Friday, November 4, 2011

Maharaja Lawak Mega...


Selepas berakhirnya Maharaja Lawak Astro yang telah di menangi oleh Kumpulan Sepah (yang kini ingin di kenali dengan nama Sepatu) sebagai juara, Jozan tempat kedua dan Nabil di tempat ketiga, kini Astro buat kejutan dengan tersiarnya Maharaja Lawak Mega.

Semestinya hanya untuk penonton yang melangan pakej Mustika. Maharaja Lawak Mega nie disertai pelawak-pelawak dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kalau nak tahu puan zai baru je cancel pakej Mustika. Yelah dulu langgan pun hanya sebab Nabil. Kitaorang satu famili memang suka bang bil tu. Bila dah abes ML hmmm... watpe lagi nak langgan baek puan zai cancel...

Suatu hari mak call puan zai kat opis sambil kata "Mustika ada Maharaja Lawak Mega lah" bagitau mak.
"Tau mak tapi Nabil tak de" Ingat puan zai pada mak.
"Alamak tak de ke? Tapi mak nak tengok ada pelawak-pelawak otai la? Sambung balik boleh?"
"Oooo..." Sambil piker... dan piker...
Makanya jumaat lepas iaitu minggu pertama Maharaja Lawak Mega puan zai dah call astro mintak sambung pakej Mustika tu... Hhuhu kerana mak ekkk...

Pendapat puan zai masa minggu pertama minggu lepas, permulaan persembahan dari kumpulan Anje tu macam nak tukar je ke channel lain... mendatar je... bila masuk ke tiga empat kumpulan baru rasa kelakar tu keluar sikit-sikit.

Paling puan zai suka tengok persembahan dari Bob dan Sobri dari kumpulan BP. Kumpulan Pi Mai pun puan zai suka. Teringat zaman komedi Pi mai pi mai tang tu. Memang betul kata juri Imran Ajmain... zaman-zaman kita memang di besarkan dengan adanya pelawak-pelawak dari rancangan itu.

Selain tu ada Os, Jalil Hamid, Aflin, Harun SB dan lelainnya. Kumpulan dari Indonesia iaitu Bawel dan Saehu pun puan zai suka tengok.

Adlin?

Hmmm nak tengok juga apa kata Juri bila dia buat persembahan malam nie... Yelah selalu dia bagi komen kan? Kali ini nak tengok orang lain lak komen dia... Minggu pertama minggu idea untuk bercerita tentang arwah Tompel tu emang sedikit berkesan tapi tunggu lah minggu ini camner lak...



Puan Zai...

3 comments:

MulutPayau said...

akak dan anak2 pun suka ngan mhraja lawak mega ni...memang mnghiburkan...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Jendela Hati said...

mulutpayau: program seisi keluarga..