PARA pemain negara menjalani latihan ringan di luar hotel penginapan mereka di Jakarta semalam sebagai persiapan menghadapi aksi final menentang Indonesia malam ini.
JAKARTA - Sebuah kapal terbang khas akan membawa pulang skuad bola sepak negara ke tanah air sejurus tamat aksi me- nentang Indonesia pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam.
Menurut Ahmad Shabery, keputusan untuk membawa pulang barisan Harimau Muda dengan pesawat komersial itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini.
Ia bertujuan memberi ruang masa kepada skuad kendalian Ong Kim Swee itu berehat sebelum mereka berdepan dengan Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok (23 Novem- ber).
"Atas dasar keprihatinan kepada pasukan bola sepak negara yang terpaksa beraksi dalam tiga perlawanan (bagi tempoh seminggu), pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membawa perkara ini ke Kabinet pada Jumaat lalu.
"Jadi kerajaan telah bersetuju untuk membawa pulang pasukan negara menggunakan kapal terbang khas dengan kerja- sama Air Asia.
"Mereka (skuad Harimau Muda) akan berlepas selepas perlawanan (menentang Indonesia). Dengan cara ini membolehkan para pemain berehat sebelum menentang Syria pada 23 November nanti," jelas Ahmad Shabery.
Hakikatnya, anak-anak buah Kim Swee jelas menghadapi masalah keletihan sebelum berdepan Syria kerana terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.
Jadual padat Harimau Muda bermula apabila mereka berdepan Indonesia pada 17 November lalu sebelum turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir dua hari kemudian.
Hari ini, mereka sekali lagi akan membuat perhitungan dengan Indonesia dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut sebelum mengalihkan fokus bagi kempen kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria esok.
"Keputusan ini dibuat juga sebagai pengiktirafan kepada mereka apabila layak ke final. Kejayaan layak ke final buat kali kedua berturut-turut amat membanggakan.
"Bola sepak merupakan acara berpasukan paling sukar dan berprestij pada Sukan SEA. Walaupun menghadapi pelbagai hala- ngan dan rintangan, mereka (skuad Hari- mau Muda) telah memberikan aksi yang baik dan tidak pernah tewas.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara dan berdoa agar mereka beraksi dengan baik (pada saingan final) seterusnya memenangi pingat emas," jelasnya.
Mengulas mengenai provokasi melampau daripada penyokong-penyokong fanatik Indonesia sehingga mungkin mencetuskan kemungkinan skuad Harimau Muda akan sekali lagi menaiki Barracuda (kereta perisai milik polis Indonesia), Ahmad Shabery berkata:
"Para pemain sudah ada pengalaman menaiki Barracuda.
"Mungkin kali ketiga mereka akan menaiki Barracuda esok (hari ini). Tetapi dari segi impak psikologi, saya percaya para pe- main negara mampu mengatasi setiap rinta- ngan yang datang.
"Saya percaya para pemain mampu berhadapan dengan tekanan psikologi, bukan sahaja kerana terpaksa menaiki Barracuda tetapi juga penyokong-penyokong Indonesia.
"Jika mental mereka kuat, tidak mustahil kita mampu meraih emas acara bola sepak yang dianggap memiliki prestij tersendiri."
Kosmo! Online...
p.s setakat jam 9.18pm, Malaysia 1 - Indonesia 1...
No comments:
Post a Comment