Friday, February 8, 2013

Persandingan Rin & Ira


As-salam...

Musim berkenduri belum habis lagi nie. Esok sabtu, adik sepupu sebelah rumah pun akan bernikah.

Nanti akan bersambung balik kenduri sambut menantu sebelah keluarga kami selepas pernikahan adik lelaki puan zai minggu lepas.

Kenduri sambut menantu pada 3 march. Manakala 30 march pula seorang lagi adik sepupu puan zai akan nikah dengan lelaki pilihannya.

Aritu tu puan zai ada upload gambar-gambar pernikahan dan majlis berinai adik lelaki puan zai dan isterinya di Banting.

Dan hari ini baru puan zai sempat nak post gambar-gambar hari meraikan hari persandingan mereka pula.

Silakan.

03-02-2013
Tahniah Nabil!
Eh eh bang bil pulak...
 
Rin...
 
Ira...
 

Perkenalan sejak di kolej selama 7 tahun membawa ke jinjang pelamin.
 

Demi adik, si kakak memakaikan stokin... huhu...
 

Sedang bersiap di depan surau.
Surau dekat dengan tempat majlis.
Pengantin tak mau bersiap di homestay, panas katanya.
Walaupun sebenarnya homestay ke rumah pengantin perempuan hanya 10 minit perjalanan.
 
Kaum kerabat sabar menunggu pengantin bersiap.
Ala sekejap aje, tak lama pun.
Ketika ini usik mengusik sedang rancak di jalankan.
 
Pengantin dan pengapit dah siap sedia.
Jangan main-main, bawa dua orang bodyguard lagi.
Double pengapit dan double Iwan, sebab kedua-dua berkongsi nama yang sama.
 
Standby.
 
Salam dan kucup di beri.
 

Bersama, beriringan dan bergandingan menuju mahligai kebahagiaan.
 


Anak dan anak buah turut meraikannya.
 
Bergambar kenangan bersama mak dan abah.
 
Seluruh keluarga turut bersama.
 
Team kompang membawa 10 buah lagu.
Puan zai suka dengar kompang.
Meriah.
 
Kenangan bersama dua orang pengapit yang setia.
 
Ehem-ehem...
Pengapit pengantin lelaki dan perempuan bergambar kenangan jua.
 
Penat-penat jadi camerawoman yang tak bertauliah, sekali sekala nak jugak bergambar bertiga aje... nak interprem jugakkk hehe...

 
Seisi makan beradap.
 
Di apit oleh mak dan abah.
 



Orang kuat kami, paksu sedang serve pengantin makan.
 

Senyum leba ye Nabil.
 
Sebelum berangkat pulang ke KL, bergambar beramai-ramai.
Nie pun tak cukup korum, tak semua dalam gambar.
Maklumlah ramai keluarga yang datang.
 


Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikaham, majlis berinai dan majlis persandingan adik lelaki puan zai di Banting dengan gadis pilihan hatinya.

Semoga Rin & Ira berbahagia hingga akhir hayat. Cepat-cepat beri puan zai anak buah ye... hehehe...

Semoga majlis kami diberkatiNya. In shaa Allah, dengan izin Allah 03-03-2013 pula majlis menyambut menantu akan di adakan di rumah kami pula.

Tak lama aje lagi, lagi beberapa ari aje. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Sekian... jumpa lagi... Tata...

Puan zai @ JH...

No comments: