NKB: Novel Ku Baca...
Aku Bukan Mitress
[Karya: Acik Lana]
Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa., Mya mula mencari arah hidupnya.
Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit.
Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru.
Dalam reash ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai perempuan simpanan, tapi bagaimana?
Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian?
Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Komen JH:
Begitu lah rentetan cerita di dalam Novel yang puan zai baca kali ini iaitu Novel Aku Bukan Mitress.
Bagi puan zai novel agak berat sikit mungkin dari segi idea dan jalan ceritanya. Nama pun Aku bukan Mitress, jadi ada banyak ada adegan kisah-kisah suami isteri di sini.
Suka juga dengan watak Mikail, seorang watak yang mempunyai rupa yang baek tetapi mempunyai sikap panas baran dan degil.
Watak Mya yang boleh buatkan pembaca rasa kasih dan kasihan dengan hidupnya tak berapa nak cantek dari usia kecil hingga dewasa walaupun mempunyai wajah dan watak yang cantek di mata Mikail.
Puan zai suka ending yang best dan menarik, sekurang-kurangnya hidup Mya yang banyak menderita telah di balas dengan kebaekan dan kebahagian yang kekal abadi.
Ok lah ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.
Ok lah ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.
Selamat maju jaya buat Acik Lana. Puan zai da tengok blog dia dah. Kalau anda nak jenguk boleh lah ke: http://aciklananovel.blogspot.com.
Next Novel: Resepi Hati... karya oleh Iejay Zakaria...
Puan Zai @ JH
No comments:
Post a Comment