Wednesday, November 30, 2011

Kalender oh kalender

Kalender oh kalender.... seorang sahabat dari branch dah beri puan zai kalender untuk 2012.

Jadi, masa terluang boleh lah update apa-apa meeting boss dan agenda lain.

Kalender 2012 yang baru nie ada untuk disember 2011, jadi sekarang dah guna dah tahun hadapan punya.

Walaupun semua meeting boss tu dah ada dalam email calender tapi puan zai selesa kalau kat kelender meja pun puan zai tulis huhu...

Tuesday, November 29, 2011

Ombak Rindu

Ehem-ehem tiket dah dapat... tak sabar nak tengok kat wayang nie hehehe...

Monday, November 28, 2011

Lisa serah kepada Yusry


SECOCOK... Gaya Lisa Surihani dan Yusry sewaktu menghadiri Festival Filem Malaysia Ke-24 di Putrajaya, minggu lalu.

LEWAT kebelakangan ini memang cukup heboh diperkatakan tentang perkahwinan pasangan kekasih, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang dikatakan akan berlangsung pada Februari depan.

Bukan itu sahaja, Astro juga dikatakan bakal menjadi stesen rasmi majlis perkahwinan yang bakal diadakan dalam suasana gilang-gemilang. Dalam erti kata lain, perkahwinan mereka itu bakal menjadi wedding of the year.

Atas alasan itu, Lisa dan Yusry juga dikhabarkan sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka termasuk menempah barangan serta pakaian untuk hari bersejarah nanti.

Apakah benar desas-desus yang sedang hangat diperkatakan ketika ini? Peluang bertemu dengan Lisa usai majlis pratonton filem Ombak Rindu di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Hits mengambil kesempatan untuk bertanyakan perihal tersebut.

Dalam nada penuh diplomasi, Lisa menafikan dirinya dan Yusry kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan seperti mana yang digembar-gemburkan.
"Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul kerana kami memang tidak membuat sebarang persiapan ketika ini.

"Abang (panggilan manja untuk Yusry) sedang sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom dan saya juga ada agenda sendiri. Jadi, mana mungkin kami membuat persiapan ketika ini.

"Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, adalah lebih baik jika abang yang jelaskan semuanya tentang perkara selanjutnya. Kalau saya yang asyik bercerita, memang tidak manis.

"Insya-Allah, abang akan menamatkan penggambaran Vikingdom pada 20 Disember ini. Jadi, selepas itu, bolehlah mendapatkan sebarang pengesahan daripadanya," ulas Lisa yang tidak mahu berlebih-lebihan bercerita tentang kisah cintanya bersama Yusry kerana bimbang menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama penuh Lisa Surihani Mohamed ini memberitahu, dia tidak mahu dikaitkan dengan sebarang kisah silam Yusry.

Baginya, apa yang pernah berlaku dalam hidup Yusry adalah kenangan silam dan sebagai orang baru dalam hidup Yusry, Lisa tidak mahu mencampuri cerita lama kekasihnya itu.

Apa yang penting, kehadirannya dalam hidup Yusry bagi menempuh perjalanan mereka di masa akan datang.

"Saya tidak kisah dengan status Yusry sebagai seorang duda. Bagi saya, dalam perhubungan, masa bukanlah penentu untuk kita layak atau tidak bersama dengan orang yang kita sayangi itu.

"Sebagai contoh, saya sendiri pernah menjalinkan hubungan selama lapan tahun tetapi ia berakhir juga. Walaupun saya bersama Yusry tidak sampai setahun, tetapi kami memiliki keserasian.

"Saya fikir saya tidak mahu ulas lanjut tentang hubungan dengan Yusry. Biarlah masa yang menentukan dan apabila tiba waktunya nanti, barulah kita menerangkan perkara yang sepatutnya," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Peluang terbaik
Menyentuh tentang lakonannya dalam Ombak Rindu, Lisa menjelaskan ia adalah peluang terbaiknya untuk bekerjasama dengan pengarah dan pelakon hebat.

Apatah lagi, dia sendiri mengagumi karya Osman Ali sebelum ini dan sebagai bakat baru, adalah menjadi impiannya untuk berlakon di bawah arahan Osman.

Begitu juga apabila dia berpeluang bergandingan bersama Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari itu.

Membawakan watak Mila yang obses meskipun mengetahui Hariz (Aaron) tidak lagi mencintainya, Lisa menyifatkan watak tersebut memberi dimensi baru kepada lakonannya.

"Saya lebih suka mengatakan Mila bukan watak antagonis tetapi karakternya sukar diramal dan banyak dipengaruhi senario sekelilingnya.

"Malah, saya percaya dalam diri kita sendiri pun ada watak sedemikian apabila ada sesuatu yang membuatkan kita marah dan tidak puas hati kerana tidak mendapat apa yang diinginkan," katanya yang mengakui, tiada masalah ketika di lokasi .

Lisa sempat berkongsi cerita lucu sewaktu melakonkan adegan atas katil bersama Aaron.

"Sebelum adegan itu, saya baru sahaja memakan lebih kurang 10 ulas petai dan telah meninggalkan bau yang sangat kuat. Dalam masa yang sama, saya baru dapat tahu bahawa Aaron tidak sukakan petai.

"Dengan pantas saya mengunyah gula-gula getah dengan banyak untuk menghilangkan bau mulut tetapi nampaknya ia tidak hilang.

"Penggambaran perlu dilakukan dan ketika itulah wajah Aaron berubah yang memberikan hasil yang menarik seperti mana dapat ditonton di layar," kata Lisa dalam derai tawa.

Ombak Rindu terbitan Tarantella Pictures, kerjasama Astro Shaw itu akan mula ditayangkan pada 1 Disember ini-Utusan

Sunday, November 27, 2011

Tamatnya Perjuangan Hiro di Minggu ke 5 MLM


SHAH ALAM, 26 NOV 2011: Perjuangan kumpulan Hiro dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir sebentar tadi apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai Hamdan, Illya dan Ropie tersingkir selepas mendapat markah terendah berbanding 9 peserta lain yang membuat persembahan di minggu kelima MLM yang bersiaran secara langsung dari Royale Theater Selangor, Shah Alam. Aspek permarkahan dikira berdasarkan undian penonton yang membawakan 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Penyingkiran Hiro diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Selain Hiro, 2 lagi peserta yang diumumkan mendapat markah terendah ialah Adlin Aman Ramlie dan kumpulan Saehu.

MLM dihoskan oleh AC Mizal dan turut dipancarkan terus menerus secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132). Dua lagi juri tetap selain Chef Wan ialah lagenda bola sepak , Zainal Abidin Hassan serta Dato' Siti Nurhaliza. Juri jemputan minggu ini ialah Jatt dari kumpulan Black Dog Bone. Tema MLM untuk minggu ini ialah kisah purba.

Kini hanya tinggal 9 peserta lagi untuk meneruskan cabaran di minggu ke 6 MLM yang bakal bertemakan muzikal. Siapakah yang akan tersingkir dan siapakan yang bakal meneruskan cabaran? Sama-sama kita nantikan-Murai.com

Projek Pistol Terkejut Dapat Markah Tertinggi Top 5 Ke AJL 26

Lima peserta yang dijangka ke Anugerah Juara Lagu ke-26.- Foto TV3

SHAH ALAM: Kumpulan Projek Pistol yang mencalonkan lagu Wanita Seluruh Dunia di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26 minggu kedua terkejut apabila lagu tersebut mendapat markah tertinggi antara lima lagu yang dijangka ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 26.

Menurut vokalisnya merangkap komposer dan penulis lirik lagu tersebut, Boy Clifford, mereka seperti kebingungan apabila diumumkan sebagai calon ‘top 5’ oleh pengacaranya, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

“Mungkin tersilap dengar apabila mengatakan kami mendapat markah tertinggi. Bagaimanapun kami tetap bersyukur dan sangat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih lagu ini.

“Pada mulanya memang kami mengharapkan agar lagu ini berjaya layak ke AJL 26 dan sebab itu kami membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh seperti berada di peringkat akhir.

“Boleh dikatakan kami kerap berlatih sepanjang dua bulan ini,” kata Boy dalam satu temubual selepas program tersebut berakhir.

Sama seperti Boy, pemain gitarnya, pemuzik dan komposer Edrie Hashim juga berasa bertuah apabila buat pertama kalinya membuat persembahan di AJL 26.

“Jika dulu, saya selalu gubah lagu untuk orang tetapi kali ini pertama kali saya membuat persembahan untuk AJL,” kata Edrie.

Selain Projek Pistol, empat lagi peserta yang dijangka bertanding di AJL 26 adalah Hazama menerusi lagu Cinta Teragung hasil ciptaan Kuncidemak, Aizat (Sungai Lui/ Aizat / Anas), Najwa Latif (Cinta Muka Buku/ Najwa Latif / Ika Latif) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda/ Monoloque).

Sementara peserta lain yang terpilih juga tidak menyangka dengan kelayakan itu sebaliknya menganggap peluang untuk beraksi di peringkat separuh akhir itu sebagai medan untuk membuat persembahan semata-mata.

“Sebelum ini saya hanya mencipta lagu ini dengan kakak saya sekadar untuk suka-suka dan tidak menyangka tercalon untuk Muzik Muzik 26.

“Apabila sampai ke tahap seperti ini, saya hanya memikirkan untuk membuat persembahan yang terbaik. Jika layak ke peringkat akhir, alhamdulillah,” kata Najwa.

Bagaimanapun kelima-lima peserta top 5 itu agak terkilan apabila lagu Pokok ciptaan Taja dan Tun Teja yang dinyanyikan oleh Nubhan gagal terpilih.

“Walaupun saya tidak menyanyikan lagu Pokok, tetapi saya tetap berharap lagu itu terpilih ke AJL 26,” kata Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu tersebut.

Lagu-lagu lain yang turut bertanding pada malam itu adalah Kurnia nyanyian Mizz Nina & Noh Hujan ciptaan Noh Hujan, Luar Biasa (Shahir/ Audi Mok/ Zelfirdaus), Perpisahan Ini (1st Edition & Aizat/ Erol 1st Edition/ Jijo 1st Edition), Bagaikan Bidadari (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tomok) dan Ilusi (Adira/ Audi Mok).

Pemilihan lagu-lagu tersebut diadili oleh juri professional iaitu Azlan Abu Hassan, Yasin Sulaiman, Hazami, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan Azhar Borhan selaku ketua juri-MStar

p.s yahooo cinta teragung terpilih. puan zai ingat pokok tu hazama nyanyi upenya nubhan. anak-anak suka hazama yang nyanyi...huhu... lagu sg lui pun puan zai sukeee...




Air dan hujan...

Hujan turun tak henti-henti sejak petang tadi. Kalau dapat makan makanan bersup dan panas-panas kan best.

Kalau nak makan masakan yang best-best mesti lah kena masak ek. Pulak tu mesti lah kena masak sebabnya arini cuti umum.

Cuti umum tu sedap di dengar tapi yang tak sedap di dengar walau pun sekarang musim hujan, subuh-subuh tadi AIR paip tak keluar!!!!

Aduhhhh dah lah cuti, orang pepagi nak masak, nak makan, nak mandi, nak masak AIR, nak basuh kain dan nak buat semua yang berkaitan dengan AIR... tapi tiba-tiba tanpa sapa dan tanpa kata AIR takdeeee....

Nie yang mak nak marah nie... kalau kat rumah tak de budak kecik takpa... aduiyaiiii bikin panas ini orang-orang AIR... tak de otak betui time-time camnie AIR takde... orang tua pun tak tertahan nak gi toilet inikan pula budak kecik...

Harap maklum lah kalu ari ahad nie udah semestinya ada gak orang-orang nak buat majlis lebih-lebih lagi kalau cuti umum nie kan...

Dari nak buat majlis di pagi ari kena tunda lah ke malam hari, itu pun nasib lah menjelang tengahari muncul AIR tu... kalau tak kite bako je kite bako je orang-orang yang tak paham dan tak reti tu...

Ok lah udah lah... bengang pagi tadi dah terbawa ke petang lagi nie. Nie kalau masih takde air tadi emang dah tadah je air hujan... huhu...

Sekian catatan hujan dan air di hari ahad. fuhhhh...

[kalau tak de air tak de lah dapat goreng ikan jaket sumbat cili nie...huhu]

Puan Zai @ JH...
...Sedang hangin... cool ye puan zai...





Saturday, November 26, 2011

Puss in boots?

As-Salam.

Ada yang dah gi tgk puss in boots tak? Best tak? Anak-anak puan zai nak tgk gak. Cerita ni dah kua kat wayang kamis lepas.

Tgk lah camner nanti. Antara janji dan tidak ni. Hehe. Insyaallah ye anak-anak..


Takat jam ni anak-anak dok main games je lah nampaknya...

Friday, November 25, 2011

Novel: Karamel ~ Tiga ceritera dalam sebuah WARNA ~ Nasz

NKB: Novel Ku Baca...

Tiga ceritera dalam sebuah WARNA
~ Karamel
[Karya: Nasz]


Karamel itu benda hangus yang sedap~~~
Jadi setiausaha tak lah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi boss.

"Bila pula saya suruh duduk?" dia tanya aku, keras.

"Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya 's-u-k-a' berdiri.

Entah apasal tasi saya terduduk pula" Aku jawap, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia...



Komen JH:
Itu lah dia sedikit dialog yang ada dalam cerita ini. Cerita nie pendek dan ringkas. Puan zai suka dengan watak utama nie. Walaupun kasar tapi puan zai suka jiwa camtu. Best. Menjiwai gitu.

Rasa macam tak cukup je nak baca cerita nie. Nak lagi yang tebal kalau boleh cerita Karamel nie. Cerita sebenarnya terjadinya salah faham diantara watak Arif dan Ana. Arif ialah boss baru tempat Ana berkerja.

Arif menyangkakan Ana ialah ibu tirinya. Berlaku pelbagai emosi di antara mereka, emosi marah dan sebagainya. Salah faham dan siasat dan segala pertanyaan yang ada dalam diri Arif itu terjawap akhirnya dan dengan itu juga telah membuatkan Arif meminang Ana.

Kawan puan zai semalam ada kata Nasz ada menulis novel Sweet Sour kot tajuk novel. Nanti kalu ketemu dengan novel ini puan zai nak baca.

Untuk penulis ini iaitu Nasz, semoga berjaya masa akan datang.

Teringat puan zai masa baca cerita Karamel nie dalam taxi, aduiiyaiii boleh tergelak sorang-sorang... hehehe...

OK lah sekian... ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.

Puan Zai @ JH...

Next Novel: Aku Bukan Mittress... karya oleh Acik Lana...

Shahir tangguh album kerana terganggu

Lama ek tak dengar berita terbaru tentang Shahir. Puan zai suka gak kat mamat ni bila dia memenangi AF dulu. Sampai langgan lagu Kebahagiaan dan Perpisahan untuk ringtone abah seketika dulu.

Artikel di bawah nie puan zai baca kat Mstar. Jom layan...




Penyanyi yang juga merupakan juara bintang realiti, Akademi Fantasia, Shahir mengakui sedang sibuk menjalani  proses penghasilan album bagi membalas jasa peminat-peminat  yang selama ini banyak membantu kerjayanya.

Shahir yang selama ini sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi termasuk sering menghilangkan diri, mengakui  proses mengumpul material ini sering terganggu dengan aktiviti-aktiviti luar, dan kini dia kembali untuk fokus pada penghasilan album ini.

“Sekarang album saya sudah pun hampir 70 peratus siap, dan Insya-Allah akan dilancarkan pada bulan Disember depan.

“Untuk album ini, saya muatkan enam buah lagu yang mana tiga daripadanya adalah single saya yang pernah dimainkan di radio iaitu, Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Pendam dan Luar Biasa, dan tiga lagu lagi lagu baru adalah sentuhan daripada komposer, Kunci Demak, Sham Kamikaze dan saya sendiri.

“Tak dinafikan setelah dua tahun, saya masih belum mempunyai sebarang album. Sebenarnya perancangan album ini memang sudah dirancang sejak awal lagi, tapi ianya banyak terganggu dengan aktiviti-aktiviti luar.

“Saya rasa sekarang sudah tiba masanya untuk saya fokus, saya perlu memberikan sesuatu pada peminat-peminat saya yang selama ini banyak menyokong, mengundi dan memberikan kata-kata semangat,”jelas Shahir.

Bercerita tentang kontroversi yang tidak pernah putus-putus  menghantui dirinya, jelas Shahir ada sesetengah kontroversi menjatuhkan maruah dirinya.

“Apabila kontroversi timbul, perkara ini akan merumitkan keadaan. Ada yang melibatkan maruah saya dan keluarga dan ia member kesan kepada kami.

“Tak dinafikan ada juga kontroversi sekadar mengusik, namun sekiranya ia menjejaskan kepercayaan keluarga pada saya, itu yang membuatkan saya sedikit terkesan.

“Saya lebih kepada menjaga hati keluarga, apa pun yang saya lakukan, keluarga adalah yang utama,”jelas Shahir.

Thursday, November 24, 2011

Sandwish tuna toast

Malam nie kalu orang semua makan nasi, kami makan sandwish tuna toast.

Beli roti kat babu roti brand Federal tu. Roti nie lembut sikit nak banding dengan roti brand lain.

Bakar roti, sapu planta, sapu juga mayo dan akhir sekali letakkan tuna. Hmm apa lagi meh makan...


Kenanga Wholesale City

Lunch time tadi gi bertiga ke Kenanga Wholesale City yang baru je bukak. Masih ada lagi kedai-kedai kosong yang masih di renovate.

Kitaorg gi sebab nak cari blouse untuk di jual... Gi dengan tauke (tukang keluar duit modal), accountant (tukang kira duit masuk dan keuntungan) dan marketing (yakni puan zai tukang jual) ke sana selama satu jam. Hehe dah macam bukak company je kan...

Dapat rembat 10 pasang blouse dulu. Sebabnya bangunan baru lagi. Gi sana cuci-cuci mata dulu. Lain kali datang lagi cari barang.

Kalau sebelum ni gi jalan ke sana akan berjalan kaki sepanjang jalan banyak kedai-kedai borong yang menjual pelbagai jenis baju-baju. Uissshh naik juling la mata nak memilih kadang tu 2 jam break tak cukup masa tau.

Masa tu panas la sebab kena ke satu kedai ke satu kedai. Sekarang tidak lagi. Di Kenanga Wholesale City nie semua kedai borang di tempat kan disini dengan keadaan yang cukup selesa yang berhawa dingin.

Parking pun banyak mana tak nya paking sampai tingkat 10 tingginya. Takat nie paking masih free tak payah bayar.

Jadi tak perlu basah ketiak panas-panas nak cari barang. hehe

 Lagi satu, kat sini ada foodcourt.
Jadi sambil-sambil cari barang bole basahkan tekak dulu.
Tapi kitaorang tak gi lah sebab kesuntukan masa nak cuci mata nie.

 Boleh tak bawa balik bunga banyak tu?
Maklum kedai baru jadi banyak bunga-bunga ucapan tahniah untuk open ceremony kedai masing-masing.

 Aduhhhh geram lah tengok baju kanak-kanak kat sini semua cantek-cantek.
Nasib lah takde baby kalu tak memang dah rembat dah...
Sekarang consentrade amek blouse, kendian ari bole lak cari pakaian kanak-kanak pula.
Ini semua terpulang pada tauke kami nie. hehe...

 Tauke dok tengok design.

Rambang mata tau nak pilih semuanya mengugat iman tauuu...

Next time nak gi ronda-ronda. Kalau semua kedai dah buka semua lagi la best nya... takat nie puan zai dan kawan-kawan terlampau teruja berjalan sampai sakit tapak kaki. Terlalu besar dan bertingkat-tingkat...

Sampai opis masing-masing kebulur terus tapau nasi kat food court...

Wokeh le jumpa lain masa... tata

Puan zai @ JH..



Strepsils?

Sudah ramai yang mencari.
adakah kerana cuaca?
adakah kerana pemakanan?
adakah kerana pengambilan ais?
atau
adakah kerana menjerit terlolong pada malam isnin dan menjerit terlolong juga malam tadi kerana tengok bOLa?
huhuahua...


Money Drop sediakan RM1 juta tunai




PARA peserta Money Drop bersama longgokan wang tunai RM1 juta sewaktu rakaman rancangan itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



MONEY Drop adalah pertandingan kuiz dalam rancangan televisyen tempatan yang menawarkan hadiah paling lumayan buat para pemenangnya iaitu wang tunai RM1 juta.

Rancangan terbitan Endemol Malaysia yang akan disiarkan di Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad mulai 3 Disember ini juga berbeza dengan rancangan lain.

Tidak seperti pertandingan lain yang menyediakan hadiah seperti kereta dan barangan elektrik, Money Drop menyediakan wang tunai RM1 juta dengan menjawab lapan soalan sahaja.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, rancangan itu bukan sahaja berbeza dengan rancangan seperti Roda Impian, malah wang tunai yang ditawarkan juga lebih lumayan daripada itu.

“Rancangan ini telah terbukti sambutannya kerana imbuhan wang tunai yang lumayan selain mendapat sambutan di 33 buah negara sewaktu ia ditayangkan di negara-negara terbabit.

“Money Drop pernah mendapat anugerah British Academy of Arts Film dan Anugerah Televisyen di United Kingdom pada tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Azlin, rancangan yang menampilkan soalan-soalan kuiz daripada pelbagai topik itu sesuatu yang sukar diduga biarpun hanya lapan soalan disediakan untuk setiap peserta.

Ini kerana, katanya, setiap peserta yang ditampilkan berpasangan itu mampu membolot RM1 juta yang ditawarkan tetapi pada masa sama juga berdepan risiko jika tersalah percaturan.

“Sebagai contohnya, setiap peserta akan diberi masa 60 saat untuk menjawab satu soalan di mana jika mereka tidak yakin jumlah wang tunai RM1 juta itu boleh dipecah-pecahkan.

“Wang tunai yang diletakkan di tempat jawapan yang salah akan jatuh ke lubang bahagian bawah dan itu bermakna peserta terbabit akan kehilangan wang tersebut,” ujarnya.

Money Drop yang dirakamkan sebanyak 26 episod mendapat sambutan ramai apabila uji bakat yang diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur disertai lebih 2,000 peserta.

Lebih menambahkan kepelbagaian setiap peserta yang ditampilkan berlainan latarbelakang pendidikan dan kerjaya di mana ia akan memperlihatkan tahap kepintaran yang berbeza.

“Soalan yang diketengahkan menampilkan topik-topik yang berkaitan dengan pengetahuan am di mana setiap soalan mempunyai jawapan hampir sama supaya setiap peserta membuat analisis.

“Di sinilah perlunya semangat berpasukan kerana mereka harus bijak menjawab soalan dan membuat strategi supaya dapat membolot wang tunai sebanyak yang mungkin,” ujarnya.

Ternyata Money Drop membawa risiko yang bukan kepalang kerana di hadapan setiap peserta dilongokkan wang tunai RM1 juta sehingga pelbagai langkah keselamatan diambil.

Antaranya setiap peserta termasuklah media massa yang membuat liputan tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit selain kawalan pasukan keselamatan yang ketat.

AC Mizal yang diberi kepercayaan mengacarakan rancangan itu juga tidak menafikan berasa gugup apabila berada di depan wang tunai RM1 juta.

“Ini pertama kali saya tengok wang tunai RM1 juta di depan mata. Sebelum ini memang ada pertandingan yang menyediakan wang tunai tetapi pemenang akan menerimanya kemudian.

“Sedangkan dalam pertandingan ini wang tunai RM1 juta itu sudah menanti di depan mata sebelum mereka menjawab soalan lagi. Itu adalah tarikan dalam pertandingan ini,” jelasnya.

Sewaktu diajukan persoalan mengapa dia sering dipilih sebagai pengacara dalam rancangan-rancangan terbitan Astro, jelas AC semua itu atas pemilihan stesen terbabit.

Apatah lagi, kata bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia musim kesembilan itu, pemilihan itu kerana dia salah seorang artis bertaraf residen yang bernaung di bawah Astro.

“Walaupun saya mengacarakan banyak rancangan seperti Maharaja Lawak Mega dan Money Drop tetapi pendekatan atau penampilan saya tidak sama di antara satu sama lain.

“Contohnya, dalam Maharaja Lawak Mega saya lebih santai dan kurang serius, manakala dalam Money Drop cara pengacaraan saya lebih formal termasuklah daripada segi pakaian,” jelasnya-Utusan



Yuna Sahkan Kemenangan 'Penakut' Ditarik Balik



PENYANYI Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut)-Mstar

Wednesday, November 23, 2011

Biryani CM...

Salam buat semua...

Ini cerita tengahari tadi. Tengah dok ngadap pc jam 11.30pagi tadi ada suara-suara mengatakan salah seorang boss kat divison kami nak belanja biryani yang di jual kat CM tu.

Wah, kalau ada hajat murni tu terima je lah dah rezeki.

Dulu masa keje kat branch Sg Wang selalu gak gi tapau nasi biryani kat sana. Biryani Tajuddin namanya. Call je buat tempah pastu bole gi amek. Mudah jer. Sebungkus RM5.

Memang sedap. Tak tipu punya. Selalu kalu 'belanja' dengan duit sendiri amek ayam goreng aje. Tapi kali ini boss yang nak belanja tu soh tapaukan sebungkus tu ada ayam goreng dan telor mata.

Hehe bonus nie ada telo. Jadi Jam 12 tengahari tu seorang runner yang boss upah untuk amek 16 bungkus nasi tu untuk kami perut-perut yang tetiba sebelum waktu makan dah berbunyi-bunyi hehehe....







Bila ada orang belanja tu, takde la kami turun gi food court. Gi je panaskan air buat teh o panas. Sruppp sruppp sambil pekena biryani tu...
 

Tupperware Ezy Keeper Large

Product Pilihan puan zai kali ini ialah Tupperware Ezy Keeper Large 4.3L.

Puan zai beli sebelum raya haji aritu dengan harga RM40.


Mula tu tak pasti nak letak apa masa raya haji tu.

Nak letak minuman air kotak ke kueh ke atau apa.

Last-last masa raya tu puan zai letak nasi impit mini dalam tu.

Mudah sikit sebabnya tak perlu susah-susah nak buka penutup, tolak je dan ambil.

 Tupperware nie tinggi jadi kali ini puan zai simpan buah-buahan di dalam sebelum masuk ke dalam peti ais.

 Boleh masuk hampir 30 biji buah bersamaan 3 jenis buah dalam bekas nie.
Senang kan?
Memang mudah.
Nak simpan mudah.
Nak buka pun mudah.
Itulah tupperware...
cewahhh gini le orang 'giler' tupperware nie...
hehehe
ok lah... jumpa lagi di lain tupperware pula ye...

Tata... Puan Zai @ JH


Telefilem Parit Jawa singkap sisi hidup masyarakat Jawa



Dalam usaha untuk menyokong pembangunan seni tanahair, Astro meneruskan inisiatif untuk menawan hati para pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian kandungan tempatan dan antarabangsa bagi memenuhi citarasa penonton yang pelbagai.

Menurut Pengurus Saluran Premium Filem  Astro, Puan Shoba Devi, “Selama hampir sedekad sejak dilancarkan pada tahun 2001 yang ketika itu dikenali sebagai Astro Showcase telah melalui pelbagai trasformasi ini masih menjadi pilihan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada para pelanggan.

“Diperkukuhkan lagi dengan dua buah saluran premium, Astro Box Office Tayangan Hebat memberikan pengalaman menonton yang menarik dengan sekurang-kurangnya lapan buah filem sebulan tanpa sebarang gangguan iklan sewaktu bersiaran.

“Pada setiap bulan, pelbagai karya tempatan, Asia mahupun antarabangsa daripada pelbagai genre seperti seram, drama, aksi, komedi dan romantik telah ditayangkan di saluran ini.

“Sejak bulan April lalu, Astro telah memperkenalkan supertelemovie yang mengetengahkan karya tempatan dengan kualiti sebuah filem dari sudut jalan cerita, sinematografi dan pengarahan untuk ditayangkan di televisyen. Untuk bulan Disember ini, giliran Parit Jawa akan dipilih menjadi supertelemovie yang akan ditayangkan di saluran ini ,” ujar Shoba lagi.

Supertelemovie Parit Jawa arahan Tunku Mona Riza ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Jalil Hamid dan Eman Manan, Ruminah Sidek dan Ghazali Abu Noh.

Sinopsis: Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain.

Setelah Sapian (Ghazali Abu Noh) meninggal dunia, Tuminah (Ruminah Sidek) menjadi semakin risau akan keluarganya yang semakin kucar kacir.  Anaknya hanya ingin merebutkan tanah pusaka keluarga mereka yang masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri tanpa mempedulikan ibunya yang masih hidup.

Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah Sapian. Manakala Arman (Eman Manan) dan Jalal (Zahiril Adzim) masing-masing inginkan tanah pusaka itu menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah belahkan tanah itu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Arman meninggal dunia, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak dan lebih ingin menjual tanah itu. Dan hanya tinggal Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka keluarganya itu.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton supertelemovie terhebat Parit Jawa sepanjang bulan  Disember ini dengan melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952) berharga RM9.95-Mangga.

Tampilkan kuku cantik, sihat

Tangan dan kaki merupakan bahagian badan yang paling banyak bergerak. Maka, penjagaan pada bahagian tersebut adalah amat penting malah perlu dimulakan pada usia muda.

Selain itu, kuku kaki dan tangan yang bersih dan rapi memberikan pandangan dan tanggapan pertama kepada empunya diri.

Butik kecantikan, Beauty Palace di No 31, SS15/2A, Subang Jaya, Selangor misalnya, menyediakan rawatan kuku, spa tangan dan gaya yang lebih praktikal untuk kegunaan semasa berbanding hanya mewarna dan menghias kuku .

Bagi yang beragama Islam, mereka digalakkan melakukan rawatan kuku untuk menjadikannya lebih sihat, melembap dan bersinar.

Teknik-teknik rawatan yang diketengahkan ialah melindungi kuku dan memastikan kerja-kerja rawatan membersihkan sel-sel kuku mati.

Penjagaan kutikel kuku adalah penting agar sentiasa berada dalam keadaan cantik dan tidak rosak, luka dan akhirnya menjadi hitam, patah dan rapuh.

Bagi rawatan kulit kaki dan tangan, produk penjagaan kulit Giena seperti minyak aroma terapi digunakan.Selain memiliki kuku bersih dan cantik, rawatan juga menjadikan kulit pada tangan dan kaki lebih lembut selain mengurangkan kedutan. 

Antara perkhidmatan lain yang disediakan di butik kecantikan ini adalah spa dan urutan tangan, mewarna, memotong kuku dan penyambungan kuku atau menghiasnya mengikut cita rasa pelanggan-Utusan





Tuesday, November 22, 2011

Meehon Ladna...

Sekarang sudah jam 12.44 tengahari. Perut lapa tapi tak tau makan apa.

Ngantuk sikit bila masuk waktu tengahari, malam tadi lambat tido sebab harimau malaya menang pingat emas menewaskan Indonesia... bole gitu?

Muak rasanya nak makan nasi campur, pi pakat dengan kengkawan order goreng-goreng kat foodcourt pejabat... jom lunch sama... anda semua lunch apa hari nie?

Kalau surirumah mesti dok dah masak untuk anak-anak. Anak-anak puan zai makan lauk apa lah hari ni ek... hmmm xpa jap lagi nak call umah tanya kabar mereka...

 Meehon ladna dengan harga RM4.00.
Dah boh cili potong dengan kicap tu.
Tak makan cili buat rasa pedas makan dengan kicap je.

 View dari dekat sikit la bagi jelas kat kengkawan sikit hehe.
Puan zai amat suka ladna nie sebab ia dipelbagai dengan pelbagai jenis sayur.
Kalau orang peberet sayur-sayuran nie gitu le gayanya.

Alkisah kalau tapau tu, makan kat meja aje la nampak.


Emang tak elok kalau kita baca kata pakar yang ada mengatakan cuba hindari makan di meja pejabat.

Bagi ruang minda untuk berehat sekejap di waktu makan tengahari supaya mudah otak dan penghadaman. ye tak?

Tapi hari ini puan zai makan sambil berblog.

Bole ke gitu?

Bolehhhh jerkkkk...

Sekian, Puan Zai @ JH




Penghijrahan Rahmat

Bila baca artikel di Kosmo! Online mengenai salah seorang penyanyi tahun 90an ini, terimbau kembali kenangan masa mudo-mudo dulu.

Alahai zaman masa sekolah menengah dedulu penuh dengan nostalgia bersama kawan-kawan.

Masa puan zai form 2 dulu puan zai suka sangat-sangat dengan 3 lagu yang masih segar di ingatan yang berkaler pink seperti di bawah...

RAHMAT bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berkarya.


LELAKI bernama Engku Rahmat Engku Ismail atau nama komersialnya Rahmat Ekamatra cukup popular bersama band rock, Ekamatra sekitar penghujung tahun 1980-an dan 1990-an.
Lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan antara lagu sinonim dengan Rahmat meskipun selepas dia keluar daripada band Ekamatra dan muncul bersama band yang diberi nama RAHMAT. Band RAHMAT tidak bertahan lama, akhirnya, Rahmat bergerak secara solo pada tahun 1993.
Rahmat muncul kali terakhir bersama album adalah pada tahun 2006 menerusi album Antologi. Sejak zaman band Ekamatra sehingga bergerak solo, imej Rahmat tidak banyak berubah.
Dia masih setia dengan berkemeja-T dan seluar jeans koyak serta rambut panjang mengurai yang menjadi identiti wajib setiap penyanyi rock ketika itu.
Bagaimanapun bertemu dengannya baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan perubahan 360 darjah bapa kepada tiga orang anak itu.
“Saya sedar ramai yang terkejut dengan penghijrahan imej serta diri saya termasuk rakan terdekat serta peminat tetapi penghijrahan ini ke arah kebaikan.
“Sejak berubah dan mendalami ilmu agama, jiwa saya lebih tenang dan tenteram,” ujar Rahmat.
Ditanya, bagaimana boleh berlaku penghijrahan terhadap dirinya, jawabnya, semuanya berlaku secara kebetulan dan tidak dirancang.
“Semuanya bermula di sebuah kedai buku pada tahun lepas. Saya terpandang sebuah buku yang menceritakan kisah Rasullullah S.A.W.
“Ketika itu saya tidak ambil kisah, tetapi apabila pulang ke rumah, fikiran saya asyik teringatkan buku itu sahaja. Dalam hati saya terdetik yang saya mesti dapatkan buku itu. Setelah membeli buku itu, timbul perasaan kagum terhadap Rasullullah S.A.W.
“Orang di kedai buku itu juga ada memberitahu saya, bahawa Yayasan Sofa ada menganjurkan kelas agama setiap hujung minggu jika saya berminat,” katanya.
Sambung Rahmat lagi, bermula dengan sebuah buku, kemudian hatinya terus terpaut untuk mendalami agama selepas menghadiri kelas agama yang diadakan oleh Yayasan Sofa.
“Pengalaman pertama saya mengikuti kelas agama Yayasan Sofa telah membuka pintu hati saya untuk mempelajari lebih lagi tentang ilmu agama .
“Selain menimba ilmu, apa yang saya sedar, jiwa saya lebih tenang. Pertuturan saya menjadi lebih lembut dan terkawal. Alhamdulillah, seluruh keluarga termasuk anak-anak menyambut baik penghijrahan saya.
“Anak-anak saya juga sering bertanya bermacam perkara mengenai Rasulullah S.A.W. Bila saya sudah ada ilmu, saya juga jadi seronok untuk berkongsi kehebatan Rasulullah S.A.W bersama mereka,” balas Rahmat.
Meskipun tampil dengan imej yang berbeza, tegas Rahmat dia masih lagi Rahmat yang sama, cuma yang berbeza adalah penampilan luaran serta pertuturan.
“Walaupun saya berjubah, tetapi hari-hari biasa, saya masih Rahmat yang sama. Jika ada permintaan untuk saya nyanyikan kembali lagu-lagu rock Ekamatra, saya masih boleh memenuhi permintaan itu.
“Tetapi dalam masa yang sama saya akan turut menyelitkan karya terbaru saya yang ke arah Islamik,” jawabnya.
Rahmat kini muncul dengan album solo terbaharu berjudul Semarak Cinta Rasullullah yang kini telah terjual sebanyak 10,000 unit meskipun tanpa publisiti yang meluas.
Album yang dirakam pada bulan Jun tahun ini mengandungi lima qasidah yang memuji Rasulullah S.A.W dan diterbitkan sendiri oleh Rahmat.
"Saya benar-benar merasakan ini adalah buah tangan yang bakal menyentuh hati dan jiwa pendengar.
“Respon yang diterima juga memberansangkan. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkarya kerana Allah," kata Rahmat .
Walaupun sudah bertukar arah daripada rock ke Islamik tidak mustahil buat Rahmat untuk muncul dalam sebuah album rock Islamik atau bergandingan dengan mana-mana kumpulan nasyid popular tanah air.
“Perancangan itu ada, tetapi belum dapat direalisasikan lagi. Saya tidak menolak sebarang cadangan, walaupun menyanyi lagu rock tetapi kalau isi lagunya mengajak pendengar ke arah kebaikan, apa salahnya untuk saya mencuba.
“Inilah masa dan peluang saya untuk berbakti dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada peminat saya,” ujarnya yang kini berusia 43 tahun.
Sebahagian wang yang dikutip daripada album yang dijual pada harga RM25 seunit itu akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Sofa untuk tujuan dakwah, pendidikan, penyelidikan dan kebajikan Islam.

Najib ucap syabas kepada Harimau Muda



PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir malam ini. 

Perdana Menteri berkata, seluruh rakyat Malaysia amat bergembira dengan kejayaan itu serta semangat yang ditunjukkan pasukan kebangsaan.
"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya dalam mesej Twitter sebentar tadi.
Pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia itu, Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti. 

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan. 

Indonesia mendahului seawal minit kelima sebelum Malaysia menyamakan kedudukan 30 minit kemudian-Berita Harian.






Pasukan bola sepak Malaysia dijadual tiba pukul 2:30 pagi ini...




22/11/2011 12:01am

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pasukan bola sepak Malaysia, yang baru sahaja memenangi pingat emas dengan mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI malam tadi, dijadualkan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada kira-kira 2:30 pagi ini.


Kabinet pada mesyuarat mingguan Jumaat lalu memutuskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) itu yang akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada Khamis ini, akan dibawa pulang dengan menggunakan pesawat sewa khas selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA. - Utusan

Sukan Sea: Skuad Harimau Muda Raih Pingat Emas

Pasukan Malaysia gembira selepas menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada aksi akhir Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin

PASUKAN Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas selepas menang ke atas Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada saingan akhir acara bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin.


Monday, November 21, 2011

TAHNIAH! Harimau Muda Malaysia!



Malaysia Boleh!


Harimau Muda Boleh!


Tahniah! Puan zai @ JH ucapkan kepada semua pemain harimau muda.


Semangat kesukanan rakyat Malaysia yang kita nak tengok waktu camnie kan?


Semoga mereka dapat relax dan rehatkan diri untuk menentang Syria rabu ini untuk kelayakan sukan olimpik pula.


Walaupun mereka terpaksa menghadapi bermacam-macam bentuk dugaan dan rintangan di dalam dan di luar stadium, akhirnya mereka dapat merangkul pingat emas malam tadi.


Puan zai memang menonton dari mula hingga akhir walaupun sejak dah tua-tua nie (tua ker?) hehe kureng sikit pada perlawanan bola sepak, di sebabkan semangat kesukanan puan zai malam tadi telah sama-sama masuk menyertai sorakan dan sokongan dari famili, adik beradik dan anak-anak menonton Astro Arena di rumah. Meriah wooo kat rumah cuma tak de pic je nak bagi bukti betapa meriah melompat-lompat hehe.


Biarpun jeritan dan gegaran yang telah kami buat, akhirnya berbaloi... hehehe sampai perit tekak dok jerit-jerit.


Hmmm ok lah, malam nie dah boleh tidur dengan perasaan BANGGA nie... jangan mengigau terjerit-jerit sudahh lahhh yeee hehehe...


Akhir sekali tahniah kepada pasukan harimau muda terutamanya Khairul Fahmi dan Baddrol selaku kapten...


Puan Zai @ JH

Keputusan Bola Sepak Separuh Masa Pertama, Malaysia 1-1 Indonesia

Aksi Asraruddin (depan)selepas menjaringkan gol penyamaan 1-1 dengan Indonesia ketika perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin. Foto: M. AZHAR ARIF/The Star. .

Setakat jam 9.38pm...


PASUKAN Indonesia mendapat gol pertama melalui tandukan Gunawan Dwi Cahyo pada minit kelima perlawanan, namun Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-34 permainan pada acara akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Isnin-Mstar.




p.s seisi rumah semua layan bola, puan zai pun layan sampai sakit-sakit jiwa tengok hehehe... go Malaysia go!!!





Pesawat khas bawa Harimau Muda

PARA pemain negara menjalani latihan ringan di luar hotel penginapan mereka di Jakarta semalam sebagai persiapan menghadapi aksi final menentang Indonesia malam ini.


JAKARTA - Sebuah kapal terbang khas akan membawa pulang skuad bola sepak negara ke tanah air sejurus tamat aksi me- nentang Indonesia pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam.
Menurut Ahmad Shabery, keputusan untuk membawa pulang barisan Harimau Muda dengan pesawat komersial itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini.
Ia bertujuan memberi ruang masa kepada skuad kendalian Ong Kim Swee itu berehat sebelum mereka berdepan dengan Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok (23 Novem- ber).
"Atas dasar keprihatinan kepada pasukan bola sepak negara yang terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan (bagi tempoh seminggu), pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membawa perkara ini ke Kabinet pada Jumaat lalu.
"Jadi kerajaan telah bersetuju untuk membawa pulang pasukan negara menggunakan kapal terbang khas dengan kerja- sama Air Asia.
"Mereka (skuad Harimau Muda) akan berlepas selepas perlawanan (menentang Indonesia). Dengan cara ini membolehkan para pemain berehat sebelum menentang Syria pada 23 November nanti," jelas Ahmad Shabery.
Hakikatnya, anak-anak buah Kim Swee jelas menghadapi masalah keletihan sebelum berdepan Syria kerana terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.
Jadual padat Harimau Muda bermula apabila mereka berdepan Indonesia pada 17 November lalu sebelum turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir dua hari kemudian.
Hari ini, mereka sekali lagi akan membuat perhitungan dengan Indonesia dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut sebelum mengalihkan fokus bagi kempen kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria esok.
"Keputusan ini dibuat juga sebagai pengiktirafan kepada mereka apabila layak ke final. Kejayaan layak ke final buat kali kedua berturut-turut amat membanggakan.
"Bola sepak merupakan acara berpasukan paling sukar dan berprestij pada Sukan SEA. Walaupun menghadapi pelbagai hala- ngan dan rintangan, mereka (skuad Hari- mau Muda) telah memberikan aksi yang baik dan tidak pernah tewas.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara dan berdoa agar mereka beraksi dengan baik (pada saingan final) seterusnya memenangi pingat emas," jelasnya.
Mengulas mengenai provokasi melampau daripada penyokong-penyokong fanatik Indonesia sehingga mungkin mencetuskan kemungkinan skuad Harimau Muda akan sekali lagi menaiki Barracuda (kereta perisai milik polis Indonesia), Ahmad Shabery berkata:
"Para pemain sudah ada pengalaman menaiki Barracuda.
"Mungkin kali ketiga mereka akan menaiki Barracuda esok (hari ini). Tetapi dari segi impak psikologi, saya percaya para pe- main negara mampu mengatasi setiap rinta- ngan yang datang.
"Saya percaya para pemain mampu berhadapan dengan tekanan psikologi, bukan sahaja kerana terpaksa menaiki Barracuda tetapi juga penyokong-penyokong Indonesia.
"Jika mental mereka kuat, tidak mustahil kita mampu meraih emas acara bola sepak yang dianggap memiliki prestij tersendiri."
Kosmo! Online...
p.s setakat jam 9.18pm, Malaysia 1 - Indonesia 1...