Wednesday, December 7, 2011

Novel: Resipi Hati ~ Iejay Zakaria


NKB: Novel Ku Baca



Resipi Hati
[Karya: Iejay Zakaria]

Resipi Hati ~ Cinta itu seperti masakan yang ada macam-macam rasa.

Ramai yang fikir cinta datang semula jadi.

Cukup kalau kita mencintai seseorang dan orang itu mencintai kita.

Ada pula orang rasa cinta memerlukan petua dan harus diikuti supaya orang yang bercinta tidak kecewa.

Bagi Adriana, cinta itu seperti resipi.

Perlu dikikuti dengan peraturan tertentu dan cinta itu akan menjadi seronok dan sesedap resipi yang sering dicubanya.

Namun selepas berkahwin Adriana baru sedar, cinta dan resipi itu sebenarnya tidak sama.

Resipi boleh diubah sesuka hati oleh yang menciptanya.

Tetapi cinta memerlukan dua orang yang berlainan jiwa dan rasa berkerjasama.

Pelbagai dugaan rumahtangga menyedarkan Adriana persamaan resipi masakan dan resipi rumahtangga hanyalah satu... kesabaran...

Komen JH
Haaa nampak tak? Nampak tak? Bila baca sinopsis pendek di balik novel ini, rasa apa yang di tulis itu memang ada benarnya.

Kisah rumahtangga yang ada pelbagai perasaan, sikap, watak dan suasana.

Pembaca terasa sentuhan yang disampaikan oleh penulis ini. Kebanyakkan kisah yang di semai di sini adalah suasana lumrah dalam kehidupan suami isteri sebenarnya.

Sikap ambil berat, sikap sayang menyayangi, sikap kerjasama, sikap cemburu, sikap pemarah serta baran dan semua yang ada dalam novel adalah perkara normal.

Seorang wanita yang bernama Adriana ini mulanya di gambarkan sebagai seorang anak yatim yang hidup di rumah anak-anak yatim sejak 3 tahun.

Mempunyai sikap berdikari secara fizikal dan perasaan yang mudah rapuh dengan sikap si suami Erdyzuan (payah sikit pembaca nak sebut nama ini kadang tu).

Pelbagai derita yang dia tempuh dengan adanya watak adik ipar yang tiada perasaan dan bermusuh dengannya sejak di bangku sekolah yang bernama Ermilza.

Keputusan bernikah selepas lamaran Erdyzuan buatkan dia bahagia ada seseorang yang ambil berat tentang dirinya.

Sehingga lah kejadian penuh hasat dengki si adik ipar menfitrah si kakak ipar dengan lelaki lain dan pada masa yang sama si suami telah menghalaunya keluar rumah.

Selepas 5 tahun berlalu, di kala Adriana bersama anaknya bernama Aryan Hafiz ini yang kira-kira berumur 4 tahun itu di kala itu lah Edryzuan muncul dalam hidupnya dan terus-terus berusaha menambat kembali cinta dan kasih sayang Adriana... kerana Adriana dan kerana Aryan...

Pembaca semasa membelek helaian pertama novel ini sudah tertarik dengan jalan cerita dan penyusunan ayat yang tidak memberatkan dan antara novel yang paling cepat di habiskan pembacaan kali ini.

Ada tiga kejutan penulis buat semua pembaca; Adriana yang diketahui seorang anak Yatim yang tiada apa-apa sebenarnya memiliki sejumlah harta dan syer peninggalan arwah ayahnya. Aryan Hafiz bukan anak kandung Adriana, kanak-kanak ini merupakan ank susuan Adriana dan Kerol tu rupanya perempuan, bukannya lelaki seperti yang digambarkan oleh pembaca. Sungguh suspen jer tapi besttt…

OK lah, sekian sahaja komen dari pembaca @ Jendela Hati @ JH untuk novel Resipi Hati ini.

Selamat maju jaya buat penulis novel ini iaitu Iejay Zakaria.

Next Novel: DURI... karya oleh Fauziah Ashari...

Puan zai @ JH

2 comments:

MulutPayau said...

Puan Zai...
Bila akak baca sinopsis citer ni...rasanya ada persamaan jln citer dgn novel yg pernah akak baca..tapi tajuk lain..lupa pulak tajuk apa...

Jendela Hati said...

mulutpayau: ooo ye ke kak? mesti akak byk koleksi novel kan? novel nie buatkan best tu sbb ada resepi masakan sekli