Sunday, December 25, 2011

Pimai Tersingkir, Empat Lagi Ke Final MLM




JOHOR BAHRU, 24 DIS 2011: Kumpulan Pimai tersingkir, manakala empat peserta lagi iaitu kumpulan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok mara ke Gelanggang Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) yang akan berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam minggu depan.


Begitulah keputusan di penghujung malam MLM minggu kesembilan yang berlangsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru sebentar tadi. Keputusan tersebut diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan setelah mengambil kira aspek permarkahan yang melibatkan 30% undian penonton dan 70% markah dari juri.


Kumpulan Pimai yang dianggotai oleh tiga pelawak senior iaitu Mat Over, Imuda dan Sathia tersingkir setelah mendapat markah terendah berbanding empat peserta lain yang mana semua yang tinggal layak ke final.


MLM minggu kesembilan seperti biasa dihoskan oleh Dato' AC Mizal dan pada minggu ini, dua tema yang dipersembahkan ialah dongeng rakyat dan kisah keluarga. Setiap peserta diminta membuat dua persembahan berdasarkan kedua-dua tema tersebut dan sambutan hangat diberikan oleh penonton di Johor Bahru apabila Boboi dan Osbon tampil membuat persembahan.


MLM turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132) dan juri jemputan minggu ini ialah penyanyi dari Singapura, Ferhad yang tampil bersama dua orang lagi juri tetap selain Chef Wan, iaitu Dato' Siti Nurhaliza dan lagenda bola sepak, Zainal Abidin Hassan.


Setelah sembilan minggu bersiaran, kini tibalah masa untuk pentas final dan siapakan dikalangan Boboi, Osbon, Saehu dan Syok yang akan meraih gelaran Maharaja Lawak Mega dan merangkul hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM350,000? Sama-sama kita nantikan pada minggu hadapan.


ps-Memang best dapat lihat semua peserta yang bertanding pada jumaat lalu. Tapi begitu lah adat bertanding, ada menang ada kalah. Walaupun kelima-lima kumpulan memberikan persembahan yang terbaek namun tiada rezeki Pimai untuk ke Final...


Selamat berjaya pada semua pada minggu terakhir jumaat depan. Kalau tanya puan zai siapa yang akan atau layak mendapat gelaran juara MLM puan zai akan pilih Osbon... tapi semuanya tertakluk pada persembahan terakhir mereka minggu depan...


Puan zai @ JH...



2 comments:

ct N honey said...

dah nak final MRLM ye...rmh tak ada warna,selalu lambat dpt tahu,tgk kat youtube aje

Jendela Hati said...

ct n honey: jumaat nie final...