Sunday, February 24, 2013

CNY Get Together Lunch


As-salam...

Tema: Merah @ Pink.
Khamis lepas ada makan-makan sempena CNY.
Ramai yang dah balik dari bercuti CNY aritu, so President buat makan-makan untuk satu division kami.

 Bergambar dengan rakan sekerja.

 Puan Zai dan Puan Atun.
Cantek tudung Puan Atun, tudung baru dari Vietnam.

 Ada banyak menu.
Ada nasi goreng cina, spageti goreng, ayam cili, fillet ikan bersos, wantan, udang goreng dan sayur campur.

 Yang ni mesti ada.

 Yang ini sedap, tak ingat nama eh... ala-ala yongtaufoo cuma dorang buat roll dalam tu ada sayur.



 Biasa lah mesti ada music kan baru syok.
Lagu CNY yang la la la la tu best jugak dengar hehehe tak tau la tajuk lagu apa, tau dengar aje.

Puan zai kena buat deco sebelum majlis.
Alahai nama department pun Events & Promotion Dept kannn... huhu...
Yang gantung-gantung tu emang dah ada sebelum CNY lagi.


 Makan-makan.
 Yee Shang cuma untuk bosses aje kat dalam meeting room.
Staff tarak campur, staff sibuk dah makan kat hall sedap-sedap.

 Ehem-ehem.

Pehtu boleh pekena biskut raya.

Esok banyak benda nak setel. Keje kat opis banyak benda jugak nak follow-up. Hal kat rumah pula ada yang setel. Goodies untuk majlis persandingan adik lelaki dah siap semuanya.

Tadi orang canopy dah bagitau nak pasang canopy ari khamis nie. Caterer pun dah call tadi sebab depa tanya jalan ke rumah.

Excited pun iye. Semoga segala urusan kenduri kendara hari ahad nie di rumah kami dipermudahkanNya. In shaa Allah. Amin.

Sekian. Berborak lagi nanti. Tata...

Puan Zai @ JH...

 

Wednesday, February 20, 2013

Sup Ekor untuk Mak


As-salam...

 Minggu lepas kami ke Sri Delima bawa mak makan sup ekor.
Mak teringin nak makan sup ekor.
Sebelum kami ke NSK Selayang untuk cari barang untuk goodies, kami singgah makan dulu.

 Jus tembikai kakak.
Air mineral bawa dari rumah untuk adik tapi adik nak jus mangga.
Mak tengah cari HP daam beg sebab abah telepon.

 Suka la dapat air tembikai.

 Jus mangga untuk adik.
Nak sangat air mangga.
Tapi pesan kat yang tukang amek order tu... tak nak AIS ye.
Bahaya.
Huhhu...
 

Deretan sepanjang jalan kat sini banyak kedai tomyam.
Cumanya kali ini kami tak order tomyam.
Kami order sup sayur dan paling penting ada sup ekor.
Selain tu kailan goreng dan telor dadar.

Apak kata lain kali boleh try western pulak.
Sebelah kedai yang kami makan nie ada kedai western.
Kakak nak makan chicken chop pulak.
OK, kakak... in shaa Allah ye...

Puan Zai @ JH...

 

Tuesday, February 19, 2013

Wong Solo


As-salam...

Lama tak update blog.

Just nak update gambar makanan.
 

 Pertama kali jejak kaki ke Wong Solo di Bandar Sri Permaisuri.

 Harga pun OK.
Satu set ada nasi dan air mineral.

 Puan zai peminat tempe dan tauhu.
Bila di cadang sahabat untuk try di sini, puan zai ikut je.
Orang nak belanja kannn hehehe...

 Tersenyum di bibir, lapar di perut.

 Dua orang geng, puan atun dan puan bet.

 Puan zai order ayam penyet.
Kengkawan makan pecel lele.
Menu mereka ialah ikan keli, puan zai pula ayam.

Puan zai penah ke kedai ayam penyet lain, memang betul lain kedai lain keistimewaan sambal cilinya.
Di sini pun sedap, di kedai yang puan zai penah pegi lain pula sedap cilinya.

 Gado-gado.

 Ada sotong tepung juga.
Lembut je sotong dia.

Lain kali boleh datang lagi, boleh ajak kengkawan yang lain pula.
Lagipun lokasi pun dekat dengan office.

Jom try.

Puan Zai @ JH...



Thursday, February 14, 2013

Lauk Paling Best


As-salam...
 
 Bagi puan zai lauk paling best masa kenduri adik sepupu puan zai aritu ialah seperti di atas nie.
Gulai tempoyak potai.

Memang terangkat lah...
Lauk ni masak sendiri.
Walaupun mengunakan khidmat caterer, lauk ini dijadikan lauk tambahan.

 Masa gambar di ambil iaitu sehari selepas kenduri besar,
kami reramai tolong tuan rumah apa yang patut pada pagi tu.
Tengahari pulak makan apa yang ada.
Lauk kenduri semalam pun masih ada baki.
Cuma tambah goreng sayur dan buat telo dadar.
Lauk macam nie la jugak paling sedap.

 Ada baki jugak bubur pulut itam.
Si adik memang suka bubur nie.
Bubur kacang ijo pun adik suka.
Kalau makan memang makan bertambah la bubur tu.

 Makan ramai-ramai di bawah khemah.
Sementara khemah kenduri belum di bukak, kita layan makan reramai sambil karok-karok.


 Kena Q nak amek nasik.
Nasik panas-panas, makan di bawah panas matahari.

 Huiii ramainya budak-budak.
Biasalah bila kenduri buat time cuti memang ramai lah yang bertandang untuk bermain sesama.
Bila banyak main, perut pun terasa lapa.
Makan aje lah apa yang ada.
Lepas kenduri, semua penat.
Masak tu idok le iye-iye benar.
Apa yang ada bawah tudung saji itu lah yang dirembat.

Sekejap aje dah ari kamis.
Kat opis masih kosong lagi.
Rata-rata ramai yang bercuti sempena CNY.

Di rumah pula, makin bz jugak.
Maklumlah rumah kami pula akan buat majlis menyambut menantu tak lama aje.
Lagi dua minggu... persiapan tak la gempak, takde kecoh-kecoh nak masak.
Sebabnya kami pun mengunakan khidmat caterer.
Caterer bukan orang luar, besan mak lang puan zai jugak.
Cumanya bz sikit dengan goodies.
Goodies pun biasa-biasa aje, mana yang termampu.

Sekian celoteh arini, jumpa lagi di celoteh akan datang, tata...


Puan Zai @ JH...






Monday, February 11, 2013

Tahniah Zuhaili & Zamri!


09-02-2013
 Tahniah Irma Hasmie!
Eh eh tahniah buat sepupu ku Zuhaili!

 Eh... sapa atas pelamin tuh!

 Mak pengantin - makcik puan zai iaitu sepupu mak.
So puan zai dan pengantin adalah dua pupu.

 Kakak dan adik pun follow ke Majlis Akad Nikah.


 Penyerahan mas kahwin.


 Lauk pauk yang meriah.

 Pilih je mana yang suka.

 Ada pelbagai jenis kek dan kueh mueh.
Pengantin dan keluarga murah rezeki, ramai jua orang sedekah kueh mueh dan kek macam-macam jenis.
 Goodies yang best.

 Hamboi... anak dara semua nie lapo balik dari masjid.
Lepas makan jadi penangah kenduri.

 Adik makan dengan apak.
Ibu pula sibuk jadi camerawoman syok sendiri hehe...

 Ketibaan VVIP di sambut meriah oleh semua anak cucu dan cicit.
Ini Atuk puan zai dari Keramat.


 DJ Lee.
Apak jadi DJ majlis.

 Ketibaan pengantin lelaki.

 Di sambut meriah.


 Part nie emang puan zai suka... bab kompang-kompang nie.
Sebenarnya pengantin nak kompang jawa.
Alih-alih ada masalah teknikal, so kompang biasa je.
Apalagi ramai yang frust termasuk puan zai yang dah lama tak dengar kompang jawa.
Terngiang-ngiang waktu kecil dulu bunyi kompang jawa...
Dung, dung, dung dung dung...

 Persandingan mereka.


 Makan beradap pengantin.

 Pengantin-pengantin bergambar bersama pengantin-pengantin.

 Seisi karok.
Peminat nak autograf paksu... hehe...

 Pengantin pulok karok kejap.
Bila adik lelaki puan zai tengah karok mesti puan zai minta dia nyanyi lagu Medician... tajuk eh lupa la...
"Tika begini ternanti-nanti... lalalalaaa"

 Acara potong kek pula.



 Bunga pahar yang menjadi rebutan.

Acara kemuncak di malam hari masih lagi berkarok di luar tu.
Dalam rumah acara gelak gelak dan usik mengusik sambil pengantin buka hadiah dari tetamu.

Memang penat berkenduri nie tetapi puan zai dan semua ahli keluarga seronok dan bergembira bila dapat bersama.

Rata-rata zaman sekarang semua orang mengunakan khidmat caterer untuk jamuan kenduri, ini bukan penghalang untuk kita lebih menjaga  keakraban dan jalinan hubungan kekeluargaan itu harus di rapatkan dan diteruskan lagi agar ianya lebih kukuh. Time kenduri nie seronok dapat berkumpul reramai dan ada je idea dan bahan untuk bergelak ketawa sampai tak ingat dunia.

Selamat Pengantin Baru buat Zuhaili & Zamri, semoga bebahagia hingga hujung nyawa. Amin.

Puan Zai @ JH...