Wednesday, August 3, 2011

Tau fu fa

Ini cerita sebelum puasa tau. 3 hari lepas semasa majlis tahlil di rumah atuk puan zai, kami dok lepak-lepak depan rumah sementara masuk waktu petang.

"Ibu, kita nak taufufa" Pinta kakak bila dengar penjual taufufa membunyikan hon.

Kat area rumah atuk nie seperti syurga makanan. Ada macam-macam jenis makanan yang di jual oleh penunggang motosikal. Lain lah kat rumah puan zai nie, kena jalan kaki atau kena naik kenderaan kalau nak beli makanan huhu maklumlah rumah kampung. Kalau kat rumah atuk nie rumah yang berpagar tunggu je depan pintu, datang lah makanan tu.

Kiranya kite nie cuma sediakan duit aje lah kalau nak makan apa-apa fuhhhh $$$$... Ada jual roti, kueh, pau, jagung bakar dan lain-lain. Pilih aje yang mana suka.

Paling peberet ialah taufufa dan air soya panas atau sejuk. Selalunya bagi jug aje kat penjual tu senang nak tuang dlm gelas.

Bestnya... Kakak suka taufufa gula merah.
 Adik comel ini suka taufufa gula puteh. Makan comot-comot adik tu.

 Kakak dan adik dok meneman nenek meng-order taufufa dan soya.

 Nak amek je yang mana satu. Puan zai pula sibuk tuang air kat gelas-gelas (tiada dalam gambar).

8 comments:

ct N honey said...

anak ct suka gak taufufa ni,klu pergi pasar mlm paling sikit beli 6 bekas,itupun tak cukup jugak

Jendela Hati said...

ct N honey: ank2 mmg suka taufufa nie sbb lembut.

MulutPayau said...

Assalamualaikum Puan Zai....
Taufufa ni mmng sedap..tapi anak2 akak tak brpa suka..maknya yg lebih2..hihihi

p/s..Selamat Berpuasa utk Puan Zai skluarga....

Kak Aya said...

wah sekali beli taufufa sampai bersusun-susun

Puanbee2 said...

senang semua da dah

Jendela Hati said...

MulutPayau: waalaikumusalam MP... sy sefamili suka kdg berebut2 hheheh.

selamat berpuasa buat MP dan famili jua.

Jendela Hati said...

Kakaya: kalau dah ramai tu, cengitu le kak aya ber'duyun' mknan...

Jendela Hati said...

Puanbee: tinggal nak sediakn duit aje nak mkn apa...