah aktiviti sukan pula bermula.
Si kakak memang lah teruja.
Baju sukan dah siap sedia.
Hingga kan kunci jam pun sendiri.
Start acara nie jam 7.30am hingga 12.30 tengahari, tapi bangun pagi 6am dah.
Puan zai dan adik tak ikut.
Kesihatan adik tak mengizinkan.
So, apak teman kakak ke sekolah.
Nampaknya balik dari sekolah pun, kakak tak letih tambah gembira adalah sebab maklum lah ramai kengkawan kat sekolah tu.
Wajah kakak sebelum bergerak ke tempat larian.
Pic nie je yang ada untuk tontonan.
Bagus juga aktiviti macam nie, sekurang-kurangnya murid dah di dedahkan dengan pelbagai aktiviti sukan di sekolah mahupun di luar sekolah.
Sekian.

3 comments:

MulutPayau said...

seronok tgk budak2 berlari...bersemangat, walau tdk ada nombor...

Kak Aya said...

smlm semua berlari, ketika balik dari pasar boleh nampak la budak2 sekolah menengah bersemangat berlari, lepas tu terjah kedai untuk beli air.

Jendela Hati said...

mulutpayau: asal tgk anak sendiri pun dah semangat...

kakaya: sabtu kira panas jugak, dah lari2 tu emang laku kedai air dibuatnya...