Monday, April 11, 2011

Pulasan di pulas

Assalamualaikum...
Tak de citer cuma nak bagitau pulasan dah sedia untuk di pulas. Maksudnya dah sampai masa untuk di petik. Petik aje sebab pohonnya yang rendang. Petang tadi suami kepada kawan tempat berkeje ada datang umah puan zai amek pulasan yang dia order. 3kilo RM10. Umah dia pun berdekatan umah puan zai, jadi suami dia datang amek. Untuk kawan kat opis yang sorang lak nie, puan zai akan bawa sendiri ke opis. Dia pun order 3kilo jugak. Seperti biasa bila timbang abah akan lebihkan sekilo. Jadi untuk hari ini dapat lah duit poket abah sikit. Kesian jugak tengok abah dok petik pulasan time tu renyai, dah petang pun masa tu. Tapi nak buat camner itu yang dia suka buat kat umah sampai kan inhaler ada di bibir dia masa menimbang pulasan. Semalam ada kawan nak beli ayam kampung tapi abah kata takde lagi untuk di jual. Kalau telo ayam kampung adalah tapi kena tunggu sebab sebelum nie ada jiran sebelah rumah dah order. Macam nie aktiviti abah setiap ari sejak tak berkeje. Dok umah buat keje kampung cucuk tanam bela ayam kampung.

Sekian.
Wassalam.
Puan Zai...terbaek dari ladang...

No comments: