Saturday, December 17, 2011

VIP ke Lost World of Tambun



Salam buat semua...


Hari ini puan zai ada Famili Day di Lost World of Tambun.


Kalau tahun lepas Famili Day kami ke Genting kali ini ke Tambun pula.


Anak-anak memang dah terlalu teruja nak gi Tambun nie sampai jam 5 pagi dah buka mata tanpa di kejutkan dari bangun tidur.


Puan zai post gambar dalam masa perjalanan ke Tambun dahulu sebab ini aje yang ada dalam HP. Gambar kenang-kenangan di Tambun ada dalam kamera, tgh dok cari-cari kabel nak tranfer gambar ntah mana tak jumpa.


Perjalanan ke Tambun memang seronok dan sedikit bangga, cewah sebabnya kami ke sana dengan 3 bas dan di eskot oleh polis sepanjang perjalanan.


Rasa macam jadi Agong sekejap tau hehe... betul-betul macam VIP... tak pun VVIP... bila lagi nak merasa ek...

Jam 7.15 pagi semua kena berkumpul di Menara bangunan puan zai berkerja.
Sebanyak 3 buah bas, cik abang polis dan 12 org marshall serta sesiapa yang berkenderaan sendiri akan berkonvoi beramai-ramai.
Puan zai and the geng pilih menaiki bas.

Cik abang polis dah standby.
Dua orang akan hantar kami ke Tol Jalan Duta sahaja, dari Jalan Duta akan bertukar tangan ke cik abang polis radiocar.


 7.30 pagi bergerak dari Menara.
Seronok le tengok cik abang polis jaga jalan.

 
 Dalam bas dengar abang tourist guide En Johan dok bercerita dan berhibur.
Lawak juga kami dok gelak-gelak dengar celoteh dan cerita dia.

Minta laluan, kami nak lalu dulu...

 Dan sampai Tol Jalan Duta, radicar dah standby.
Kat sini ada juga staff lain yang tunggu dengan kenderaan masing-masing.
Dari belakang mereka ikut bas dari belakang.

 Ishhh seronok lah tengok mereka nie.
Puan zai tak tidur pun pergi dan balik sebab suka tengok polis hehe.

 Beri laluan VIP nak lalu hehe...
Perjalanan di mulakan...

 Perjalanan yang jauh jadi smooth jer...

 Adik lak lepas je dari Tol jalan Duta dah tertidur.
Yelah sebabnya jam 5 dah celik mata sebab teruja.

 Wajah yang teruja.

Singgah di R&R untuk 'Toilet break'.

OK lah untuk cerita VIP nie, nanti post gambar lain pula. Mencik la kabel kamera ni ntah di mana.

Sekian dari JH ye... to be continue...


2 comments:

Zefa NorAsmara said...

Waaa.. seronoknya jd VIP. Kami baru sekali ke Tambun.. :D

Jendela Hati said...

zefa norasmara: tu la sy pun 1st time... g ramai2 seronok dan meriah...lg meriah jd vip hehe