Wednesday, April 13, 2011

Open table : Adik beradik jer

Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca blog puan zai nie. Dah lama rasanya tak makan reramai dengan adik beradik. Hari ni kami reramai gi makan kat Jusco, Kepong. Dekat je kat umah. Alahai... adik beradik puan zai ada 4 orang aje. Campur anak puan zai sendiri ada 2 orang nie dan campur 2 orang anak adik pompuan dah jadi 4 orang. Dua cucu pompuan dan dua cucu lelaki = 4 orang cucu bagi abah dan mak puan zai nie dah cukup dah bagi mereka. Cukup lah dengan keletah dan riuh kebisingan cucu-cucu 4 orang nie. Lain lah kalau ada penambahan. Bagi puan zai cukup lah dua orang jika dah dapat sepasang. Yang penting dapat sekolahkan mereka dan hidup seadanya. Expenses dunia sekarang pun tinggi. Semuanya tu dah tercatat rezeki memasing kan? Tak apa dapat makan nie pun rezeki anak-anak juga. Fuhhh tak payah ler piker duit memalam nie pening hehehe. Jom lah tengok pic yang masih guna HP buruk nie...
 Ber-pic dua beradik dulu sebelum menu sampai.
Kakak with anak buah puan zai-Aleeya Nabilah, 6 tahun. Aleeya nie tak bole nampak camera mesti nak pose dan suka bergaya sakan depan camera.

 Ini adik pompuan no 2 dan adik lelaki no 3. Adik lelaki nie lah harapan famili... ibarat lilin... wah gituuu...
 Adik pompuan puan zai dan anak bujang dia yang sulong Amirul Hamiqie, 7 tahun.
 Puan zai busy nak amek kan adik nasi goreng pineapple tu.
 Menu of the day...
Nyum nyum.... sruppp...
 Ada steambot, nasi goreng dan mee. Adik tu sedang tenung menu... hai bila nak makan tu. Tak pa amek pic dulu ye hehe.
 Haaaa nie yang best part dessert. Ada macam-macam, pilih je mana yang nak.
 Time main games pulak pas kekenyangan.
 Main sampai penat.
 Selepas penat makan dan penat bermain, kami singgah supermarket teman adik pompuan puan zai beli barang dapur. Sebelum beredar ke parking anak-anak memasing nak keropok lekor. Emang biasa lah tu kalu gi mana-mana dan ternampak je keropok lekor tu mesti nak beli, RM2 satu bekas. Fuhhh hari ini penat emang penat. Anak punya pasal tak apa lah. Rezeki. Sekian lah untuk hari ini ye. Semoga dapat berjumpa esok hari.
Wassalam.
PUaN zAi... yang penattt...


p.s-Nak blogwalking pasni...


2 comments:

Puanbee2 said...

muka puanzai dgn adik sama lah hee

Jendela Hati said...

serupe?hehe satu acuan ler...