Saturday, December 31, 2011

Makan-makan birthday Arayyan...

Hari ini hari terakhir kita di tahun 2011. Esok menjelma jua tahun baru 2012.

Rata-rata ramai yang ada agenda sendiri. Ada yang nak tengok bunga api dan ada yang nak buat BBQ sempena tahun baru.

Malam ini puan zai tak ada apa-apa agenda. Agenda nak tengok MasterChef Malaysia aje di rumah.

Penat jua sebab petang tadi dah menghadirkan diri di majlis birthday anak lelaki sahabat puan zai yang baru mencecah umur satu tahun.

Seronok kan... tengok anak-anak kecil yang semakin membesar di depan mata.

Seronok juga melihat keletah anak-anak sahabat yang lain.

Kalau budak-budak seronok dapat pelbagai jenis ole-ole dan goody bag, orang dewasa tentunya seronok dapat menjamu selera...

 Puan zai bersama anak-anak...

 Bergambar bersama rakan sekerja yang hadir meraikan majlis birthday Arayyan.

 Masing-masing dah ada 'beg tangan' kan...hehe
Anak-anak penyeri suasana...

 Happy birthday Rayyan...
Celebrate 1st birthday...

 Pelbagai jenis hidangan...
Ada nasi lemak (pergh sambal dia memang sedap, air tangan mama Rayyan).
Soto ayam... sedap jugak...
Pengat durian cicah dengan roti kosong.
Roti jala dan kari daging.
Mee goreng.
Sosej dan nugget.
Kueh serimuka.
Pisang.
Air siren (sirap+oren)

 Birthday boy punya hadiah.
Beli t-shirt kiko kaler ijau.

 Makan time.
Kakak cuma makan mee goreng dan nugget tapi dua kali tambah.
Adik makan mee goreng dan nasi lemak kosong tanpa sambal.
Ibu diaorang nie semua menu dapat rasa hehe...
Semua menu dari tuan rumah sungguh sedap... termasuk air siren dia yang sejuk...
Lega tekak time cuaca terik.

 Desert dia ialah eskrim pelbagai jenis untuk anak-anak dan semua tetamu.

 Tuan rumah sedang sibuk cheklist menu-menu.

 Kakak yang kenyang.

Adik dengan muka ngantuk tu... balik jom balik...

Terima kasih buat Erin sekeluarga yang menjemput puan zai bertandang ke rumahnya petang tadi.

Sungguh, memang kenyang dan semua hidangan pun sedap-sedap belaka...

Happy birthday untuk baby Rayyan... seronok dia dapat motor besar... boleh tengok bunga api malam karang ye Rayyan...

Ok... apa aktiviti anda semua malam ini dan esok di tahun baru?

Semoga semua berbahagia hendaknya... tata...

Puan Zai @ JH...


Osbon Juara Maharaja Lawak Mega





Tahniah buat kumpulan Osbon yang telah memenangi tempat pertama dalam Maharaja Lawak Mega malam tadi.




Osbon yang di anggotai oleh Mr Os dan Abon juga membawa pulang wang tunai berjumlah RM350K berserta trofi.


Persembahan mereka malam tadi telah buat perut puan zai kejang dek penangan lawak mereka yang bersahaja.


Persaingan memang sengit antara Osbon dan kumpulan Boboi tetapi kelebihan terserlah pada kumpulan Osbon.


Sejak dari awal MLM nie puan zai suka pada mereka yang senantiasa ada aje lawa-lawak yang Osbon tambilkan. Abon yang mahir berpantun di atas pentas pun puan zai suka... ada je pantun yang terlintas di kepalanya.






Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM250K berserta trofi. Datin Maimun oh Datin Maimun yang merindui si abang Ombak Rindu hehe






Manakala tempat ketiga mendapat wang tunai RM150K dan trofi ini di menangi oleh kumpulan dari Indonesia Saehu yang di anggotai oleh Eko, Boncil dan Fika.






Dan tempat ke empat pula ialah kumpulan dari Malaysia dan Singapura telah memenangi wang tunai RM50K dan trofi ini dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi dan Arif.


Penampilan istimewa juri jemputan malam tadi buatkan semua penonton dan peserta sedikit teruja bila melihat abang Ombak Rindu iaitu Aaron Aziz duduk kerusi keempat juri. Seperti biasa juri tetap ialah Dato' Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Dato' CT di samping Dato' AC sebagai pengacara.


Dah tamat sudah Maharaja Lawak Mega malam tadi, akan di susuli dengan Rajalawak musim ke 6 bulan Januari 2012 nanti.


Dah lama tak tengok kemunculan Jozan dalam RJ... tentu lagi mengamatkan... Pakej Astro Warna ini nampaknya tak cancel lah kot sebab RJ6 dah menanti.



PROFIL PELAWAK - OSBON
  • Mr. Os
  • :Mohd Yusof Bin Abdul Hamid
  • Perak
  • 50 tahun
  • Pingat Pekerti Terpilih (PPT) oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzwan, FFM – Pelakon Komedi Terbaik (Ghazal Untuk Rabiah)
  • Pelakon & Penghibur
  • Abon
  • Sharizan Bin Ahmad
  • Melaka
  • 51 tahun
  • Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2006
  • Pelakon & Penghibur



Sekian dari Puan zai @ JH... tata...

Friday, December 30, 2011

Mee kari dan limau ais... medan selera Chow Kit...


Fuhhh... selesai satu perkara... dapat beli apa yang patut kat UO Superstore, Chowkit.

Dari UO terus singgah medan selera yang bersebelahan dengan Kedai Hari-hari tu.

Memang tak sah singgah kat medan selera ni kalu dah ke sini.

Anak-anak pun memang dah komplen lapar.

Jadi, penuh kan perut masing-masing sebelum pulang ke rumah...

 Ibu order mee kari dan limau ais.
Dua menu nie menu tetap makan kat sini.
Limau ais dia mengancam... pekat dan sedap.

 Adik asyik kata lapar-lapar.
Bila kata nak tapau dia taknak, nak makan sini jugak.

 Kakak order laici ais.
Tempat makan nie dah upgrade sikit.
Patut la tak lama dulu puan zai tengok tutup.
Rupanya renovation.
Lantai dah cantek pasang tiles.
Atap pulak dah tinggi, jadi kalau makan lunch kat sini tak la panas membahang sangat.

 Bagi zoom sikit...

 Limau ais dan laici ais... untuk air air masak dari rumah.

 Mee goreng...

 Tengok apa tu dik?

 Adik lapo... sampai licin pinggan tu.

 Dah penat membeli, berbeg-beg di bawa pulang...

Sebelum balik, sempat tapau mee kari untuk mak.
Semuanya dalam RM15.50.
RM15.50 untuk 2 mee kari, 1 mee goreng, air limau ais dan laici ais... ok tak?
Pehtu ABC tapau kedai depan satu ABC RM2.50.
Yang puan zai tahu, pakcik ABC nie kawan lama mak...
mak masa dolu-dolu dari kecik memang dah biasa makan kat sini...

OK lah pren... nak kena beransur kejap. Nak buat kueh bakar... ntah jadi ntah tidak...

Tata... to be continue...

Puan Zai @ JH...


Timeless Penang...

Hajat di hati semalam masa lunch nak gi cari barang kat Times Square. Barang tak dapat. Makan aje yang dapat. Kalau dah gi reramai tu selalu akan berlainan rasa tekak untuk makan tapi kami OK je... sekepala nak pekena honeydew buble nie... sedappp... emang peberet kami pun kalu gi Timeless Penang, Times Square.

 Sruppp.. sruppp... eh kenapa sedut-sedut tak banyak buble dia...
Terus panggil waiter 'Dik boleh tambah buble tak...' kui kui kui...

 Puan atun dan puan zai...

 Puan aini dan puan zila...

 Yang ini puan zai punya... nasi goreng kampung...
Perut lapo nak makan nasi tak moh mee-mee...

 Seafood noodle.

Dry seafood noodle.

OK, lah sekian untuk pagi ini... arini puan zai cuti... last cuti pada tahun 2011... cuti nie ingat dah gi Chowkit pagi nie... Semalam apak, kakak dan adik dah gi sekolah amek buku teks dan beli buku sekolah....

Turn ibu cuti nie nak cari tudung sekolah kakak... adik tak ikut sebab ibu tak larat nak bawa adik dan layan kerenahnya nanti... ok to be continue ya... tata...


Thursday, December 29, 2011

Ramai Kata Osbon Bakal Ikut Jejak Sepah


[Credit to Murai.com]


KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER 2011: Tinggal dua hari saja lagi, juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal diketahui. Apa yang pasti, ketika ini, setiap kumpulan sedang memerah otak untuk mengadakan persembahan mantap bagi melayakan diri mereka sebagai juara.


Bagaimanapun, belum pun empat finalis MLM yang terdiri daripada Osbon, Boboi, Saehu dan Syok menjejakan kaki ke pentas akhir, ada desas-desus mengatakan hanya kumpulan Osbon dan Boboi saja yang bakal menduduki takhta juara.


Malah, ada juga yang menyifatkan, kumpulan Osbon yang dianggotai Os dan Abon bakal memenangi program berkenaan dengan mengikuti jejak langkah kumpulan Sepah yang pernah dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak tidak lama dulu.


Dalam erti kata lain, pengikut setia MLM menganggap perjalanan persembahan Osbon dalam MLM sama seperti Sepah menerusi program pencarian pelawak terhebat.


Pun begitu, Os mewakili kumpulan Osbon mengatakan itu hanyalah pandangan ikhlas peminat setia program berkenaan. Malah, penyertaan mereka dalam program itu bukanlah hanya untuk menang semata-mata, tetapi lebih kepada mencari rezeki dan membuat comeback.


"Jika benar peminat melabelkan nasib kami akan sama seperti Sepah, kami bersyukur. Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga. Apa sekalipun, ia terserah kepada rezeki dan kami hanya mahu mempamerkan persembahan yang menghiburkan penonton dan mencapai piawaian program MLM," ujarnya.


Dalam pada itu, Os turut memberikan maklum balas tersendiri berhubung perancangannya seandainya wang kejuaraan bernilai RM350, 000 menjadi milik mereka.


"Setakat ini , kami tidak mempunyai sebarang perancangan. Pun begitu, jika benar ia menjadi milik kami, saya akan up grade teksi saya kepada lebih baik. Ini kerana, dengan teksi itulah saya mencari sesuap nasi untuk anak dan isteri," katanya.

Wednesday, December 28, 2011

Angin!

Balik keje tadi, dok sedap mengunyah kerepek pisang masin.

Beli kat opis setengah kilo dengan harga RM8.

Beli dengan kawan opis gak.

Sedap tu memang sedap... dok kusyuk mengunyah tak hengat dunia tu tiba-tiba ada suara lunak menegur...

"Ibu nanti ibu makan kerepek nanti ibu sakit sini..." Ingat si kakak pada ibu sambil tunjuk pada perut.

Yelah... memang ingat pun dulu makan kerepek tiba-tiba angin kacau bilau dalam perut sampai rasa nak kena masuk ICU pulak time tu.... angin tu punya sekat penafasan fuuuhhh baek punya...

Last-last si ibu tutup tupperware kerepek sambil buat muka sebal kat si kakak... isk isk isk....


Puan zai @ JH...

Tuesday, December 27, 2011

Restoran Nelayan Titiwangsa...

OK... As-salam buat semua kengkawan...

Citer hari ini tak lain citer makan. Makan besar kat Restoran Nelayan Titiwangsa...


Lama lah jugak hajat nak gi Nelayan nie... masa bulan puasa yang lepas ada gak gi reramai buka puasa kat sana... tapi tak de rezeki. Masa call untuk buat reservation, staff Nelayan kata dah full... akhirnya ke Johnny Steamboat jugak akhirnya...

Kali ini main redah aje... abes je waktu pejabat terus ke sana... kami sampai awal dalam 5.45pm... Restoran buka dalam jam 6.30pm hingga jam 10pm kalau tak silap....

Jadi sambil tunggu siap, kami dok lepak-lepak dulu sambil borak-borak... Kalau nak tahu seorang kena bayar RM23.42 sahaja untuk buffet dan steamboat... Kenyang tu emang kenyang lor...

 Mak dara dok posing... pergh...

 Puan zai dan cik nurul.

 Puan zai dan puan atun.

 Besar juga tempat nie.
Tu la dok piker masa bulan puasa kami call tak dapat tempat sebab dah full...
Kalau dah full camner gamat lah suasana kat sini masa bulan Ramadhan kan?

 Lapo ker?

 Lapoooo....

Jeng jeng jeng....

 Staff restoran cakap air bandung puan zai order nie macam pucat...
Puan zai kata yelah tak sama macam dalam gambar..
(yelah tengok blog orang air bandung dia nampak best)..
Staff tu kata minumlah sikit rasa dulu.
Puan zai kata tak pe ok lah nie...
Dia sambung lagi kata rasa dulu kalau tak sedap dia tambahkan manis dan warna...
Puan zai sengih aje dan berkata tak apa kurang manis, jangan kurang ais...hehe...
(serius jgn kurang ais udah walau kurang manis... staff tu tak tahu yang puan zai nie hantu ais..)

 Yang ada dalam periuk tadi dah dok bawa ke pinggan....

 Yang ini lauk pauk campur... puan zai tak amek nasi, amek lauk aje...

 Pencuci mulut... best nya sebab tekak nie kata sedap sebab tak manis sangat terutama ubi nie...

 Ada pelbagai jenis sos dan buah-buahan.
(Pssttt... serius sos kat sini tak sesedap sos Johnny.. huhu ikhlas cakap nie..)

 Sayur tak banyak pilihan...
Puan zai hantu sayur...
Hantu sayur hanya dapat satu jenis sayur ini aje untuk steamboat...
Nak lebih sayur kena amek kat sayur nasi campur.
Kalau seafood pilih aje semua ada kecuali sotong... nape ek? Mahal ek?

 Haaaa... yang ini puan zai gemar... semua rasa...

 Sos cicah...

 Ada jua ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal...

 Dah kenyang... jom balik...
Bila dah makan sedap-sedap nie... teringat kat anak-anak kat rumah...
Bukan tak ingat...



Akhirnya...

Nama aje dok KL tapi ini lah pertama kali puan zai ke sini... ok lah berpatutan sangat dengan harga dan boleh makan macam-macam... RM 23.42 + air + service charge + goverment tax = adalah dalam RM30 seorang...

Teringat masa mudo-mudo dolu..kalau tang makan buffet nie boleh aje sumbat dalam tong nie... tapi bila umur dah meningkat sikit dari 'keremajaan' nie... tak boleh sangat masuk..ala kadar aje...

Seronok tengok kengkawan selera makan... best2...

Puan zai @ JH...