Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013!


As-salam...

Hari ini hari terakhir kita di tahun 2012 kan... sob sob sob...

Lagi tinggal beberapa jam cuma untuk kita melangkah ke tahun 2013.

Bagi puan zai semoga datangnya 2013 ini memberi puan zai dan keluarga lebih rezeki dan disihatkan tubuh badan.

Banyak kenangan manis, pahit dan masam yang puan zai lalui. Tapi semuanya akan tersemat di ingatan selamanya buat pedoman hidup.

Kedua-dua anak-anak puan zai pun dah dan akan masuk ke alam persekolahan. Rasa excited seorang ibu memang tak dapat di bendung lagi. Seronoknya tak dapat di gambarkan. Macam ibu pula yang nak ke sekolah.

Hari ini management beri kami 'hadiah' sempena hadirnya tahun baru esok. Jam 3.10pm tadi management mengwar-warkan yang kami wargakerja di sini boleh pulang awal iaitu pada jam 4pm.

Wah... bukan main seronok lagi hehehe... ingatkan jalan tak jem kalau balik awal tapi tahu saja la KL nie, jalan dah start jem dari depan istana lama tu sampai la ke rumah.

Apa-apa pun puan zai berdoa untuk semua termasuk yang membaca blog puan zai nie semuga apa yang anda hajati dan apa yang anda ingin lakukan dan laksanakan pada tahun 2013 akan tercapai ye... In Shaa Allah...

Terima kasih buat anda semua yang sudi membaca blog puan zai selama nie. Jasa mu di kenang.

Selamat Tahun Baru buat semua!

Ini gambar iklan je.
Saja nak tepek kat sini.
Alang-alang dah balik awal,
apa lagi buat lempeng kelapa cicah sambal sadin.
Makan ujan-ujan nie pun sodap.
 
Jumpa tahun depan ye! Tata...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PUAN ZAI @ JH...
 
p.s malam nie anak-anak tak mau tido awal sbb nak tengok bunga api kat Mont Kiara pandangan dari rumah.
 
 
 


 

Saturday, December 29, 2012

Dari Kami...


Anak-anak tanya kat Apak...
Apak nak hadiah apa?
Birthday Apak jatuh pada bulan 11/12/12.
Apak kata kalau nak beli, belikan buku aje.
Jadi, puan zai dan kakak ke kedai buku dan mencari.

Happy Birthday Apak!
Dari KaMi...

p.s Apak kata dah tua laa dah 39 tahun hehe...

PUAN ZAI @ JH...

    

Novel: Saat Mata Berbicara ~ Dyza Ainun


NKB: Novel Ku Baca

SAAT MATA BERBICARA
[Karya: Dyna Ainun]

Jija, bersuami Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar.

Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya.

Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya.

Kemunculan Qhalisya, seorang tomboy menggetus hati Zharul kerana terlalu banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija.

Siapakah Qhalisya sebenarnya?

"Ayah terpaksa nikahkan Jija dengan Zharul, agar terselamat daripada fitnah orang kampung. Lagipun, senanglah sikit Jija nak uruskan Zharul. Dah sah sebagai suami isteri." ~ Pak Akob

"Jija, abang takkan jadi suami yang sempurna buat seorang isteri. Maafkan abang." ~ Zharul

"Encik Zharul, Lisya hadiahkan Puteri kepada encik. Peliharalah dia dengan kasih sayang yang secukupnya. Puteri adalah nyawa Lisya. Ertinya Lisya dah serahkan nyawa Lisya sendiri kepada encik." ~ Lisya

Terkadang bibir sukar untuk meluahkan bicara. Namun, mata mampu menghuraikan sejuta makna. Saat mata berbicara, terkadang hati turut bersuara. Anehnya suara hati sering terlindung di sebalik kebisuannya. Lalu kulahirkan bicara mata ini dalam "SAAT MATA BERBICARA" agar membetik rasa di kamar hati setiap penghayatnya. ~ DYNA AINUN

Komen JH:
Memang sesuai la tajuk dan isinya. Bersuara melalui mata dan hati yang bisu. Bagi pembaca, tak banyak yang pembaca dapat cungkil apa yang pembaca nak tahu di akhir cerita.

Geram juga bila kenangkan watak Jija atau Lisya yang banyak diam dan berahsia dari tengah-tengah muka surat hingga huruf-huruf terakhir pembacaan. Kasihan dengan watak utama iaitu Zharul. Jiwanya cukup kental dan sabar dengan pelbagai dugaan dan teka teki.

Apa-apa pun pembaca sangat enjoy, sangat suka dengan penulis yang olah suasana kampung Jija dan ianya membuat pembaca berjaya menghabiskan pembacaan dengan sedikit keluhan di penghujung cerita ini. Kenapa keluhan? Anda jua harus membacanya.

Terima kasih.

Next Novel: Dan Sebenarnya Cinta... Syafa' Ikhawan...

Puan Zai @ JH

 

 

Friday, December 28, 2012

Orientasi Tahun Satu


As-salam...

Apa khabar semua sahabat di alam maya? Lama tak update blog kan? Tetiba arini nak cerita pasal si adik. Sebenarnya ada macam-macam nak post nie tapi perlahan-lahan ye.

Pagi tadi jam 8pagi di sekolah berlangsungnya Hari Pendaftaran Tahun Satu, iaitu hari orientasi dan hari menjelaskan pembayaran Persekolahan seisi 2013.

Selain tu, hari mengambil buku teks si kakak. Balik dari sekolah tadi puan zai tetiba rasa nak demam... hmmm sapa lah yg sekolah nie, anak-anak ke atau puan zai???

Dalam pada rasa lega sebab semua yuran dah di bayar dan buku semua dah dibeli. Cuma pending untuk bayaran PIBG di mana selepas meeting baru ibubapa boleh membuat pembayaran. Banyak pakai $$$$$ anak-anak sekolah nie kannn...

 Semangat waja bangun pagi tadi.
Semoga adik ok masuk sekolah minggu depan.
Risau pun ada nie tak moh la adik buat hal masa umur 5 tahun tu, masuk sekolah menangis selama 8 hari berturut tak mau ke tadika.
 

 Sebelum ke sekolah, isi perut dulu dengan roti bakar.
 
 Selepas mendengar taklimat dari guru besar dan cikgu-cikgu, terus ibubapa nak ke kelas untuk mengisi borang dan lain-lain serta membuat pembayaran.

Minggu depan semua dah start bz macam biasa. Seisi sauna akan berganda semula seperti biasa. Selalunya bersauna dengan baju kerja tentulah akan berganda dgn baju-baju sekolah pula.

Apa perasaan anda bila anak baru masuk sekolah? Kalu puanzai sendiri mmg lah terover excited. Rasanya ibu lagi excited berbanding anak itu sendiri...huhu...

PUAN ZAI ~ JENDELA HATI

p.s excited tetap excited hehehe...

   

 

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia


As-salam...

Selamat Hari Malaysia buat semua...

Pejam celik pejam celik, sudah tamat hari raya... Lama rasanya puan zai tak post apa-apa sekadar sempat jenguk blog kengkawan.

Hari nie nak post gambar raya di rumah kawan di Ulu langat. Adalah beberapa orang kawan yang datang. Selain tu saudara mara dia.

On the way nak balik rumah, sempat singgah beli lemang dan rendang.

 Mami Erin, Mama Atun, Puan Zai dan mak.

 Menu: Nasi Lemak dan nasi impit.



 Mak dan Ira.


 Lemang RM7 sebatang dan rendang RM5.

Puan Zai...



 

Monday, September 10, 2012

Terbaek dari ladang...



Friday, September 7, 2012

Minum petang


As-salam...

Lama benar rasanya tak pekena tosai...
 



Puan Zai @ JH...


Thursday, September 6, 2012

Raya lagi?


As-salam...

Masih bulan raya kan? Jadi, gambar raya jugak la yang nak di tayang nie hehe.

Lunch tadi kengkawan opis mai umah. Sempat lah kengkawan beraya dalam masa 1 jam break [walaupun kiranya masuk lewat balik ke opis dalam masa 15 minit].


 
Ada jugak yang bertanya buat open house ke? Ish idok ler. Sapa-sapa nak beraya... mai aje umah, ada rezeki memasing dapat la makan nasik kat umah puan zai hehe....

Puan Zai @ JH...

 
 

Sunday, September 2, 2012

Salam Petang Ahad...


As-salam...

Dah abes cuti tiga hari kan. Esok dah mula masuk keje balik.

Keje, keje dan keje... huhu...

Petang nie ikut anak-anak gi taman. Selalunya setiap petang puan zai malas nak ikut, dok umah layan keje rumah.

Dan malam nie ada jemputan birthday party. Lepas isyak baru pegi la, sekarang dok santai-santai dulu.

 Baru nak start main badminton, shuttle tersangkut kat pokok.
Kena baling dengan selipar adik yang berat tu.

 Bermula episod bermain di taman.
Puan zai sebagai penonton.
Dapat main badminton sekejap keluar peluh.
Pastu surrender, 'semput' kejap.










Jumpa lagi esok... tata...

Puan Zai @ JH...


Saturday, September 1, 2012

Raya, raya...


As-salam...

Tiga hari bercuti nie emang plan dok umah aje. Semalam dan hari ini ramai tetamu yang datang beraya.

Semalam kengkawan puan zai ada datang beraya ke rumah, sebelah malam pula kami lari sekejap ke rumah makngah di Taman Keramat. Ada jamuan makan dan birthday cucu sulung makngah puan zai.

Siang tadi pun bakal besan mak datang. Kemungkinan besar esok juga dok rumah lagipun biasa la seisi bersauna adalah hari esok. Bukan sauna aje menunggu, kain baju pun berbakul untuk di kerjakan masuk lemari [fenin].

 Sahabat baek - blogger Azrey Rozie Eiman [all we want is FREEDOM].
Balik beraya di Malaysia.

 Thanks Rozie... buah tangan dari Qatar...

 Adik dan Dideep.

Mama Rose, Erran, Qis dan Mama Erin.
Ilman birthdayboy...
 Bakal adik ipar, Ira.

Bulan syawal nie emang biasanya sambutannya sebulan. Maksudnya selama sebulan nie rumah memang ramai yang datang berkunjung.

Biasanya hari pertama raya semua hidangan tu menu raya seperti nasi impit dan rendang. Selain tu ada kuah kacang, masak lodeh, serunding kelapa dan daging dendeng.

Hari kedua dan seterusnya sehinggalah akhir syawal, kami dah mula hidangkan nasi puteh untuk tetamu. Lauk pauk pun bergantung pada plan apa yang nak di masak di dalam kepala mak dan puan zai.

Jadi, bila weekend biasanya kami akan masak lebih dari biasa jika ada saudara mara yang tetiba datang menyerbu hehe...

Sekian, juma lagi... tata...


Puan Zai @ JH...


Ahmad Khuza'ee ~ Dahulu & Sekarang...


As-salam...


Dahulu...
 
 Sekarang...

 Dahulu... umur 1 tahun...

Sekarang... umur 6 tahun...
 
Puan Zai @ JH...

 

Wednesday, August 29, 2012

Funfair


As-salam...

Hari ni nak post gambar anak-anak yang seronok gi funfair kat kampung aritu... perabih dalam RM15 punya token seorang...huhu...

Funfair nie dibuka pada malam raya aritu, memang nak perabihkan duit raya bebudak lah tu kan...











Sekian...

Puan Zai @ JH...