Thursday, August 4, 2011

Tepung pelita?

Hari pertama Ramadhan, tidak berkesempatan mendapat kan kueh tepung pelita di bazaar. Semua sold out.

Tak apa tiada rezeki. Hari kedua puasa dapat jugak akhirnya untuk anak-anak. Terutamanya untuk kakak yang berpuasa.

Selalunya kalu kueh pelita nie mesti mengunakan daun pisang sepenuhnya untuk menampung isi tepung pelita di dalamnya.

Tapi yang ini penjual mengunakan cup plastik empat segi yang tepung pelita ini dijual sekali dengan bekas tersebut.

Beli dalam 8 bekas dengan harga RM0.50sen satu.
 Pertama kali puan zai tengok tepung pelita dalam bekas camnie. Tak tau lah kawan-kawan blogger yg lain pernah tengok camnie. Bekas tu puan zai cuci bole buat kueh apam hehehe.

 Bukan apa tepung pelita untuk anak-anak gak.

Adik kalau makan kueh ini memang tak cukup satu. Mesti nak lebih.

7 comments:

Puanbee2 said...

saya suka juga kuih pelita ni , tp guna bekas plastik hilang harum nya kan puan

MulutPayau said...

Puan Zai...akak tak prnah jumpa lagi tpung pelita dalam bekas plstik, tapi lebih sedap kalau dlam daun pisangkan.....anak2 akak pun suka kuih ni.....

Jendela Hati said...

Puanbee: itu la tak ori pulak nanti kena tuka nama tepung plastik hehehe...

MulutPayau: MP, betul tu dlm daun pisang lg harum, yg ini dorang gunting petak kecil daun letak bahagian bwh..

Kak Aya said...

anak2 kak aya pun suka tepung pelita...

Jendela Hati said...

Kakaya: kanak2 suka sbb ianya lembut kan...kdg mkn tak payah pakai sudu main sedut je hehhe

ct N honey said...

ini mmg kuih kegemaran ct,selalu beli mesti 2 bekas, pernah buat tapi tak menjadi..

Jendela Hati said...

ct N honey: betul tu ct kalau beli tak cukup beli 3, mesti beli lebih.