Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri... Raya pertama... Part 2

Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan buat semua warga Malaysia yang sedang sibuk berhari raya.

Hari ni sambungan citer semalam. Cerita yang sama. Cerita Hari raya. Kali ni puan zai masih nak tayang pic-pic hari raya dan juga nak tayang juadah yang di hidangkan semasa beraya di rumah saudara mara.

 Ada empat orang yang wajip kami jumpa di kala hari raya. Bukan hari biasa tak bole jumpa. Sementara mereka masih ada dan mereka lah antara 'orang lama' yang wajip kita hormati dan ziarahi.
Orang pertama ialah atuk kesayangan iaitu puan zai yang dok di Kampung Dato' Keramat, KL... Masa kami sampai dia dok kat tangga merajuk ingatkan kami sekeluarga tak sampai. Selalu kami sampai pagi raya kali ini lewat sedikit sebab pagi jua di rumah kami ada tetamu dah serbu. sob sob sob... maafkan kami... dah nak balik baru atuk nak makan tengahari. Sebelum balik ke rumah kami ke kubur nenek bersama atuk.

 Yang ini pula nenek saudara puan zai iaitu nenek Saadiah yang jua adik ipar atuk. Dok bersebelahan umah kami je. Adik atuk dah lama pulang ke rahmatullah lebih 15 tahun yang lalu.

 Ini nenek saudara jua bernama nenek Yah. Adik ipar atuk jua. Dok sebelah rumah jua. Adik atuk pun dah meninggal lebih 10 tahun yang lalu. Antara famili sebelah mak yang masih ada. Selalunya lepas sembahyang raya, semua sanak saudara di sini akan bergerak beramai-ramai di rumah atuk dahulu di Keramat nie.

 Ini nenek kat kampung. Mak kepada abah. Nenek dok kat Kampung rawa Ulu, Lenggeng, NS. Sebelah menyebelah rumah nenek den nie semua rumah adik-adik perempuan abah puan zai.

 Time ini time bersalaman, meminta ampun dan maaf dan jua time terima dan memberi duit raya.

 Adik malu-malu pula. Dengar raye-raye je dari mulut dia selamat hari raya tak kedengaran sangat pastu tersengih-sengih malulah konon.

 Mak bermaafan dengan abah.

 Kakak bukan main seleranya makan kat rumah orang.

 Adik tak ambil makanan berat. Hanya ambil buah-buahan aje. Pastu minum air kotak.

 Rumah jiran sebelah menghidangkan nasi, ketupat, kari ayam, sup kaki lembu dan satay daging. Ada jua buah dan kueh raya. Time nie semua berselera siap tambah-tambah nasi.

Ketupat palas dan ketupat nasi.
 Kat rumah atuk, ada nasi impit, masak lodeh, rendang daging dan ayam masak merah. Selain tu ada nasi lemak dan sambal sotong.

 Rumah nenek Yah pula ada lontong, rendang daging, kuah kacang dannnn sambal goreng. Emang peberet puan zai lah nie sambal goreng. Makan camtu pun best. Umah nenek saadiah lupa nak snap juadah sebabnya best sangat makan.hehe.

 Yang ini kat rumah makcik sebelah. Ada lemang dan rendang daging jua. Kueh mueh.
 Kat rumah adik perempuan puan zai pun tak kurang hebatnye. Lauk pauk banyak gak untuk tetamu. Masak lodeh dia best sbb ada cencawan.

 Jeng jeng jeng. Ini kat rumah tuan punya blog. Ada nasi impit dan ketupat palas. Yang special nasi beriani juga. Lauk rendang daging, dendeng daging, serunding kelapa (peberet orang ramai), kuah kacang (peberet si kakak), ayam masak merah. Buah pisang, anggur dan mangga. Rata-rata tahun nie setiap rumah ada hidang air bergas. Tak kira apa jua perisa. Rumah puan zai je ada hidang air manis dan ais kosong hehe...

 Kek batik nie requested by kakak. Tapi puan zai buat sos choc dia cair sikit, itu yang kakak suka. Tak lah macam kek batik orang lain buat tu... dah macam kek batik banjir dah huhu.

 Kehausan dan dahaga.

Tuu dia, makan dan makan. Nasi impit dan kuah kacang dah emang peberet dia pun.

Takat ini tayang pic raya. Nanti sambung lagi. Raya pun sebulan, so usah jemu la tengok pic raya nie ye.
Wassalam...

Puan Zai...

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri... Raya pertama...

Assalam...

Syukur pada yang maha Esa, hari ini kita berkesempatan menyambut hari raya Aidilfitri yang jatuh pada 30hb Ogos bersamaan hari selasa.

Kemeriahan tiap-tiap tahun masih berulang apabila kita beraya kunjung mengunjung semua saudara mara yang berdekatan.

Hari ini puan zai dan famili beraya di KL. Pagi raya beraya sekejap di kawasan rumah dan sebelah tengahari ke rumah atuk di Keramat.

Balik dari Keramat sambung semula beraya dia kawasan rumah. Hampir senja pun masih ramai yang berkunjung di rumah kami.

Hari raya adalah hari paling seronok bagi kanak-kanak. Terutama anak-anak puan zai. Pagi-pagi dah bangun untuk bersiap.

Banyak gambar yang puan zai snap nie. Tapi rasanya akan bersambung-sambung penyiarannya.

Jom intai pic yang ada di sini...

[tema merah, so emang byk kaler merah nie hehe]











Letih tu emang letih. Tapi seronok dan gembira itu ada. Maklumlah kaum wanita nie rata-rata akan berada di dapur. Sibuk buat itu dan ini untuk para tetamu.

Esok puan zai dan famili akan ke kampung abah sekejap. Sambil tu dok gi berada rumah saudara mara yang dok berdekatan. Berjalan sakan lah anak-anak esok. Rumah di tinggalkan buat sementara waktu. Selalunya raya ke 3 pun ramai yang akan berkunjung ke rumah...

Dengan itu stop di sini dulu. Jumpa esok ya.

Wassalam.

Puan Zai...

p.s-sunyi alam blog waktu raya nie sebab ramai yang berada di kampung huhu...

Monday, August 29, 2011

Hamper raya....

Assalam...

Esok hari RAYA. Puan zai dah famili ingin ucapkan Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua rakan bloggers dan famili. Minta ampun dan maaf jika selama puan zai berblog nie ada tersilap kata dan bahasa yang ntah apa-apa serta komen-komen yang telah menguris hati anda semua secara tidak sengaja.
Semoga anda berbahagia dan bergembira bersama famili dan sanak saudara di hari raya ini.

Kepada yang balik ke kampung pada malam raya, selamat memandu. Berehatlah sekejap di R&R dan menyambung semula pemanduan setelah segar semula.

Semua seronok balik ke kampung halaman masing-masing. Puan zai beraya di KL aje. Raya kedua akan ke kampung abah. Umah mentua kosong. Pak dan mak mentua sudah tiada. Ipar duai ke kampung suami dan isteri masing-masing.

Hari raya tahun ni rezeki melimpah dengan exchange hamper pemberian rakan-rakan di opis. Ada jua yang di beri rakan-rakan lain. Syukur. Meriah dengan hamper nampaknya raya kali ini...


 Pose kejap... layan...

Anak-anak pun...

 Mak pun dapat hamper jua... besar lagi... syukur...

Hamper ini dari BFF (best friend forever) puan zai. Thanks cik Fiza...

 Bergambar dengan puan atun dengan hamper yang dia beri.

 Khas dari jauh. Kedua-duanya dari BFF. Dari kiri hamper dari cik Fiza dan yang kanan dari cik Emma dari Seremban.

Bestnyerrr...

 Hamper ini khas buat rakan partner kueh raya.

Tiga lagi terima dari rakan dalam satu division.

Last sekali dari BFF untuk BFF gak. Hamper ini dari kawan puan zai yang bernama Jewel. Masa puan zai ke BB Plaza untuk byr bill dan beli barang terus jumpa dia di Ain2Dec. Satu untuk puan zai dan satu lagi untuk cik Fiza yang dah balik kampung.

Terima kasih buat semua teman-teman. Salam Aidilfitri...

Yeah yeah esok hari raya...

Salam dari orang KL....
PuanZai...

Sunday, August 28, 2011

Rezeki Aidilfitri...

Assalam...

Hari jumaat aritu 26 August, adalah hari terakhir bekerja sebelum sambutan Aidilfitri yang di jangka jatuh pada hari selasa.

Sempat bersalaman dengan rakan-rakan kat opis, bertangis-tangisan. Rata-rata semua telah bertolak ke kampung masing-masing semalam. Ada jua bergerak hari ini dan esok.

Tahun ni rezeki puan zai melimpah-limpah. Syukur. Banyak rakan-rakan memberi buah tangan untuk puan zai dan famili. Terima kasih lah semua.

Lagi la naik mood raya nie... dah ngalahkan budak-budak hehehe...

 Dari kiri kerepek ubi tu rakan partner 'bisnes kat opis' iaitu Kak Jah, kueh batang buruk dari supplier kueh raya, biskut choc chip tu pun dari kak Jah dan kueh kapit dua balang dari bakal besan mak.

 Beg makeup dari Kak aya [Jendela Hidup]. Terima kasih kak aya...

 Ole-ole dari cikgu kakak dan adik serta duit raya dari cikgu masing-masing.

 Dua brooch dari BFF.

 Cantik kan???

 Ini pun ole-ole dari cikgu Hawa iaitu cikgu adik.

Lagi bertambah koleksi kueh raya mak dari beli sendiri hinggalah yang orang bagi.

Sekian sahaja untuk hari ini. Kepada sesiapa yang dah nak bergerak balik beraya ke kampung tu selamat memandu, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan berjumpa sanak saudara untuk berhari raya...

PuAn zAi...

Saturday, August 27, 2011

Farewell - All the best my friend...

Mood raya tu emang mood raya tapiii...

Rakan sepejabat yang berkhidmat di company yang sama selama 6.5 tahun akhirnya dia mengundur diri untuk ke tempat lain.

Memang puan zai amat terkejut bila suatu hari dulu dia bertanya bila replacement untuk tempat dia di ganti orang. Laaa rupanya antara salah satu arrangement untuk interview yang puan zai buat untuk bigboss pada bulan yang sama itu adalah untuk mengantikan tempat dia.


Puan zai mengenalinya pada tahun 2007~ Farah Alicia, nie hanya melalui telephone aje itupun yang berkaitan dengan report under region boss puan zai. Dahulu puan zai di HQ dan Farah di branch. Dapat jumpa bila ada document penting yang dia ingin collect sendiri dari puan zai.


Pada August 2010, Farah tranfer ke HQ dan kami berlainan department walaupun masih satu division. Tempat duduk pun bukan jauh cuma sebelah meja aje.


Sedih juga pada hari tu, puan zai peluk dia dalam kesedihan. Walaupun dia berlainan agama tapi sedih untuk berpisah tetap ada. Semoga dia makin success dan berjaya... All the best Farah...

Puan zai akan merindui senyumannya. Selain itu Farah suka sangat tertawa... pasti terngiang-ngiang...
 Farah dan puan zai. Beza sangat size xs dan xl... hehehe... Orangnya emang cilik comel sangat.

 Sakan bergambar - Puan Atun, Farah dan Puan zai...

 Bergambar dengan rakan-rakan lain...

 Hamper pun nak tayang...

 Special gift untuk Farah...

Yang ini lak Farah bagi puan zai Patchi choc...

Yang pasti yang datang akan menghilang dan yang hilang itu tetap dalam kenangan.

Puan Zai...