Saturday, August 13, 2011

Cerita berbuka

Hari yang ke 13 puasa, puan zai ke bazaar Sri Sinar. Dekat je dari rumah. Dah masak tengahari tu. Lauk berasaskan telo. Nak cari ikan, udang, sotong dan ayam tak jumpa hehehe. Masak gulai lemak telo itik dan telo dadar. Hah kan dah kata, menu berasaskan telo. Petang tu start kete gi bazaar cari kueh. 1st time dalam bulan puasa nie jenjalan ke bazaar tahun nie. Kalau tahun lepas hari-hari ke bazaar je kejenya.

Jom intai-intai 13 gambar yang sempat puan zai snap tadi.

 Bazaar kat sini tak banyak gerai. Ada pun dalam 10 gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

 Dari dalam kete dah nampak air sejuk yang menyegarkan tu.

 Jam 5 Pengunjung mulai ramai. Masa nie mendung nak hujan. Sampai je rumah, hujan terus turun dengan lebatnya. Entah bagaimana keadaan bazaar tu. Tapi tu lah rezeki itu ada buat peniaga di bazaar.


Pelbagai lauk pauk ada. Pilih aje. Sebab dah masak di rumah, kami beli pajeri terung aje RM2.
 Kueh mueh pun ada pelbagai. Beli donut 2 dan kueh ketayap 4. Kueh satu 40sen. Mehon RM1.

 Lauk yang ada kat rumah ini ler.

 Char kue tiaw goreng untuk kakak. Harga RM3 sebungkus. Order baru peniaga goreng. Kira fresh dari kuali la nie.

 Satay untuk adik walau adik tak puasa. Secucuk 50sen, beli 10 cucuk jer.

 Hmmm yang ini memang peberet anak-anak puan zai. Jika ada jual kat opis memang akan beli untuk anak-anak. Kadang sampai berebut jika tingal 2 kat meja kedai tu hehe. Satu 40sen jugak. Bila lah ibu nak buat nie. Nanti la bole makan banyak.

 Air sirap bandung requested by kakak yang letih berpuasa.

 Kakak ringan tulang nak menolong kemas meja makan.

 Adik pun menolong. Tapi tolong makan. Ehhh tak puasa... malunyerrr...

 Bila tiba waktu berbuka tu, masa kami sedang menghirup air rupanya adik dah tertidur di meja makan. Masa snap gambar nie adik dah nak tertutup-tutup mata. Letih kot adik nie main aje sepanjang ari.

Sekian laporan untuk hari ini di ari sabtu. Sehingga berjumpa lagi.

Selamat berpuasa buat semua.

Sekian.

Wassalam.

Puan Zai...

p.s-Ada tak anak-anak kengkawan yang berpuasa penuh? Si kakak nie dah start tak selera makan berbuka dan bersahur. Walau pun beli kuetiaw tapi bukan makan semua. Sahur pun makan roti dan air sikit. Bagi oat pun makan sikit. Camner ek?



2 comments:

Puanbee2 said...

ok dah byk kali baca cerita puanzai , telo , sate dan kuew tiau antara makanan feberet kan ? sebijik mcm saya hehe

Jendela Hati said...

puanbee: mcm tu la menu mudah puanbee, amek telo goreng hehe...apa2 pun semua selera tekak anak2...kite ikut jer hehe