Saturday, April 30, 2011

Berkonvoi ke Lenggeng

Hari ini berkonvoi balik ke kampung. Anak bongsu pada sepupu abah puan zai bersanding arini. Pepagi jam 6am anak-anak dah celik mata. Fuhhh... awal benar bangun pagi walhal cuti sekolah. Lagipun jam 8am baru gerak ke kampung. Kampung abah puan zai kat Lenggeng, Negeri Sembilan. Kira sempadan dengan Semenyih dan Beranang.
 Sesampai je kat rumah pengantin nie terus ber-pic dulu.
 Time nie kakak dan adik tak mau ber-pic sebab kat belakang ada tetamu lain dah mula masuk, tapi ibu ini paksa jugak ber-pic hehehe. Kakak kata "Kita malu lah..."
 Minum pagi dulu. Takde rezeki nak makan pulut impit cicah kaya. Selalunya menu minum pagi kalu kenduri di negeri sembilan mesti ada pulut impit. Best sangat-sangat. Tertelan air liur je menyebutnya.
 Orang minum kopi, adik pun nak kopi jugak.
 Menu tengahari. Nasi beriani dan nasi putih. Ayam masak merah, gulai daging kambing, rendang daging, gulai cendawan, arca buah, ulam dan sambal belacan, buah oren yang manis dan air laici.
Mempelai berarak masuk ke kawasan rumah pengantin pompuan.
 Time nie adik soh tengok pengantin dekat-dekat. Alahai... kena lah puan zai ke depan dukung adik.
 Acara ini paling adik suka sangat nak tengok. Walaupun pengantin dah masuk ke dalam rumah untuk menepung-tawar, kompang masih di teruskan dan di sini lah adik kusyuk memerhati. Telinga naik pekak buat-buat tak pekak jer.
Baliking time. Cuaca tak menentu. Kejap panas kejap renyai. Kira masa pengantin lelaki datang, cuaca penas, tak hujan. Selepas selesai acara menepung-tawar dan mak pengantin dah bersalam dengan kami, apa lagi angkat kaki le balik ke KL. Singgah Pekan Lenggeng nak beli pisang goreng dan cekodok buat makan dalam kereta.
 Abah puan zai pulak nak beli anak ayam kampung. Ada gerai kecil tepi jalan jual anak ayam tapi malangnya tutup. Gi tanya kat restoran depan jalan tu, rupanya tauke kedai tu yang jual anak ayam tu. Apa lagi kami pun follow abang tu gi balik rumah dia untuk beli anak ayam kat Kampung Jelatuk, Jeram, Lenggeng. Seekor anak ayam RM3.50, abah beli 15 ekor.
 Sampai rumah dia, anak-anak puan zai excited tengok banyak haiwan belaan abang kedai nie. Ada lembu sekandang, angsa dalam pagar besar, itik usah cakap lah melambak, ayam lagi, anak-anak ayam lagi, kambing lagi, burung merak pun ada. Kawasan rumah dia besar sangat sampai boleh bela sebanyak itu.
 Selesai dah urusan membeli sambil abah puan zai kata "Lega dapat beli anak-anak ayam nie. Ada rezeki dapat beli, selalunya tak dapat". Sebelum keluar ke jalan besar abah berenti kejap untuk kakak dan adik tengok kambing-kambing. Abah kata "Aikkkk tak penah tengok kampung ke?" "Hehhhh" Adik dan kakak tersengih.

Puan Zai...

Friday, April 29, 2011

Sejuk hati untuk hati sejuk

Apa punya tajuk daa?
Buat pening je. Oh... jangan pening-pening. Tak ada apa sebenarnya saja nak tayang benda-benda sejuk nie. Dah lama tak pekena desert camnie. Lagipun di hari jumaat nie puan zai sejuk hati sesangat. Rasa gembira dan bersyukur. Alhamdulillah dapat rezeki lebih di tempat kerja. Dapat apa? Adalaahhhh... wahhhh gituuuu.. OK ler jom layan pic nie ek...
 Lunch semalam dengan kfc. Pehtu singgah cari dessert lak. Paling best yang ice manggo tu herge nya dalam RM6.90. Fuhh bole tahan herge nye. Sebenarnya masa order tu tak perasan tang herge. Main rembat sebab tengok pic kat menu pergh nampak sedap. Chestnut ice dan chestnut with rambutan tu RM4.90 satu. Sedap? Emang sedap. Sejuk? Emang sejuk beb.
 Yang di atas nie pulak untuk lunch arini. Lunch kat Rojak Bellamy, Jalan Bellamy yang kat belakang Istana tu. Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Dah dekat jam satu baru orang berpusu-pusu. Pekena nasi ayam dan share-share bertiga rojak biasa satu. Yang sejuk tu order ABC.

Sekian.

Jumpa lagi esok yer.

PuAn zAi...

p.s- Bestnya esok cuti weekend. Boleh berehat. Tapi esok ada jemputan kenduri kawen. InsyaAllah gi. Malam nie nak beri tumpuan penuh pada Nabil dan peserta lain dalam Maharaja Lawak di Astro Warna. Bai2...

Thursday, April 28, 2011

6.30 Club

Hari ini kat opis ada 6.30 Club. Maksud club nie ialah management bagi makan free pada semua staff-staff pada jam tepat 6.30 petang.
Dulu 6.30 Club setiap hari khamis setiap minggu. Tetapi kini management buat sebulan sekali, siap ada lucky draw.
Best jugak lah sebabnya ada lucky draw.
Hidangan makanan pula ada spageti bolonese (yang ini yang puan zai rembat dulu). Ada chicken chop, nasi lemak, karipap, cokelat muffin, ice cream cup dan air sarsi.
 Ber-pic dulu macam biasa.
 Yang ini pula barang yang kawan-kawan dapat. Puan zai? Puan zai tiada rejeki arini.
 Yang bertuah badan ber-pic di samping barang yang dimenangi iaitu dapur gas, coffe maker dan toaster roti. Aikkkk malu-malu nak berpic yeeee... hehehe...
 Kawan ini dapat sandwish maker. Puan zai tak ralat sebab sandwish dan toater roti puan zai dah dapat masa birthday puan zai aritu (hehehe ayat cam kecewa tak dapat lucky draw ye kakakakah)
 Ber-pic with new friend. Dia called puan zai dengan nama "cikgu". Sebabnya dia kata puan zai banyak ngajo dia report-report yang boss ia nak.
Antara lucky draw yang ada. Sebanyak 20 hampers arini. Barang elektrik ada 15 jenis dan 5 hampers besar. Kalau di beri pilihan dah tentu puan zai suka dapat hampers sebabnya anak-anak mesti suka sesangat, mesti melompat-lompat, mesti riang ria, bila ibu bawa balik hamper besar tu kan kan kan. Takpa lah tiada rejeki ye anak-anak. Lain kali. Sekian.
PuAn ZAi...

Wednesday, April 27, 2011

Teman kakak membaca

Assalamualaikum. Tengok di luar tingkap opis tadi, renyai mulai turun. 5.15pm sharp puan zai dan lain-lain berpusu keluar dari opis untuk pulang ke rumah masing-masing. 

Jejak je kaki di lantai beranda, hujan turun dengan lebatnya. Nasib le sempat sampai rumah. Hujan dan petir. Kaki terus jejak ke dalam bilik mencari adik dan kakak. Rupanya adik sedang tidur. Kakak pulak sedang membuat latihan bahasa english buku yang kakak beli (tapi ibu yang bayar) masa kat Pesta Buku PWTC pada hari ahad lepas.

Dah siap puan zai tanda markah kakak, kakak terus ambil buku cerita Siri Hadi. Nampaknya kakak sedang kusyuk membaca. Nanti selepas membaca setiap buku, kakak jangan lupa rekod dalam buku kecil yang ibu beli semalam tau, buat apa yang cikgu suruh iaitu catatkan dalam buku catatan buku apa yang telah kakak baca.

Ibu suka lihat kakak membaca dari tak buat apa-apa kat rumah. Ibu dah tengok kakak simpan elok-elok buku-buku yang kakak beli. Oklah macam tu buku-buku tersimpan dengan baik dan terjaga. 

Nampaknya ada harapan nie ibu nak baca novel kalau anak-anak ibu dah dekatkan diri pada buku cerita. Maklumlah ibu ini susah nak layan novel kat rumah sebab anak-anak jeles tak bagi membaca novel. Kalau selain dari novel boleh pulak ye... huhu... Kisahnya ibu ini kena mengadap anak-anak ulangkaji pelajaran, kena ngadap anak-anak bermain, kena ngadap anak-anak tengok tv, kena ngadap anak-anak bermain. No novel no novel. Semua kena ngadap dorang je.

Tak tau apa pasal anak-anak dengki dengan novel-novel tu huhu.Sebab tu puan zai kena layan novel dalam kereta atau kat opis time break. Fuhhhh... sabo je laaaaa.... apa nak buat ek? Ikut je ler...
 Kakak sedang membaca kat sebelah ibu. Volumn suara kakak tinggi. Tak bole ke baca pelan-pelan? (sebijik membaca macam makngah kakak tu)...
 Kakak membaca sambil ibu mem-blog. Sebelum tu kakak buat latihan math dan english. Pastu ibu right kan mana yang betul dan tak betul. Takat nie kakak bole buat.
Hujan turun dengan lebat dan adik tidur dengan lena. Tak sedar langsung ibu dah balik keje.

Sekian catatan buat hari ini di hari rabu. Tadi dah baca blog kengkawan pastu terus post entry ini. Masa untuk beredar dulu. Jumpa esok ya!
Wassalam...
Puan zAi...

Tuesday, April 26, 2011

Mary Kay oh Mary Kay...

Assalamualaikum... salam hari selasa... Demo... demo... demo... Dah acap kali kawan kat opis panggil untuk tengok demo Mary Kay. Tak de kesempatan lah nak tengok dorang test product nie lagipun buat demo nie pun pas waktu keje. Lepas time keje ialah time nak balik cepat belek anak-anak pulak. Pagi tadi satu jam sebelum masuk waktu keje, kami kat opis membelek-belek kosmetik selepas membelek-belek breakfast enak di depan mata. Product Mary Kay dah lama puan zai dengar orang memperkatakan. Rata-rata suka mengunakannya. Ada keserasian kata mereka. Ramai mengajak sama-sama tengok demo dan tester. Tak kira bangsa ramai yang promote product nie sekarang.
 
 Takat ini puan zai dah beli lipstick product nie kaler Rose Passion. OK lah pakai takat nie. Bibir tak kering. Kaler pun cantik. Kawan bagi try jugak tester lipstik kaler Charamel kot nama ia. Aiii dah rasa mcm puding lah pulak. Rasa nak gigit-gigit. Kaler nie pun cantik. Yang kaler bekas kaler cekelat tu ialah lotion badan. Puan zai dapat masa exchange gift bulan december 2010, dapat jenis Warm Amber & Forever Orchid. Wangi tu emang lah wangi giler. Best bau dia. Selalu guna kat tapak tangan. Sayang nak guna bebanyak. Letak sedikit je dah wangi. Perghhhh...
   Haaa... ini lah salah sorang kawan puan zai yang promote product ini. Pic tak penuh sebab akak nie malu nak ber-pic. Sejak jadi member nie banyak barang dah dia beli dan jual. Tadi dia ada bagitahu yang dia akan cari product Mary Kay ini untuk satu pakej complete satu barang khas buat puan zai dan seorang lagi kawan. Hehehehe Risau jugak nie dengarnya mahal harga dia. Liptick yang puan zai beli nie pun RM48. Selalunya beli lipstick harga RM6-RM10 satu kat mana-mana product dalam katalog hehehe. Tapi itu lah kalau product OK dan sesuai selalunya cengini lah harga. Mahal tapi puas hati. Ye tak? Kakak yang promote nie kata usah risau harga tu tak kisah. Pic kat atas tu dia soh kami pilih yang mana satu eye shadow dan yang lelain yang sesuai. Ambil je gaji bayo katanya huhu. Hmmm tengok je lah dulu.
Jeng jeng jeng... Ini bukan apa, pagi tadi test maskara setiap seorang. Inilah salah satu hasilnya. Dulu-dulu main masak-masak, dah tua-tua nie main makeup-makeup. Pic tak best, sedia maklum dengan keadaan HP buruk ku ini hehe.

Nak ikutkan sejak dulu puan zai ni dah banyak guna product kat pasaran. Tapi bukanlah yang mahal-mahal. Sedang-sedang jer harganya. Paling lama Elianto. Beli Elianto sebab masa tu dari keje kat HQ kena tranfer ke servicing branch kat Sg Wang. Keje kat Sg Wang boleh lah gi beli kat sana. Bila tranfer balik ke HQ, bye-bye lah kat product tu. Tiba-tiba je stop. Sebelum tu ada beli kat salon kawan beli satu pakej. Pakai pun tak lama tukar lagi. Last-last kalu nak tahu sekarang pakai Syahirah atau Safi. Barang-barang keperluan wanita seperti toner ke, cream pencerah ke atau compact powder semua yang di beli kat Watson atau Guardian. Wokeh lah nak stop dulu citer pasal product nie. Kita sambung berciter esok pulak. Hari ini kat opis BZ ler. Maklumlah actual closing sudah last friday, jadi monthly report pun banyak nak send to management. Pulak tu ada candidate tiga orang yang datang interview. Takat nie ketiga-tiga tu boss kecik kata not suitable. Hmmm ok boss, call yang lain pula... Esok hari merdeka puan zai kat opis. Boss besar dan boss kecik tak masuk opis. Mereka menyertai boss-boss dan staff-staff lain yang jadi comitte untuk big dinner kat Genting selama tiga hari beb. Yahooooooo....
PuAn zAi.... yang amat seronok...

Monday, April 25, 2011

Ucapan dan Doa buat ku...

[Selamat hari jadi ibu dari Apak] [Kong si kong si kong sini.. eh silap plak.hepi bday to u. Yeah yeah ce tiup lilin tu. I lep u dari Emma] [Hepi bday-ada music-dari Fiza] [Happy birthday & happy always from Kakyus] [Wishing u a day filled with laughter & fun, moga tabah hadapi dugaan hidup, take care & ceria selalu luv u from KakRose] [Selamat hari lahir, murah rezeki melimpah ruah, idea entry mencurah-curah sihat sokma diberkatiNya dan di rahmatiNya dari Rohaya] [Happy birthday from Zila] Happy birthday kakzai semoga tabah hadapi apa pun halangan hidup dgn tenang & gembira selalu disamping anak-anak. Sy sentiasa ada sama-sama dgn kakzai susah senang kita sam-sama ok… sayang kakzai dari Atun] [Aku tak kira aku nak wish jugak sbb aku nak tido kul 12. Happy birthday kepada kawan dunia akhiratku. Ku doakan ko panjang umur, sihat, happy, bahagia dunia akhirat, dilimpahi rezeki & dirahmati Allah. Apa pun dugaan hidup ini pls be strong & redha, I lap U dari Rozie] [Happy birthday Girl dari Alang] [Happy birthday from Kakgee] [Hi Zai happy birthday from Thien] I want wish u hupy bufday. I hope this year u very very happy and panjang umur & dimurahkan rezeki. Jangan kedekut dan selalu lagi belanja org ok tingkat prestasi & jauhkan kontroversi hehehe dari Linda] [As salam zai, eppy besday to u. May Allah will always bless u from Kakliza] [Hepy birthday aunty zai from Fafa] [Happy birthday from Shafinaz] [Happy birthday zai – Suzanne] [Selamat hari jadi zai – Kakbet] [Org tua epy bday!!! Tua sgt dah nie!!! Dari Indramayu] [salam Kakzai happy besday n semoga murah rezeki sentiasa luv u from Mashuri] [Happy birthday Kakzai dari Erin] [Happy birthday fwen! Dari Yana] [Kakzai selamat hari jadi dari Mai] [Happy birthday zai semuga dimurahkan rezeki n dipngkan umur] [Happy bday semoga panjang usia serta dimurahkan rezeki aminnn dari hasliana] [Happy bday kakzai semoga murah rezeki dan ceria selalu dari Wani] [Selamat ari lahir ceria2 selalu] [Happy birthday Zai. Semoga apa yg didoakan akan dimakbulNya dan dipermudahkan segala perjalanan di duniawi & diberkato di akhirat kelak. Amin dari Kak Zizah] [Hepy besday may god bless u muahhh from Iera] [Selamat ari lahir kakzai from Aliff] [Hepi bday fren from Malia] [Happy birthday zai from Farah] [ Heppy besday kakzai moga ceria selalu from Ct] [Happy birthday Zai may all ur wishes come true from Kay] [Allah selamatkan kaklong from Ron] [Happy bsday kakzai from Ruzi] [Eppy besday my dear fren hope u success in carear n marriage from Atica] [Happy besday zai moga panjang umur dimurahkan rezeki dan semua yg terbaek ya from Norul]

Sempena hari lahir ibu ini pada hari ini 25 April bersamaan hari isnin, ini lah ucapan-ucapan yang ibu ini terima semenjak dari awal pagi tadi hingga sekarang. Sungguh terharu bila semua orang termasuk saudara dan sahabat-sahabat mengingati diri ini. Terima kasih semua di atas doa-doamu.
 Lunch provided sepenuhnya oleh dua orang sahabat ini. Ini baru part 1 tau... cewah lunch provided pun ada part-part kah? hehehe... lalalalalalalalaaaaaa..........
 Makan kat Kenny R...
 Makan muffin pas makan...
 Adik dan kakak buka hadiah dari sahabat-sahabat ibu-Fiza, Emma, KakRose & KakPah. Tak sabar nak tau apa isi dalam.
 Wahhh toast roti. Adik dan kakak suka sesangat. Terus adik minta roti bakar sapu dengan jem. hehe...
Terima kasih atas ucapan dan doa dari anda semua. Doa untuk ibu ini amat-amat di hargai dan semuga apa yang puan zai hajati di makbulkan dan segala urusan dipermudahkan. InsyaAllah....
PuaN zAi... yang bersyukur...
   

Sunday, April 24, 2011

Jom ke Pesta Buku...

Assalamualaikum. Salam hari ahad. Hari ini bawa anak-anak ke Pesta Buku di PWTC. Keluar awal untuk ke sana kerana agak mesti ramai yang berpusu ari minggu nie. Hmmm keluar awal pun pengunjung emang ramai dah macam ulat gayanya. Tapi OK lah seronok. Anak-anak pun seronok. Lebih-lebih si kakak. Kakak kata nak cari buku cerita. Dalam tiga buku. Kononnya kena bercerita di atas stage sekolah. Ye ke kakak? Ke dalam kelas jer? Tak pa la puan zai lebih suka kalau anak-anak memilih buku dari memilih mainan.  Bukan sahaja tiga buku malah lebih dari itu kakak beli.  Tak apa lah asalkan beli buku bukan mainan. Macam tu lah kalu gi Tesco tiap bulan, selalunya puan zai akan beri dua pilihan pada anak-anak jika dorang nak sangat mainan. Baik ambil buku atau alat tulis dari nak beli mainan yang ntah apa-apa. Bukan tak bole beli langsung, tengok lah keadaan asyik nak beli mainan pun tak elok jugak.
 My bushuk masham ber-pic dulu.
 Sebelum berjalan kena isi minyak dulu. Breakfast kat Kyros kebab di The Mall ataupun dolu-dolu di kenali dgn nama Yoahan. Kakak nak makan sandwish beef dan air ribena.
 Sebelum gerak ke PWTC tu, kat ground floor The Mall pun ada jual buku-buku. Singgah kejap kakak pilih buku cerita mini serta pensil kaler. Tu adik pun sibuk nak pilih jugak.
Masa ini dah masuk ke PWTC. Tempat singgahan pertama adalah di KarangKraf. Kat sini lah kakak dah rambang mata. Tak tau nak amek apa. Rasanya kalu free mau kakak amek semua buku. Adik tiada reaksi. Mungkin penin ramai orang. Kebanyakan masa adik nak dukung, bila dukung adik, adik boleh nampak semua manusia di situ.
 Haaaa anak-anak sedang memandang kawan puan zai yang turut serta hari ini. Kawan nie sedang membawa sebakul novel. Wahhhh adalah dalam 10+++ jenis novel. Hehehe tadi sebelum datang sini kata nak belanja RM50 je. Ini dah sebakul novel. Maklumlah murah, beli 4 dgn harga RM60+++.
 Belek jangan tak belek kakak. Kakak sedang membelek buku bertajuk "Ibu, ceritalah lagi".
 Stop kat ice-cream booth. Adik dah mula jeling kat ice-cream drumstick tuuu....
 Menikmati ice-cream. Dapat belon Fargoes untuk adik. Masa untuk rehatkan kaki kejap. Dah letih. Dan haus.
 Permandangan dari atas. Belakang stage. Fuhhh ramai orang beb. Sambil dengar lagu Ana Muslim. Anak-anak ikut nyanyi.
 Dah penat jenjalan, patah balik ke The Mall. Lapar pulak. Anak-anak nak pizza.
 Tengok adik tu iye-iye nak potong pizza, macam terer je dik...
 OK, inilah yang di borong oleh anak-anak. Beli satu beg Pesta buku PWTC dengan harga RM5 kaler pink cantik. Yelah berat nak pikul buku-buku kena lah beli beg jugak.
 Haaaaa hehehe malu nak cakap. Yang ini si ibu punya. Masa sekolah dulu si ibu suka beli buku penyiasatan HADI keluaran Fargoes.. Emang minat sesangat masa dulu. Juga suka pada siri penyiasatan SALMA. Dua-dua buku bersiri ini kalau boleh nak simpan buat kenangan. Banyak tau siri buku ini. Sampai 40+++ siri. Kali ini si ibu ini beli untuk si kakak baca, nampaknya tadi kakak kata kat ibu kakak pun suka.
 Hmmm emang ada niat nak beli buku ini, tadi kat pesta RM90. Tak beli pun sekadar tengok dan amek gambar sebagai kenangan. Si kawan pulak yang beli. Kami tadi berpusing-pusing cari booth MPH nak cari buku nie. Dengarnya semalam Tun Mahathir ada datang. Takde rezeki nak jumpa Tun sebab kami datang arini. Teringat masa puan zai bujang dulu masa puan zai kat 1st company di Lot10, puan zai suka tengok Tun datang makan. Dan Tun suka tapau ayam madu untuk di bawa balik.

Selepas je selesai membeli buku dan lunch kami pun bergerak balik ke rumah. Sesampai di rumah ujan turun selebat-lebatnya. Dapat jugak melenakan diri dengan anak-anak. Siang gi Pesta Buku, malam pula gi Tesco Menjalara untuk beli keperluan dapur dan barang kering. Semasa menaip nie adik dah tido. Letih sangat adik tu. Tapi mula tadi kakak sedang membaca dengan kuat. Tiba-tiba rasa sunyi oh rupanya kakak pun dah terlena di sisi adik. Penat anak-anak ibu ye. Tidur lah dah malam pun. Sekian. Wassalam.
PuAn zAi... yang seronok dengan anak-anak.

Saturday, April 23, 2011

Jom social kat Sg Wang...

Assalamualaikum semua. Selamat berhari sabtu. Pagi-pagi anak-anak puan zai bangun pagi dengan gembira dan riang. Almaklumlah malam tadi dah kata kat dorang nak gi jenjalan. Setelah siap mandi, terus gerak ke Sg Wang dengan naik monorel. Sorang kawan dah tunggu kat sana jam 9.30am. Sorang lagi dari KLCC. Kami janji nak jumpa bertiga jam 10.30am. Puan zai memang nak keluar awal elak jam. Tak lah jam sangat pun hari ini - suam-suam kuku jer. Mulanya piker kalu gi Sogo pun OK gak. Tapi piker-piker nie nak gi social dengan ex-colleagues masa sama-sama keje dalam satu department dulu, terus je plan ke Sg Wang. Dulu sebelum puan zai tranfer balik ke HQ, ini lah ex-colleagues puan zai. Sg Wang emang tempat kami lepak dan tempat kami berkerja. Kenangan di sini bermula untuk kami. Teringat dulu-dulu seronok masa keje kat Sg Wang dulu. Walaupun keje syif tapi yang seronoknya kat sini takde boss. Boss besar kat HQ. So takde le nak keje dalam stress sangat. Yang stress tu biasa lah bila nak hadap customer yang bermacam ragam dan soalan. Namapun keje counter @ customer service semua itu memang dah dalam list dah.

Sesampai je Sg Wang jam 9.45am terus singgah Maybank nak bayo ansuran kete. Pehtu terus gerak ke post office setel kan bil-bil semasa. Tergelak puan zai and PO staff tu sebabnya bill boandband puan zai print dari email opis dalam 1 keping A4 dan 4 in 1. So nampak le kecik bil tu. Staff dok gelak sebab katanya cute je bil puan zai. Yelah kalau selalunya satu page satu bil. Ini kesemua 4 page 's dalam 1 A4 paper. Dah setel bil terus jalan ke tempat makan. Hajat nak gi Teppanyaki (tempat makan-makan dulu) untuk pekena Snow ball ia alah macam ABC jugak lah tapi yang kat Teppanyaki nie emang special, tu kadang buleh termimpi nak pekena snow ball nie. Tapi dukacita masa kami nak masuk staff restoran tu kata open 11.30 walhal jam kat tangan baru 11am. Pe lagi terus keluar gi cari tempat lagi. Tak tahan dah perut dah lapo nie. Dulu kalu keje kat Sg Wang, suka sangat gi Serambi cafe. Macam-macam lauk-pauk yang sedap. Dah lama tak ke sini rupanya Serambi cafe dah tak de. Tak pasti dah tutup atau dah pindah. Pengantinya ialah Zieta Cafe. Sebabkan tak penah datang, kaki ini melangkah laju je dan order sambil perut berkeroncong lapar.
 Senyum budak dua orang ini.
Lapo nie. Kaum wanita dewasa belom breakfast kat rumah kecuali itu budak dua orang yang dah breakfast kat rumah tadi.
 Sedapnya nasi lemak.
 Pekena kuew tiaw soup panas-panas.
 Nyum nyum ini menu puan zai. Mehon kari dengan nescafe ais.
 Kuew tiaw soup dengan cili potong dan ice lemon tea.
 Nasi lemak dan nescafe o ais.
 Haaaa yang ini si kakak order. Pelik je puan zai tengok. Bahagian bawah ada nasi, di atas cheese dan sos. Ala macam pizza tu cuma tukar ke nasi je. Takut jugak kang kakak tak makan bila dia iye-iye benar nak menu nie jugak. Nama menu ini cheese baked with rice & chicken chop. Perghhhh nama pun hebat. Tapi memang betul kakak tak abes makan. Jadi siapa yang kena perabis kan? Haaaa jawap je lah sendiri. kuikui...
 Habes je makan dan isi perut, memasing 'menjalan' diri. Sahabat puan zai nak beli jam dan tengok tu kakak pun sibuk nak belek-belek jam. Dalam pada tu kakak pun nak... uiiisssshhhh mahal lah kakak RM100+++ uiiii. Alah kan ibu dah beli jam RM20 kat JJ, ok lah tu asal ada jam.
 Masa ini si adik dan si kakak dok berburak sesama sendiri. Memasing excited tengok skuter tu. Bahagian bawah ada koleksi motor-motor dan kereta kecil koleksi dari tuan kedai.
 Penat dah berjalan pusing-pusing. Kalau bawa si adik tu emang lah kadang-kadang dia minta dukung. Letih la puan zai nak dukung aduhhh... Last-last, tu nampak tu acik pulak yang dukung adik. Ngada-ngada kannn...
Last sekali. Pose reramai. Lain kali jumpa lagi. Kita moh jalan lagi ye. Seronok. Nanti jumpa lagi ye acik Emma dan acik Fiza. Muahhhh... sayang korang....
Puan Zai... yang rindu...