Sunday, November 27, 2011

Tamatnya Perjuangan Hiro di Minggu ke 5 MLM


SHAH ALAM, 26 NOV 2011: Perjuangan kumpulan Hiro dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir sebentar tadi apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir minggu ini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai Hamdan, Illya dan Ropie tersingkir selepas mendapat markah terendah berbanding 9 peserta lain yang membuat persembahan di minggu kelima MLM yang bersiaran secara langsung dari Royale Theater Selangor, Shah Alam. Aspek permarkahan dikira berdasarkan undian penonton yang membawakan 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Penyingkiran Hiro diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Selain Hiro, 2 lagi peserta yang diumumkan mendapat markah terendah ialah Adlin Aman Ramlie dan kumpulan Saehu.

MLM dihoskan oleh AC Mizal dan turut dipancarkan terus menerus secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132). Dua lagi juri tetap selain Chef Wan ialah lagenda bola sepak , Zainal Abidin Hassan serta Dato' Siti Nurhaliza. Juri jemputan minggu ini ialah Jatt dari kumpulan Black Dog Bone. Tema MLM untuk minggu ini ialah kisah purba.

Kini hanya tinggal 9 peserta lagi untuk meneruskan cabaran di minggu ke 6 MLM yang bakal bertemakan muzikal. Siapakah yang akan tersingkir dan siapakan yang bakal meneruskan cabaran? Sama-sama kita nantikan-Murai.com

No comments: