Saturday, December 10, 2011

Tiada Penyingkiran Di Minggu Ke-7 MLM




SHAH ALAM, 10 DIS 2011: Tiada penyingkiran dilakukan pada malam persembahan Maharaja Lawak Mega (MLM) untuk minggu ketujuh yang berlangsung sebentar tadi dari Royale Theater Selangor, Shah Alam.

Sebaliknya hos MLM, AC Mizal mengumumkan bahawa minggu hadapan iaitu mingu kelapan, akan berlaku dua penyingkiran serentak. Ini bermakna kumpulan Syok, kumpulan Pimai dan kumpulan Bawal Power (BP) terselamat dari penyingkiran meskipun mereka diumumkan antara peserta yang mendapat undian terendah.

Malam MLM untuk minggu ketujuh ini membawakan dua tema berbeza di mana setiap peserta diminta membuat dua persembahan. Satu berkonsepkan impersonasi iaitu meniru gaya sesiapa sahaja yang dikenali dan satu lagi ialah 'Silent Comedy' di mana peserta harus membuat persembahan tanpa suara, sebaliknya bergantung pada kesan bunyi khas yang dipasang.

Taura dari kumpulan The Lima (Indonesia) menjadi juri jemputan khas malam ini disamping tiga orang juri tetap yang sedia ada iaitu Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan, lagenda bola sepak, Zainal Abidin Hassan serta penyanyi no 1 negara, Dato' Siti Nurhaliza.

MLM dipancarkan terus menerus secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan sistem permarkahan dikira berdasarkan undian penonton yang membawakan 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Tinggal tujuh peserta lagi untuk meneruskan cabaran di minggu ke 8 MLM. Siapakah dua atara mereka yang akan tersingkir dan siapakan yang bakal meneruskan cabaran? Sama-sama kita nantikan-Murai.com

No comments: