Monday, November 14, 2011

Novel: Matahariku ~ Aina Emir


NKB: Novel Ku Baca
 
Matahariku
[Aina Emir]


 
Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa.
 
Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang ,enghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’.
Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya.
 
Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.
 
Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuh hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu di labelkan sebagai gadis ‘materialistik’.
 
Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kimi mula mengubahkan perasaannya.
 
Kalau dulu dia ti dak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja?
 
Malangnya, tiba-tiba sahaja sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana.
 
Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!
 
Kehadiran lelaki berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan?
 
Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?
 
“It’s all about going crazy, and doing crazy things. Kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
 
Komen JH:
Pembaca mula-mula tu rasa pembacaan dan menghayatan amat-amat perlahan. Tapi emang pembaca pun bukan jenis orang yang cepat menghabiskan waktu pembacaan sebuah novel nie. Maklumlah masalah dari segi masa (…lagi). Waktu malam adalah waktu yang tepat untuk membaca novel kali ini.
 
Mengisahkan seorang gadis yang lembut hatinya dan senantiasa mengikut je arus perjalanan hidupnya sendiri. Seperti mengikut aje alir sungai yang mengalir.
 
Serius kalau puan zai katakan, kalu orang perempuan nak citer pasal kawin dua, kawin tiga, kawin cerai nie wah mesti angin satu badan nie. Mana-mana wanita termasuk lah watak utama itu sentiasa amat bencikan poligami tapi akhirnya memang dia juga adalah diantara orang-orang yang terpilih.
 
Mungkin dengan adanya watak seorang bapa yang berkahwin tiga, mamanya yang berkahwin cerai dan berkahwin dengan suami orang juga, pak dan mak mentua watak utama pun berkahwin dua, jadi dengan timbulnya watak-watak seperti itu watak utama tak terlalu di kecam dengan menjadikan dia sebagai isteri no 2. hehe...
 
Walaubagaimana pun, bila menghayati novel ini, tidak ada sekelumit pun perasaan anti poligami. Watak ‘jahat’ mama watak utama pun sudah cukup memualkan. Dari segi dialog dan gaya watak mama ini. Ishhh geramnya huhu...
 
Yang pasti penulis cuba membuatkan pembaca supaya berfikir dan berfikir apa seterusnya dan apa yang terjadi pada watak-watak itu. Maksud pembaca bila di akhir cerita, hero sendiri yang menceritakan semua hal yang telah terjadi pada heroin. Bukan dari mulut Nasrat, bukan dari Amani atau sesiapa sahaja.

Pendapat pembaca, cerita tergantung. Tak best lah kalu punca semua pelmasalahan watk heroin, hero yang jawap. Jadi, watak-watak seakan ter-gantung.


Ok lah ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.
 
Akhirkata, semuga penulis terus maju jaya dengan apa juga karya yang penulis tulis.
 
Terima kasih dari JH...
 
 
 
Next Novel: Tiga Ceritera dalam sebuah WARNABukan di Paksa-Nazurah Aishah, Hikari Ainori-Rnysa dan Karamel-Nasz.


No comments: