Thursday, November 17, 2011

MAULANA bercinta dengan gadis dari seberang?

Kalu sebut Maulana AF8 mesti ingat mak puan zai. Suka betul mak dengan Maulana. Mungkin sebab mak Maulana kan penyanyi zaman dulu-dulu iaitu S Mariam.

Baca kat Mangga Online dapat baca citer terbaru Maulana nie. OK lah kalau ada jodoh apa salahnya kan?



AMBOI…dengarnya penyanyi berbakat besarMuhammad Firdaus Maulana Mohamed atauMaulana sekarang sedang bermain cinta dengan seorang gadis dari Indonesia. Patutlah semakin berseri-seri wajah penyanyi yang popular dengan lagu RSVP ni. Mesti cowok Indonesia tu cantik jelita kan? Jom baca komen Maulana!
Cerita Maulana:
“Saya akui yang saya sedang berkawan rapat dengan seorang gadis dari Indonesia. Tapi hubungan kami hanya sekadar kawan dan belum melibatkan hati dan perasaan.
“Kami mula berkawan sejak lima bulan dulu. Dia sedang menyambung pengajian di Malaysia. Kalau nak tahu, saya ni memang ramai kawan dan kenalan dari Indonesia dan merekalah yang kenalkan saya dengan gadis itu.
“Saya sendiri terkejut bila ramai yang bertanya dan gambar kami berdua telah disebarkan di blog dan mengatakan dia adalah kekasih saya.
“Saya pernah menjadikan gambar itu sebagai gambar profile BBM (Blackberry messenger)saya. Mungkin dari situ ada yang mengambil dan menyebarkan gambar kami berdua.
“Tentang kerjaya, sekarang ni saya sedang sibuk mengumpul material untuk album saya nanti. Selain itu, ada dua label rakaman menawarkan untuk saya bernaung di bawah mereka.
“Tapi, saya masih tak tahu nak pilih label rakaman yang mana satu. Saya cuma akan buat keputusan penghujung tahun ini. Jadi, sekarang ni masih menimbang-nimbang mana yang terbaik untuk masa depan saya dalam dunia seni suara. Banyak juga perkara yang perlu dititikberatkan dalam soal ini. Saya pun tak nak tergesa-gesa membuat keputusan.’’
Demikian cerita Maulana yang bakal bekerjasama dengan band dari Jepun untuk projek lagu amal membantu mangsa bencana alam.


Nak tahu biodata Maulana? Meh tengok...
NAMA: Muhd Firdaus Maulana Mohamed

NAMA PANGGILAN: Maulana
TARIKH LAHIR: 23 Januari 1988
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
UMUR: 22 tahun

BANGSA: Melayu
AGAMA: Islam
TINGGI: 173 sm
BERAT: 64 kg
STATUS PERKAHWINAN: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar (Ijazah Sarjana Muda, Graphic Design, UiTM)

PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma
NAMA BAPA: Mohamed Sehat (54 tahun)
PEKERJAAN BAPA: Usahawan/Tutor
NAMA IBU: Zaleha @ S.Mariam (60 tahun)
PEKERJAAN IBU: Penyanyi
ADIK BERADIK: 6 orang (anak ke 5)

HOBI: Bermain gitar, cipta lagu, designing dan menyanyi
GAMBARAN PERIBADI: Periang, suka buat lawak, sakat orang, kadang-kadang panas baran.
MAKANAN KEGEMARAN: Nasi putih ayam masak merah
MINUMAN KEGEMARAN: Milo ais
MUZIK KEGEMARAN: Jazz & funk
PELAKON LELAKI KEGEMARAN: Shah Rukh Khan

PELAKON PEREMPUAN KEGEMARAN: Sandra Bullock
PENYANYI LELAKI KEGEMARAN: Al Jareau & Tompi

PENYANYI PEREMPUAN KEGEMARAN: Hetty Koes Endang & S.Mariam
FILEM/DRAMA KEGEMARAN: I Am Sam & Heroes
FESYEN KEGEMARAN: Retro/Kasual/Smart 
WARNA: Ungu, Putih Hijau


No comments: