Maklum sahaja lah dah tak de aktiviti kat rumah, jadi puan zai bawa anak-anak tengok konsert Aleeya.
Lagipun konsert nie di adakan kat Pusat Sains Negara yang lebih kurang 5 minit sahaja perjalanan dari rumah puan zai.
Anak-anak dah tentu teramat teruja sebab ini kali pertama ke Pusat Sains Negara. Kakak selalu kata nak gi tapi tak terbawa walaupun dekat aje cuma.
Kita layan je la ek pic-pic Aleeya nie... tapi nak mintak maap la hp huduh nie, bak kata KakAya kalu hp kakaya cap ayam, hp puan zai cap ayam bisurabun sebab pic tak berapa cantik.
Melambak-lambak la tadi dah amek pic kat camera, tup tup batery low dan terpaksa charge dulu. Di sebabkan ibulong Aleeya nie gelojoh (gelaran Aleeya pada puan zai), tak sabar-sabar nak post entry nie.
Perjalanan ke Pusat Sains. Kami ikut belakang bas Aleeya.
Ibu bapa ikut belakang bas berkonvoi kesana.
Sesampai je di sana, semua nampaknya terlalu teruja.
Seronok tengok.
Kami gerak ke Auditorium Ibnu Sina untuk konsert Aleeya.
Sebenarnya kan ada dua benda yang buat puan zai suka dan benci nak hadir tonton konsert macamnie.
Satu suka sebab suka dan seronok tengok telatah budak-budak 3 - 6 tahun buat persembahan.
Kedua benci sesangat bila persembahan dan telatah dorang buat hati seorang ibu nie tersentuh, sebak, terharu dan macam-macam lah perasaan bercampur baur nie... sob sob sob... pandai dorang menari dan menyanyi huhu.
Nak-nak tengok Aleeya yang jadi MC dan tutur nya yang lancar tanpa tersekat-sekat.
Konsert dah berakhir...
Time bergambar beramai-ramai...
Aleeya bergambar dengan kakak dan adik serta nenek.
Pic last tu prinsipal Aleeya...
Aleeya pun dah graduate dah petang nie...
OK lah, dah abes je majlis jenguk ke luar hujan turun lebat sesangat. Perut pun dah berbunyik sebenarnya. Kena cari kedai makan lah nampaknya. Sebelum pulang dorang dapat goodybag sorang satu.
Jadi episod nie akan bersambung ke acara makan dannnn acara berjalan-jalan di Pusat Sains.
To be continue... tataaa...
p.s - InsyaAllah, nanti puan zai upload lain-lain pic ek....
No comments:
Post a Comment