Wednesday, November 2, 2011

Sijil Pendidikan Pra-sekolah Ahmad Khuza'ee


Tadi jemput adik balik dari tadika. Dari jauh nampak adik bawa banyak barang. 

 Sijil adik dah dapat kat sekolah tadi. Tu yang nampak banyak barang tu sebab adik dapat juga lain-lain cenderahati dari sekolah.

 Selain adik dapat sijil, adik juga dapat beg sekolah star polo, kaler pensil faber castle, face towel, tupperware, angry birds, topeng muka dannn belon.

 Kenapa adik dapat semua nie hari ini di sekolah?
Sebabnya hari ahad tu ada hari sukan dan penyampaian sijil di Port Dickson.
Almaklum adik tak dapat menyertai cikgu dan rakan-rakan kerana kesihatan adik.
Minggu lalu adik tak berapa sihat.
Dan pula adik baru sahaja keluar hospital kerana demam kejang pertengahan bulan oktober haritu.
Lalu cikgu dah dimaklumkan kehadiran adik tahun nie tiada walaupun adik nak sesangat pergi.
InsyaAllah, tahun hadapan adik akan turut menyertai cikgu, masa tu adik pun dah 6 tahun.

'Sepah-sepah' time...
Adik dah leka buat sepah, main dengan cenderahati yang adik dapat...


No comments: