NKB: Novel Ku Baca...
Hadirmu, Takdirku
[Karya: Alina Haizar]
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan.
Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati, Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat.
Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya.
Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
Komen JH:
Baca ringkasan sinopsis novel ini, memang menarik perhatian pembaca untuk memilih novel ini sebagai NKB kali ini.
Mengisahkan Hana, seorang gadis dari kampung yang berkeje di kantin sekolah. Di sini bermulanya perkenalan Hana dengan seorang jejaka yang bernama Jeffry.
Nafsu mengatasi segala-segalanya pada mereka yang punyai jiwa remaja yang menyebabkan Hana mengandung selepas pemergian Jeffry ke US.
Di sini lah bermulanya peranan mummy Jeffry, Datin Maimunah dan Pakcik Adli dengan merahsiakan keadaan Hana yang mengandung tanpa pengetahuan Jeffry.
Pada Jeffry pula, Hana di katakan sudah mempunyai kekasih lain.
Namun, walau ada watak yang tidak ada perasaan ini, ada juga watak baek seperti Datuk Hisham, nenek dan mak su Ani di sebelah keluarga Jeffry.
Setelah kepulangan Jeffry ke Malaysia dan dengan takdirNya berlaku sebuah kemalangan dasyat telah membongkar segalanya tentang Hana dan bayinya yang di katakan telah meninggal dunia.
Asalnya Watak Jeffry ini mempunyai watak yang kuat cemburu, bergaya dan suka membuli perasaan Hana.
Kepulangan Jeffry ini yang telah mambawa jawapan segala persoalan di benak Jeffry tentang apa yang telah terjadi pada diri hana selama 7 tahun itu.
Dalam novel ini memang acap kali akan jumpa perkataan macammana? macammana? macammana? trademark bagi watak Hana.
Sekian komen dari pembaca @ JH mengenai novel yang menarik ini.
Semoga penulis terus berjaya di masa akan datang.
Next Novel: Sehangat Asmara... karya Aisya Sofea
~~~ Puan zai @ JH...
No comments:
Post a Comment