Thursday, November 17, 2011

Wang RM100 hak pelajar, keluarga - Kosmo

Hari ini giliran sekolah anak puan zai lak akan membuat agihan wang RM100 bermula dari jam 11.30 hingga 12.30 tengahari.

Hanya satu jam masa di peruntukkan untuk agihan tersebut. Kebanyakan sekolah dengarnya dah banyak yang dah setel agihan tersebut.

Pagi nie baca kat Kosmo! Online tentang wang bantuan ini... betul lah ini dah di namakan salah satu amanah jugak. Tak kira susah senang sebuah keluarga tu, memang layak untuk menerima bantuan tersebut...

Dengan bantuan RM100 nie dapat lah kiranya membantu perbelanjaan anak sekolah. Tak banyak tapi memadailah. Alhamdulillah...

Si kakak pun dah siap senarai barang sekolah untuk tahun hadapan...huhu... puan zai dah garuk-garuk kapla tengok senarai panjang tu...huhu

Ok lah jom baca yang puan zai petik dari Kosmo hari ini....

GURU besar Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Azma Senun bersama pelajar-pelajar menunjukkan replika cek dan wang bantuan persekolahan RM100 di Kuala Terengganu semalam.


KUALA LUMPUR – Semua pihak diingatkan jangan sesekali memotong wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang diagihkan kepada 5.3 juta pelajar di seluruh negara seperti yang diputuskan dalam Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika pihak sekolah atau PIBG membuat potongan terhadap wang bantuan itu, ia perlu dikembalikan segera kepada pelajar terbabit.

“Tindakan (memotong duit bantuan) itu tidak wajar kerana kerajaan telah memutuskan bahawa ia adalah hak pelajar dan keluarga mereka,” kata beliau yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan di sini semalam.

2 comments:

Bee said...

haha ada gak senarai , jumlah keseluruhan lebih dr rm100 tu ..

Jendela Hati said...

puanbee: alahaiii puanbee tu lah pasal puanbee lebih rm100 nie huhu... tp syukur le dpt rm100 nie buat tambahan...