Saturday, November 19, 2011

Akhirnya JH Kecundang Di Minggu Keempat~MLM

Opssssss.... yang tersingkir ialah JH-Jalil Hamid. Yang masih di sini JH-Jendela Hati masih ada tauuu...

Setakat ini sahaja nampaknya perjalanan pelawak otai pada malam ke 4 ini di mana dia tersingkir.

Wah...  malam puan zai paling suka sekali dengan persembahan OSBON. Kelakar giler.

Dengan sleng jawa Abon tu buat orang ketawa tak henti-henti.



Selain tu Boboi pun best juga. Kedua-dua kumpulan bercerita tentang FB... best best...

Kali ini minggu ke 4, Sobri membuat persembahan solo kerana pasangannya dalam BP iaitu Bob Kuman di hospital kerana kecederaan yang mana dia terjatuh di bilik sebelum bermula show MLM malam nie.

Dalam ucapan pendek yang sedih oleh Sobri sempat jugak dia mengata Bob yang jatuh tercium jamban. Dengarnya muka Bob luka teruk jugak... Kesian Bob...

Selamat berjaya kena BP di malam seterusnya dan harap masa akan datang Sobri tidak akan keseorangan dan puan zai harap Bobby akan sama-sama memeriahkan pentas MLM... Tahniah juga buat Sobri...



Dari peserta Indonesia pula, puan zai memang suka menonton lawak dari Saehu dan Bawel... kedua-dua kumpulan ini setiap minggu ada je idea bernas yang mereka bawa ke pentas.

OK lah cerita banyak tak moh, jom baca artikel dari Murai.com...jommm....



SHAH ALAM, 19 NOVEMBER 2011: Pelawak, pelakon dan penyanyi Jalil Hamid,54, terpaksa akur dengan keputusan undian keseluruhan program Maharaja Lawak Mega (MLM), apabila telah diumumkan sebagai satu-satunya peserta yang di singkirkan pada minggu keempat pertandingan berkenaan sebentar tadi.

Dengan menggunakan nama JH, penyingkiran peserta solo itu telah diumumkan oleh pengacara MLM, AC Mizal di hadapan penonton yang memenuhi Royale Theater Selangor, Shah Alam serta di siarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

Dengan membawakan persembahan bertemakan Cinta, Jalil Hamid atau nama sebenarnya, A Jalil Nin A Hamid bagaimanapun tidak berjaya menawan hati dua juri tetap iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan serta seorang juri undangan, Wangi iaitu bekas anggota Fabulous Cat, sekaligus menjadikan persembahannya sebagai yang tercorot.

Selain JH, dua lagi kumpulan iaitu Hero dan Syok juga telah disenaraikan sebagai tiga terendah bagaimanapun nasib menyebelahi mereka untuk terus mara ke minggu ke lima pertandingan.

MLM minggu keempat nampaknya telah mencuit hati ramai penonton apabila kebanyakan peserta memilih untuk memakai pakaian perempuan sebagai tema persembahan sketsa masing-masing.

Antara yang mencuri perhatian ialah kumpulan Boboi di mana salah seorang anggotanya, Harun Salim Bachik telah menjelma menjadi penyanyi Najwa Latiff dan diikuti kumpulan Osbon yang mana kedua-dua pelawak senior itu (Mr Os dan Abon) telah memakai gaun pengantin perempuan. Cukup mengelitik hati.

Minggu keempat MLM juga disifatkan agak sunyi daripada kritikan berapi apabila salah seorang juri tetapnya, Datuk Chef Wan tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di Singapura bagi menghadiri festival masakan di sana.

P.s - Tengahari layan jugak Final Maharaja Lawak, imbas kembali Nabil dapat tangga ke tiga dalam show tersebut...lama rasanya tak tengok siaran ulangan nie..hehe...

2 comments:

MulutPayau said...

setiap mnggu tunggu maharaja lawak mega....akak mmng suka ngan Boboi...lawak betul....Tapi sunyi jugak tanpa chef wan...pedas berapi tu...

Jendela Hati said...

mulutpayau: sy pun kdg tgk live dan tgk ulangan lagi, mmg best