Showing posts with label Cerita Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kenduri. Show all posts
Thursday, May 8, 2014
Majlis Muhammad Zaharil
As-salam...
Hari tu kan sempena cuti 1 May Hari Pekerja, kami anak beranak ke Banting sempena majlis cukur jambul si kecil molek Muhammad Zaharil.
Selepas subuh semua dah bersiap. Sebelum meneruskan perjalanan kami singgah dulu minum pagi di Restauran Pelita di Hartamas. Kakak dan adik dah ngadu kelaparan.
Zaharil dah masuk 5 bulan. Kejap je masa berlalu. Baru je rasanya pangku dia di kala kulitnya masih merah. Sekarang Zaharil suka bercakap dan dah pandai pegang mainan. Suka Zaharil berborak dengan nenek dan atuk.
Muhammad Zaharil bersama abi dan ummi. Bulat mata pandang camera. Sayang anak ibulong nie. Jangan kata ummi sorang yang rindu bila ummi Zaharil kerja, puan zai sendiri pun rindu kalau sehari tak jumpa Zaharil nie.
Zaharil dengan jubah. Hensem. Kopiah dia entah kemana masa nie.
Masa untuk di buai. Heheh masuk je buai-buai sikit terus Zaharil terlena. Suka Zaharil naik buai nie.
Majlis marhaban dan bacaan doa selamat sebelum majlis menjamu selera beramai-ramai. Cuaca pun ok je masa nie.
Sedikit buah tangan untuk para tetamu dan saudara mara yang hadir.
Ini pinggan saya! hahahaa lapoooo tauuu...
Menu tengahari tu ialah nasi puteh, kari dalca, ayam masak merah, ikan bilis goreng taucu dan kerabu taugeh. Ada banyak pilihan kueh mueh walaupun tiada dalam gambar...
Biasa lah peberet puan zai apam pink tu. Kalau ada di mana-mana majlis atau kedai memang akan ambil. Cuma buatnya je belum lagi.
Koci labu nie perghhh sedap uolsss. Tak tipu. Memang sedap. Tapi puan zai amek dua je sebab malu hahaha...
Kepada anak saudara ibulong nie Muhammad Zaharil, ibulong doakan semoga Zaharil menjadi anak yang soleh in shaa Allah.... amin...
PuAn zAi @ jH...
Saturday, November 30, 2013
Kakak & Kenduri
As-salam...
Hari ini dan esok ada undangan kenduri kawen. Hari nie puan zai tak berkesempatan nak bersama-sama mak, abah dan adik serta isteri ke kenduri di Semenyih. Apak ada meeting pulak pagi tadi. Jadi puan zai dan adik je yang berkurung di rumah.
Puan zai dan adik sahaja? Maksudnya kakak aje yang ikut serta nenek dan atuk ke kenduri.
Balik dari kenduri kakak mula bercerita tentang pelbagai jenis makanan yang sedap dan mengenyangkan di sana terutamanya semua desert-desert.
Kita yang dok rumah nie dengar aje la walaupun tekak nie teringin sangat nak makan lauk kenduri pengantin haha.
Kakak bersama nenek dan atuk.
Pelamin yang indah.
Cendol.
Nie kakak amek berapa kali dah sebab sedap sangat katanya.
Tu belum lain-lain desert yang terhidang.
Si kakak yang ibu sayang.
Adik lelaki dan isteri.
Tunggu hari je nak bersalin nie.
Semoga semua dipermudahkanNya.
Amin.
Tak sabar nak timang anak buah baru...
Pasangan pengantin baru yang berarak masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin nan indah.
Ole-ole untuk di bawa balik ke rumah.
Esok pula ada undangan kenduri di Selayang. Anak lelaki kepada jiran lama bersanding. In shaa Allah kalau sempat kita pergi kalau lah meeting apak tamat awal esok pagi... kalau tak nenek dan atuk jugakkk la jadi wakil.
Puan Zai @ JH...
Labels:
Cerita Kenduri,
Cerita Si Kakak,
Terbaek dari Ladang
Thursday, November 28, 2013
Happy Birthday Sofea & Adelia
As-salam...
Ini sebenarnya cerita minggu lepas... maklum lah baru hari nie nak upload pics kan. Lama dah terperap dalam simpanan hp nie.
Pada hari sabtu lepas puan zai hadiri dua kenduri untuk dua birthday girl nie. Seorang bernama Sofea dan seorang lagi bernama Adelia. Kedua-dua mereka yang cute nie menyambut hari kelahiran mereka yang pertama.
Majlis sambutan potong kek Sofea pada tengahari tu manakala untuk Adelia pada sebelah malam.
Jom tengok di sini...
Happy birthday Zulaika Sofea!
Sempena birthday Sofea, majlis Aqiqah jua berlangsung untuk birthday girl nie.
Ada macam-macam jenis menu di sediakan termasuk la nasi beriani dan kari kambing.
Biasalah mesti ada muka anak-anak puan punya blog.
Happy birthday Adelia Maisyurah!
Dah kenyang makan di majlis Sofea, makan lagi malam tu di majlis Adelia yang tak kurang meriahnya.
Di sini jua ada pelbagai jenis makanan.
Bila nampak aje spageti atas meja dah sah-sah la puan zai sambar yang ini dulu. Yang lain tu kendian baru rasa.
Masa makan-makan ada acara rebut kerusi.
Kakak dapat lagi kerusi yang pertama tu.
Hadiah tupperware... suka...
Musim cuti sekolah nie, ada banyak jemputan makan. Minggu nie in shaa Allah kami akan ke Semenyih bagi memenuhi undangan kenduri kahwin. Makan lagi la nampaknya. Camner diet puan zai ehhh???? huhuhu... Diet diet jangan tak diet...
Puan Zai @ JH...
Saturday, July 6, 2013
Tahniah Emma & Fendy!
As-salam...
Minggu lepas bersamaan dengan 29 June 2013, puan zai dan rakan-rakan telah menghadiri majlis perkahwinan sahabat baek kami di Linggi, Negeri Sembilan.
Excited sebenarnya nak gi kenduri kahwin sahabat nie sampai kan puan zai sendiri tak lena tidur nak tunggu hari siang pagi tu... hehe... tu la kan sapa yang nak naik pelamin ntah... sepatutnya pengantin tapi yang ini tetamu pulak yang tak lena.
Puan zai rasa mungkin disebabkan persahabatan kami yang kekal lama ini buatkan puan zai tak sabar nak ke Linggi untuk melihat pengantin bersanding di pelamin yang dia hias sendiri.
Walaupun sudah seminggu majlis berlalu, masih terbayang wajah pengantin yang kelihatan ceria dan gembira.
Puan zai doakan semoga sahabat baek ini, Emma dan suami berbahagia hingga akhir hayat. Semoga jadi isteri solehah ye! Amin...
Tahniah!
Selamat pengantin baru buat Emma & Fendy.
Cantek bunga pahar hasil buatan dari tangan pengantin sendiri.
Puan zai dapat 4 kumtum iaitu 4 warna, semua puan zai letak kat meja opis dan letak depan mata hehe.
Dapat jua bawa balik beberapa bunga pahar dan goodies untuk sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir yang memberi hadiah.
Puan Zai @ JH....
Saturday, June 8, 2013
Majlis Kesyukuran Azizul & Liana
As-salam...
Rata-rata kalau on fb atau blog semua orang bercerita mengenai kenduri kawen. Tak ketinggalan dengan cerita puan zai sendiri.
Maklumlah musim kenduri kawen. Tiap-tiap minggu ada je jemputan. Rezeki makan kenduri.
Tengahari tadi ada Majlis kesyukuran kenduri kawen adik sepupu puan zai di Kg Datuk Keramat. Majlis ini majlis sebelah keluarga pihak Pengantin lelaki.
Tak jauh pun, kami di Lorong 1, rumah pengantin lelaki cuma di lorong 8. Dekat kan? Hmmm senang kalau nak balik raya, takkan berebut punya hehe.
08-06-2013
Tahniah Liana...
Bawa dua jenis buah tangan untuk keluarga pengantin lelaki.
Mula berarak masuk diringi dengan paluan kompang.
Majlis ini diraikan bersama abang pengantin lelaki dan isteri dari Muar.
Paluan kompang.
Mak kata kompang jawa.
Ye ke mak?
Puan zai lama nak dengar kompang jawa.
Dulu masa kecil, dapat dengar masa majlis kenduri orang di area KL nie.
Sekarang nie susah nak dengar dah.
Kalau tengahari tadi telinga ni masih tak dapat dengar bunyi yang sama seperti yang puan zai dengar waktu dahulu.
Masa tu pak cu puan zai ada dalam geng kompang tu.
Rindunya nak dengar.
Tak pe, sapa-sapa nak kawen tu kalau ada kompang jawa jemput la puan zai ye hehe. Terima kasih.
VVIP mengiringi pengantin.
Atuk puan zai nie.
Segak lagi kannnn...
Makan time!
Nie pinggan makan berdua tau.
Adik nak makan bersuap la pulak.
Bergambar kenangan satu famili mak.
Ada yang tak dapat hadir nie.
Kalau tak, tak muat gambar nie.
Sempat juga bergambar dengan pengantin.
Peace yo! Atuk...
Kita sambung lagi cerita kenduri dalam next post ye... InshaaAllah...
Tata...
Puan Zai @ JH...
Subscribe to:
Posts (Atom)






















