Monday, December 5, 2011

Ribut, hujan lebat landa KL

BEGINILAH keadaan sebuah papan tanda gergasi yang tumbang semasa ribut dan hujan lebat di Kepong semalam.



KUALA LUMPUR - Beberapa pengguna jalan raya cemas apabila sebuah papan iklan gergasi di persimpangan berhampiran Kompleks Desa Kepong di sini tumbang menyembah bumi ketika hujan lebat dan ribut kencang yang melanda ibu negara hampir sejam petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, tiang papan iklan itu patah lalu tumbang ke arah jalan raya semasa warga kota mula berpusu-pusu untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, semua pengguna jalan raya di laluan itu menarik nafas lega apabila papan iklan itu tumbang ke bahagian bahu jalan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian tersebut.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, sehingga pukul 8 malam pihaknya menerima lebih daripada 10 laporan berhubung kejadian pokok tumbang termasuk tiga buah kenderaan yang dihempap pokok di Kepong.
"Pokok tersebut dikatakan tumbang selepas hujan lebat yang disusuli angin kencang selama hampir sejam sejak pukul 6 petang hari ini (semalam).
"Selain Kepong, kita turut menerima laporan di Wangsa Maju, Jelatek, Kampung Baru, Mont Kiara serta Taman Koperasi Polis di sini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, hujan lebat itu juga telah menyebabkan beberapa jalan di Kepong dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan-Kosmo
p.s puan zai dok area sini angin kuat dan hujan lebat semalam, dok diam-diam dalam rumah, tak ke mana-mana...



3 comments:

wakgelas said...

wak pon X leh nak pegi mana mana sebab ujan jugakkk... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

Totie@Tomy said...

semlm hujan lebat dengan angin kuat saya risau sangat..nasib baik semalam tak rasa nak bersalin..

Jendela Hati said...

wak gelas: tq wak sbb dtg, sy pun dh jenguk sana tppp nak komen tak leh le wak sbb slow huhu

totie@tomy: haah smlm mmg dasat la ujan ribut. tak lama lg tu baby nak lihat dunia. taking care ye!