Thursday, December 8, 2011

Chef Wan Lancar Buku Resipi 25 Tahun

Jalan-jalan ke alam maya selepas perut kenyang makan tengahari tadi. Singgah di Murai.com baca kisah terbaru Chef Wan nie...




KUALA LUMPUR, 8 DISEMBER 2011: Hari ini adalah hari paling bermakna buat Duta Makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Datuk Chef Wan kerana bakal melancarkan buku masakan The Best of Chef Wan- Taste of Malaysia.

Bukan sekadar buku masakan biasa, malah buku yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan antarabangsa Marshall Calvendish itu mempunyai nilai yang sangat mendalam sepanjang 25 tahun ikon masakan berkenaan mengabdikan diri dalam dunia masakan.

Memiliki 138 resipi juadah Malaysia, buku resipi itu merangkumi enam kategori hidangan iaitu ayam, daging, ikan dan makanan laut, salad dan sayur-sayuran, nasi, mi serta sup membuka selera sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Majlis pelancaran buku sempena 25 tahun pembabitannya dalam dunia masakan itu akan dihadiri semua ahli keluarga Datuk Chef Wan, termasuk ibu kesayangan, dua orang anaknya dan juga cucu pengarang jantung.

Portal murai.com.my berbesar hati menghadiri majlis pelancaran yang diadakan di Kitchen Culture, Bangsar pagi ini dan akan berkongsi cerita di sebalik keistimewaan buku resipi kulit tebal milik Chef Selebriti TV Terbaik Dunia itu.

5 comments:

Anonymous said...

http://wanwidget.com/
tahniah buat chef wan

~::HANAH RISHAS::~ said...

makin $$$$ laa chef wan kan kak. hehe ^^

mamawana said...

Assalam

Moga Chef Wan terus sukses.. Mama ada beli sebuah buku resipi Chef Wan. Baca ajer nengok gambor2.. try tak pernah. heeeee.....

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/12/menate-ke-menatangmender-mung.html

MulutPayau said...

tahniah buat chef wan......teringin jugak nak dapatkan buku resepi tu...

Jendela Hati said...

wan85: berjaya chef wan kita nie

kuta haris: uiii dah semestinya dah tu...

mamawana: sy pun suka tgk resepi bergambar, terliuq tp masak tak sgt

mulutpayau: bestkan kak, cuci2 mata tgk pic