Sunday, August 28, 2011

Rezeki Aidilfitri...

Assalam...

Hari jumaat aritu 26 August, adalah hari terakhir bekerja sebelum sambutan Aidilfitri yang di jangka jatuh pada hari selasa.

Sempat bersalaman dengan rakan-rakan kat opis, bertangis-tangisan. Rata-rata semua telah bertolak ke kampung masing-masing semalam. Ada jua bergerak hari ini dan esok.

Tahun ni rezeki puan zai melimpah-limpah. Syukur. Banyak rakan-rakan memberi buah tangan untuk puan zai dan famili. Terima kasih lah semua.

Lagi la naik mood raya nie... dah ngalahkan budak-budak hehehe...

 Dari kiri kerepek ubi tu rakan partner 'bisnes kat opis' iaitu Kak Jah, kueh batang buruk dari supplier kueh raya, biskut choc chip tu pun dari kak Jah dan kueh kapit dua balang dari bakal besan mak.

 Beg makeup dari Kak aya [Jendela Hidup]. Terima kasih kak aya...

 Ole-ole dari cikgu kakak dan adik serta duit raya dari cikgu masing-masing.

 Dua brooch dari BFF.

 Cantik kan???

 Ini pun ole-ole dari cikgu Hawa iaitu cikgu adik.

Lagi bertambah koleksi kueh raya mak dari beli sendiri hinggalah yang orang bagi.

Sekian sahaja untuk hari ini. Kepada sesiapa yang dah nak bergerak balik beraya ke kampung tu selamat memandu, hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan berjumpa sanak saudara untuk berhari raya...

PuAn zAi...

6 comments:

Kak Aya said...

murah rezeki menjelang syawal nampaknya...

zul permatang badak said...

selamat hari raya.........moga berbahagia dihari mulia bersama keluarga.....

MulutPayau said...

Alhmdulillah...murah rezeki Puan Zai..

selamat hari raya utk puan Zai dan fmly...

Jendela Hati said...

kepada kakaya, rezeki dari kengkawan, selamat ari raya kakaya.

kepada en zul PB, selamat hari raya buat en zul dan famili...

dan kepada MP, selamat ari raya jua buat MP dan famili...

Nur said...

Murah rezeki Puan zai sekeluarga. Nanti lepas raya, kot sekolah anak-anak buat jamuan raya, minta bawa pot luck, no problem ni. :)

Jendela Hati said...

Yati: bole aje nie no problem...